Teknologi: Laser — Monochrome
Kuasa: AC 120 V (60 Hz)
Kapasiti dokumen: 50 helai
Nilai: 8/10
Ciri-ciri: 8/10
Prestasi: 8/10
Rekaan: 7/10
Penggunaan: 8/10
Hasil Ujian: Walaupun berat namun ia amat bagus dan sesuai bagi kegunaan pejabat
Skor: 7.8/10
Ucapkan helo kepada Ricoh Aficio SP 5210SF 4-in-1 MFP (mak oi nama!). Ia memberikan anda kebolehan untuk mencetak, menyalin, mengimbas dan juga faks. SP 5210SF direka untuk menjimatkan kos, dan juga oleh kerana ia dikatakan amat pantas, ia juga disyorkan bagi syarikat yang sentiasa sibuk. Itu yang dikatakan oleh mereka jadi mari kita cuba lihat adakah ia betul
Kuruskan badan anda!
Pencetak ini bukan satu yang boleh dibawa oleh seorang. Ia adalah seberat 53kg dan dengan berat sebanyak itu ia bermakna setelah ia diletak maka takkan mudah digerakkan ke mana — mana tempat lain lagi. Tinggi dan lebar, ia memang mengambil ruang terutama jika anda bekerja di dalam pejabat atau bilik yang kecil. Walaupun begitu ia masih tergolong di dalam pencetak bersaiz medium dan bukan bersaiz besar.
Macam kacang!
Untuk memasangnya amatlah senang. Letakkan MFP ini pada ruang yang anda mahu, sambungkan kuasa, cocok sambungan LAN dan itu saja. Untuk memasangnya pada komputer, hanya masukkan CD, setuju dengan terma dan syarat (ada orang baca ke manual pada CD?) dan tunggu ia siap. Tapi proses pemasangan ini amat sensitif. Jika terdapat kerja cetakan yang masih belum siap ia akan terus berhenti, tak kisah jika sudah berbulan — bulan lamanya kerja pencetakan itu. Jadi sebelum memasang pemandu pastikan tiada cetakan yang lama
Panas betul
Jika memandu terlalu laju membuatkan tayar panas, sama juga seperti MFP ini. Mencetak 20 helai kertas membuatkan setiap satu daripadanya amat panas. Walaupun tidak akan melecurkan kulit namun agak rimas untuk memegangnya. Tapi ia juga bermakna cetakan yang keluar amat pantas, jadi tak ada alasan untuk bos kata lambat kerana tunggu pencetak lagi
Opsyen senang
Paparan warna pada mesin ini amat menarik perhatian kerana ia senang digunakan. Tidak perlu masuk ke dalam menu dalaman untuk mengubah seting. Kebanyakannya boleh diselesaikan dalam dua atau tiga kali tekan saja. Jika anda ada masa banyak sebenarnya boleh disetkan pada pencetak ini
By 
