Antivirus yang Tidak Cerewet – Trustport Total Protection 2012

Ciri: Antivirus, antispamware
Saiz Fail : 253MB

Nilai: 7/10
Ciri-ciri: 7/10
Prestasi: 7/10
Rekaan: 7/10
Penggunaan: 8/10

Hasil Ujian: Keep IT Secure (Slogan yang bagus!)

Sebab Majalah Tech Sukakannya: Langganan 15 bulan!

Skor: 7/10

Jika sesiapa menyebut mengenai TrustPort kepada anda, dan anda akan terpinga — pinga, tidak apa. Walaupun sudah lama bertapak di dalam dunia anti virus, ia bukanlah nama yang besar atau dikenali ramai di Malaysia. Namun TrusPort sudah mula cuba untuk menembusi pasaran Asia Tenggara dengan terbinanya satu pejabat di Kuala Lumpur pada awal 2011. Jadi janganlah bandingkan mereka dari segi populariti dengan nama lain yang mampu membayar Datuk Lee Chong Wei dan Jackie Chan bagi mempromosi produk mereka. Walaupun begitu TrustPort adalah jenama yang dipercayai ramai di antarabangsa, dan pada 2005 mereka mula membekalkan antivirus dan juga aplikasi keselamatan walaupun syarikat mereka sudah lama dibuka dari awal 90-an lagi.

Dalaman
Jadi apa yang anda dapat dari salinan TrustPort Total Protection 2012 anda? Anda akan mendapat kombo yang biasa anda dapat dalam perisian keselamatan seperti anti virus, firewall, anti malware, anti spam, penjagaan ibu bapa, dan juga beberapa lagi yang ada perkataan anti padanya. Ini adalah sudah dijangkakan dan disebabkan pasaran anti virus yang amat kompetitif, maka ramai yang cuba melebihkan perisian yang mempunyai "anti" pada produk mereka.

Pandangan awal
Maka selepas proses install yang agak senang (di mana banyak masa dihabiskan mencari kekunci pengkatifan), TrustPort dengan senyap berselindung di dalam komputer anda. Ia juga tidak menyuruh anda melakukan apa — apa seperti mengimbas dahulu komputer anda, lain dari antivirus yang lain. Walaupun begitu saya yang cukup masak dengan pengkomputeran selamat melakukan imbasan penuh di mana TrustPort satu isu (sebenarnya Malware yang saya sendiri letak untuk ujian). Amat bagus setakat ini!

Jangan tiru ini Di Rumah
Atas nama sains, 10 perkara yang anda pasti mahukan tidak berlaku pada komputer anda telah kami kumpul, diletakkan pada mesin ujian kami, dan DILARIKAN! Walaupun kami tak tahu apa yang 10 benda ini buat, kami pasti ia bukan sesuatu yang baik bagi komputer anda oleh kerana samada TrustPort tidak membenarkannya dilarikan, atau dilarikan bukan sebagai format aplikasi. Walaupun begitu terdapat satu juga yang terlepas, dan kami hanya tahu oleh kerana keluar belon informasi Windows menyatakan benda itu tidak diinstall dengan betul. Tapi ini hanya sampel kecil dan di dalam realiti TrustPort pasti akan menyelamatkan anda dari majoriti aplikasi yang merbahaya bagi komputer anda
Tidaklah begitu teruk
Saya mempunyai beberapa pengalaman dengan aplikasi anti virus dan selalunya kos untuk menjaga PC anda dibayar dengan komputer anda akan berfungsi sedikit lembab dari biasa. Untuk perisisan anti virus membuat kerja selalunya ia akan cuba mengimbas fail yang anda membuka dan ianya akan melambatkan ketika perisian itu untuk dilancarkan. Mujurlah perisian anti virus telah lama berubah. TustPort amat laju dan membenarkan komputer anda berjalan dengan lancar tanpa apa kelembapan