9 Notebook Baru

Lenovo mengeluarkan produk pertama dengan pemproses generasi ketiga Intel untuk pengalaman multimedia terunggu …

Lenovo memperkenalkan sembilan model baru yang ditujukan khusus kepada konsumer dan bisnes dikuasai oleh pemproses generasi ketiga Intel Core. Sasaran syarikat itu lebih menjurus kepada memenuhi kehendak kesemua pengguna tidak kira reka bentuk, kuasa pengkomputeran mahupun berat minimum yang diinginkan oleh pembeli komputer.

"Strategi kami tidak berubah; kami memasuki pasaran baru yang berpotensi tinggi dan mengekalkan kedudukan kami di pasaran sedia ada di mana kami kini berada di hadapan. Lenovo kini berada di tangga kedua di pasaran PC global dan pastinya kami ingin mengembangkan sayap kami di pasaran Malaysia dengan menjadi pengeluar pertama untuk memasarkan PC yang dikuasakan oleh pemproses generasi ketiga Intel," kata Khoo Hung Chuan, Pengurus Besar Am Lenovo Malaysia.

Untuk pengguna yang ingin membeli Ultrabook, siri Ideapad U mungkin paling sesuai sekali. Boleh didapati dalam dua model — Ideapad U310 dan 410, ultrabook ini ringan dan nipis — senang untuk dibawa ke mana sahaja. Selain itu, terdapat model lengkap dengan teknologi Intel Wireless Display (WiDi) untuk memancarkan kandungan dari ultrabook ke TV melalui alat suai WiDi.

Bagi mereka yang inginkan kekuatan multimedia di dalam beg galas mereka, IdeaPad Y (Y480 dan Y580) amat sesuai, dengan kuasa grafik to NVIDIA GeForce GTX660M 2GB GDDR5. Y580 diiktiraf model peringkat premium, dengan tambahan papan kekunci berlampu dan kamera HD.

Model lain, IdeaPad Z480 mampu memikat mereka yang berpesonaliti lain dari lain, dengan pilihan warna menawan (merah, biru, kelabu) dan fungsi pintar seperti Intelligent Touchpad.

Direka khusus untuk para professional, Thinkpad T430 mempunyai kuasa bateri sehingga 32.5 jam (dengan bateri tambahan). Komputer riba bisnes ini dating dengan Dolby Audio dan skrin HD+ untuk perngalaman audiovisual yang terunggul. Terdapat juga ThinkPad X230 yang hanya seberat 1.3KG untuk mereka yang sentiasa bergerak.

Untuk segmen Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Thinkpad E430 memberikan pengguna komputer yang tahan lasak dan juga storan cloud percuma sebanyak 5GB melalui Lenovo Cloud Storage yang dikuasakan oleh SugarSync. Untuk mereka yang ingin menggunakan desktop, ThinkCentre E92 adalah pilihan anda dengan ciri-ciri keselamatan seperti membolehkan/melumpuhkan USB port untuk mengelakkan penggunaan peranti USB tanpa kebenaran,

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.