500,000 tweet sesaat!

Sokongan tinggi terhadap Dato' Lee Chong Wei di dalam talian semasa temasya Olimpik

Dikala Dato' Lee Chong Wei menentang musuh/kawan lama beliau Lin Dan di gelangang badminton Wembley, London semasa Olimpik 2012, beliau bukan keseorangan menentang pesaing hebatnya itu.

Mengikut data Twitter, terdapat lebih daripada 16,000 tweet setiam minit yang membabitkan perlawanan epik beliau. Dato' Lee sendiri mendapat lebih daripada 9000 tweet seminit! Secara keseluruhannya, Dato' Lee Chong Wei menerima lebih daripada 500,000 'mention' di dalam sistem Twitter, berbanding Lin Dan yang hanya mendapat 230,000 'mention'. 'Mention' adalah dimana nama seseorang disebut di dalam tweet yang dihantar oleh pengguna twitter serata dunia.

Selepas pertandingan beliau, lebih daripada 50,000 pengikut baru mengikut akaun rasmi beliau, @Lee_C_Wei dalam masa 24 jam selepas perlawanan beliau tamat. Juga, hashtag #ThankYouLeeChongWei mencapai tangga ketiga di senarai trending hashtag dunia.

Ini jelas menunjukkan kebolehan seorang untuk menyatukan sebuah negara (tidak kira nyata atau siber) dengan senang. Walaupun Dato' Lee Chong Wei hanya mendapat pingat perak, beliau tetap wirawan Negara di mata rakyat Malaysia.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.