Ala Kadar untuk Buat Kerja

Dell Latitude ST.

Latitude ST

Dimensi:  275 x 190 x 14.6 mm
Pemproses: Intel Atom Z760 @ 1.5Ghz
Skrin:  10" @ 1280 x 800 piksel
Storan:  64GB SSD
OS: Windows 7 Professional
Nilai 8/10
Ciri-ciri: 8/10
Prestasi: 8/10
Rekaan: 8/10
Penggunaan: 8 /10
Hasil Ujian:  Tablet Sesuai Untuk Pejabat
Sebab MT Sukakannya: x86 di dalam tangan anda!
Markah: 8/10 (DISYORKAN)

Skrin 10 inci cukup kan?

Di Malaysia terdapat pasaran pengguna dan juga pasaran perusahaan. Sekarang perbezaan di antara kedua — duanya sudah mengecil dan hanya ada beberapa sahaja aplikasi yang disokong oleh mesin khusus.  DELL adalah pendahulu di dalam perkakasan berasaskan IT, dan mereka tidak asing di dalam menghasilkan perkakasan yang direka spesifik bagi kegunaan perusahaan. Pada bulan ini kita akan lihat salah satu darinya, Tablet Latitude ST.

Ada dok untuk komputer iniRingan dan Kukuh
Apabila anda memegangnya, anda akan pasti terkejut dengan betapa ringan tablet ini.  Bahkan ia hanya berat sedikit saja dari tablet satu lagi yang kami cuba pada segmen ini. Kami menjangkakan ia lebih pada kerana saiznya yang besar. Bezel yang mengelilingi skrin 10 inci tablet ini adalah hampir 1 inci dalam diameter. Ini menyebabkan sedikit ketebalan pada sekeliling tablet ini jadi ia bukan satu peranti yang kompak.

Dikuasakan SSD
Sesuatu yang menarik perhatian kami adalah ia peranti 'Intel  Inside'. Jadi ya, apa anda lihat di sini adalah satu tablet yang dapat melarikan sistem operasi komputer peribadi bersiz penuh, di dalam kes ini, Windows 7. Jadi syarikat yang membeli tablet ini dapat melarikan perisian yang hanya terdapat pada Windows. Mesin ini mempunyai Intel Atom Z670 pada kelajuan 1.5GHz, 2GB RAM dan storan SSD bersaiz 64GB. Agak bagus bagi sesuatu yang direka bagi senang di bawa ke mana — mana.

Taklah tebal sangat

Amat sesuai Bagi Membuat Kerja
Selain dari yang disebut di atas, tablet ini juga mempunyai opsyen menarik seperti slot SD yang penuh, sambungan HDMI dan sambungan USB penuh. anda juga boleh menyambungkan projektor dengan senang bagi membuat pembentangan, dan masih boleh dipegang bagi mengawal slaid yang ditunjukkan. Oh ia juga datang dengan stylus!

Kurang Baik
Kami melarikan PassMark PerformanceTest pada mesin ini dan hanya mendapat 117.3 markah saja. Mungkin ini kerana memori 2GB tapi kami boleh katakana mesin ini sesuai bagi membuat kerja pejabat, dan bukan benda — benda lain.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.