Akhirnya, YouTube Berada di Malaysia!

Adam (kiri), dengan Sajith Sivanandan, Ketua Negara Google Malaysia pada pelancaran YouTube Malaysia

YouTube, komuniti perkongsian video dalam talian yang terbesar di dunia, telah ini mengumumkan pelancaran perkhidmatan YouTube Malaysia. Pengguna boleh melawat laman web ini di Malaysia dengan memilih "Malaysia" sebagai tetapan lokasi di bahagian bawah laman web, atau terus ke www.youtube.com.my. Jenama baru YouTube Malaysia menawarkan antaramuka tempatan bagi rakyat Malaysia untuk mencari video yang paling relevan untuk mereka dengan mudah dan cepat, termasuk kandungan diperluaskan daripada rakan kongsi tempatan dan global. Youtube akan mewujudkan ruang baru bagi komuniti tempatan dan memberi pencipta Malaysia peluang untuk meningkatkan pendedahan mereka.

Bersempena dengan pelancaran ini, YouTube telah menjalinkan perjanjian perkongsian dengan syarikat media utama  Malaysia, termasuk Astro Malaysia dan KRU Studios. Perkongsian ini mewujudkan kehadiran yang kuat di YouTube untuk  mengagihkan kandungan mereka dan meningkatkan jumlah penonton mereka dengan mudah.

Adam Smith, Pengarah Pengurusan Produk YouTube di rantau Asia Pasifik, berkata, "Sejak beberapa tahun kebelakangan ini rakyat Malaysia telah menonton YouTube dalam jumlah yang besar, dan dengan melancarkan versi yang dioptimumkan untuk Malaysia hari ini, kami berazam untuk mewujudkan pengalaman YouTube tempatan yang lebih relevan. Lebih penting lagi, personaliti dan pemuzik Malaysia telah menghasilkan video yang terkenal seluruh dunia. Kami berharap dengan penubuhan YouTube di Malaysia dan kerjasama kami dengan rakan kongsi tempatan akan menghasilkan lebih banyak bakat besar negara dan video yang lebih kreatif."

Dengan perkhidmatan YouTube di Malaysia, YouTube telah menandatangani satu perjanjian perlesenan yang akan membolehkan pemuzik dan komposer Malaysia yang diwakili oleh MACP untuk menerima royalti daripada video mereka di YouTube. Di bawah perjanjian ini, pemusik Malaysia kini akan menerima bayaran daripada video mereka yang dimainkan di YouTube.

Dengan lebih satu juta jam video ditonton setiap hari, dan satu bilion video unik ditonton setiap bulan oleh rakyat Malaysia, ianya masa yang amat sesuai bagi YouTube untuk bertapak di sini. Versi tempatan baru  laman video dalam talian yang paling popular di dunia ini akan membantu rakyat Malaysia mencari video kegemaran mereka dan menyebarkan kandungan Malaysia di seluruh dunia dengan lebih baikdan lebih senang. YouTube kini bekerja rapat dengan syarikat-syarikat media Malaysia seperti Astro Malaysia dan KRU Studios, serta syarikat lain seperti Dutch Lady, Malaysia Airlines, Maxis, dan Standard Chartered sebagai sebahagian daripada keluarga YouTube Malaysia.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.