Aidilfitri: Dulu & Kini

Ketupat dan rendang masih dijadikan hidangan utama, namun hari pertama Syawal yang sangat istimewa buat semua umat Islam sudah banyak berubah mengikut peredaran masa. Meskipun terdapat kelainan, ia tidak bermakna hubungan silaturrahim antara sanak-saudara dan sahabat-handai sudah kian renggang serta matinya sesebuah tradisi dan budaya masyarakat Islam di Malaysia. Sebaliknya, ia membuahkan bukti evolusi tradisi dan budaya itu.

LOKASI



Dulu: Kehijauan dusun, sawah padi dan pokok kelapa yang memberikan kedamaian hati membuatkan kampung sebuah tempat yang sering diingati dan dirindui rakyat Malaysia. Dianggap sebagai rumah kedua, kampung menjadi destinasi wajib menjelang raya untuk mereka bertemu datuk, nenek dan saudara-mara tersayang.
Kini:
Perkembangan teknologi dan kenaikan taraf hidup telah membuatkan ramai berpindah ke kawasan bandar. Walaupun hubungan masih kekal utuh, namun nikmat beraya di bandar tidak mungkin boleh disamakan dengan kawasan desa. Pada zaman ini juga, melancong di luar negara ketika Hari Raya seakan-akan sudah menjadi ikutan orang ramai.

Pagination

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
(7 Pages) | Read all

ARTIKEL LAIN

PETIKAN SINAR RAMADAN

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)."