Advertisement

Anugerah DiGi WWWOW Internet For All Awards Kini Kembali

Bagi mereka yang selalu di Internet, ramai tahu akan anugerah WWWOW Internet For All Awards yang telah dibuat oleh DiGi tahun lepas. Anugerah ini kini kembali lagi buat tahun ketiga. Anugerah kali ini lebih besar, dengan 15 kategori menjadi tandingan untuk merebut hadiah yang berjumlah RM 165,000.

Untuk anugerah People’s Choice Award dan DiGi WWWOW Of The Year, pemenang akan memenangi hadiah utama – trip ke Oslo, Norway selama tiga hari dua malam. Tema untuk anugerah tahun ini adalah “Dream Big, Do Bigger”.

Pemilihan untuk calon-calon anugerah ini akan berlangsung dari 18 Mei sehingga 23 Jun, dan setelah itu, ramai boleh memilih pemenang di laman web DiGi selepas 23 Jun.

Untuk keterangan lanjut, sila ke www.wwwow.my