10,000 RAKYAT KEDAH BANTAH K'JAAN KEDAH TEBANG BALAK DI KAWASAN TASIK PEDU

  • DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers
    DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers

    The recent appointments of two ministers and three deputy ministers were unconstitutional, DAP MP M. Kula Segaran said in a petition filed at the Kuala Lumpur High court today. …

  • PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge
    PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge

    PKR de facto leader Anwar Ibrahim has warned deputy inspector-general of police Bakri Zinin not to behave like an Umno division leader by curbing Saturday's 'Black 505' rally rally at Padang Merbok in Kuala Lumpur. …

  • Najib breathes easier after Dr Mahathir pow-wow
    Najib breathes easier after Dr Mahathir pow-wow

    It has been a roller-coaster ride for Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (pic left) since he led the Barisan Nasional to victory at the May 5 general election but without achieving his own benchmark: restoring its two-thirds control of Parliament. …

  • Assembly points set for KL 'Black 505' rally
    Assembly points set for KL 'Black 505' rally

    Pakatan Rakyat and NGO leaders will gather at seven assembly points in Kuala Lumpur on Saturday, before proceeding to Padang Merbok to hold the 'Black 505' rally. …

  • Dr Mahathir regrets Internet freedom
    Dr Mahathir regrets Internet freedom

    Tun Dr Mahathir Mohamad admitted today he might have made a mistake in giving guarantees for Internet freedom, which has been blamed for empowering and enabling opposition parties to win more seats in the 13th general election. …

KUALA NERANG, 11 Jan (Bernama) -- Kira-kira 10,000 orang berkumpul di

Charok Genting Bunga, Padang Terap, dekat sini bagi membantah tindakan kerajaan

Pas Kedah melakukan aktiviti pembalakan di kawasan seluas 400 hektar di hutan

simpan Tasik Pedu bagi projek taman agro pelancongan.

Perhimpunan membabitkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk

Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Kedah berlangsung secara aman selama

hampir tiga jam selepas solat Jumaat.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata banyak lagi tanah terbiar di

negeri ini boleh dibangunkan untuk dijadikan ladang buah-buahan tanpa

menyentuh kawasan hutan berhampiran kawasan tadahan air.

"Semua ini bohong sahaja, hari ini kita bawa rakyat negeri ini datang ke

kawasan ini untuk melihat hutan yang telah digondolkan oleh kerajaan Pas Kedah

dan ini bukan fitnah dan rakyat boleh menilai," katanya pada sidang media di

sini hari ini.

Katanya Perkasa Kedah diminta membuat satu surat aku janji kepada Perdana

Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri

agar tidak mengganggu hutan simpanan kekal sekiranya mereka dapat menawan

kembali negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

-- LAGI

BANTAH-BALAK 2 (AKHIR) KUALA NERANG

Ibrahim berkata dengan adanya surat aku janji itu kerajaan negeri tidak

boleh mengganggu kawasan tadahan air seperti yang dilakukan oleh kerajaan Pas

pada masa ini.

"Jika BN menang kita minta mereka menanam semua pokok-pokok di kawasan hutan

yang telah digondolkan oleh Pas ini.

"Biarlah ambil masa berpuluh tahun asalkan mereka tak ganggu kawasan hutan

simpan dan ini adalah jaminan daripada Perkasa kepada rakyat-rakyat Kedah,"

katanya.

Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas, Kelantan, turut menyeru

rakyat negeri ini agar menolak kepimpinan Pas dan memberi peluang kepada

kerajaan BN yang mempunyai banyak pengalaman dalam mentadbir negeri ini.

Beliau berkata kepimpinan BN terbukti berjaya membawa Malaysia sehingga

menjadi sebuah negara yang mampu berdaya saing dengan negara-negara maju lain.

-- BERNAMA

MKF SMS DC

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.