KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Affin Holdings Bhd telah diberikan
lanjutan sehingga 31 Mac, oleh Bank Negara Malaysia, untuk mengadakan
perundingan dengan para pemegang saham Bank Muamalat Malaysia Bhd (BMMB) bagi
kemungkinan mengambilalih kepentingan dalam bank itu.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Affin Holdings berkata cadangan
pengambilalihan itu mungkin hanya boleh selesai sebaik sahaja terma dan
syaratnya dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat dalam transaksi.
-- BERNAMA
SRH SRH VMD AA

