Anwar: Malaysia kekalkan demokrasi, belum mungkin guna ‘sistem Kalifah’

Oleh Hafidz Baharom

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Malaysia tidak akan menggunakan system Kalifah dalam jangkamasa terdekat dan akan kekal dengan sistem demokrasi yang mengiktiraf hak orang bukan Islam, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi bertujuan untuk menenangkan keadaan selepas perdebatan umum baru-baru ini tentang negara Islam menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir.

Kontroversi timbul apabila ahli politik Umno dari Johor, mengeluarkan kenyataan hukum Hudud PAS tidak betul kerana tidak melibatkan bukan Muslim: menurutnya, Hudud yang sebenar melibatkan semua orang termasuk masyarakat bukan Muslim dan mencadangkan agar dilaksanakan di seluruh negara.

"Terdapat mereka yang mengatakan kerana umat Islam adalah ... satu entiti, oleh itu perlu ada satu pemerintah," kata Anwar (gambar), yang memimpin pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR), dalam sesi Google Hangout yang dipanggil "Borak Bersama Anwar "lewat malam tadi.

Tetapi pemimpin de facto PKR  itu berkata realiti semasa tidak membenarkan Malaysia mengikut sistem khalifah di mana kerajaan berdasarkan undang-undang agama Islam atau syariah.

"Jika kita melihat Malaysia, walaupun umat Islam adalah majoriti (dan) Islam adalah agama yang persekutuan, kewujudan dan hak bukan Islam mesti akan diambil kira dan diiktiraf," kata beliau dalam menjawab kepada soalan dari Google + pengguna internet Mohamad Fairul Hamikey di Google + yang ingin tahu jika sistem khalifah boleh digunakan di sini.

Walaupun Islam dinyatakan sebagai agama persekutuan, kuasa agama desentralisasi. Setiap daripada sembilan Raja-raja Melayu negeri adalah juga ketua agama di negeri-negeri masing-masing manakala Yang Di-Pertuan Agong bertindak untuk empat lagi negeri seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak serta di wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Soalan sama ada PR akan melaksanakan hukum hudud jika mereka perlu mengambil kuasa pada pilihan raya umum (PRU) akan datang yang perlu diadakan selewat-lewatnya  April tahun depan juga telah diumumkan pada kedua-dua rangkaian laman sosial Google + dan Facebook untuk acara tersebut tetapi tidak dijawab.

Kata Anwar, soalan berikut melibatkan polemik dan wacana yang sangat luas.

Beliau menambah bahawa kerana ini, ulama Islam secara amnya telah memutuskan bahawa cara terbaik untuk maju ke hadapan adalah memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka dengan memastikan demokrasi yang bersih.

"Jika ini yang dibenarkan, maka rakyat boleh memilih satu kerajaan yang sah bagi mewakili keperluan ramai," katanya, sambil menambah bahawa menegakkan demokrasi adalah penting untuk memenuhi matlamat rakyat seperti yang dilihat dalam ‘Arab Spring’ yang berlaku di timur tengah dan negara-negara utara Afrika tahun lepas.
 
"Kerana dengan kesedaran ini, mereka bebas untuk memilih pemimpin yang mereka percaya boleh membawa aspirasi semua orang," katanya.
 
Sesi Anwar di Google Hangout dilihat sebagai memberi peluang untuk ketua pembangkang persekutuan itu untuk mempamerkan keupayaan bagi menjawab “soalan-soalan susah” daripada orang ramai.
 
Pemimpin yang berumur 65 tahun itu adalah rakyat Malaysia pertama dan ahli politik Asia Tenggara pertama muncul ke udara di acara Google Hangout, kata pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada pemberita semalam.
 
Pengarah strategi media sosial PKR, Praba Ganesan berkata bahawa pemimpin-pemimpin Asia Tenggara lain masih belum mempunyai forum dalam talian yang sama lagi “kerana ia adalah penglibatan secara langsung dan meletakkan pemimpin di kerusi panas”.
 
Walaupun Anwar menggunakan Internet untuk menyampaikan mesej selepas disekat daripada media arus perdana, kehadiran dalam internet masih kurang daripada lawannya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Satu semakan di tapak pemantauan media sosial socialbakers.com pada 8 Ogos, menunjukkan Najib mempunyai 1,135,529 “suka” di Facebook dan 801,833 pengikut di Twitter terhadap 379,612 “suka” Anwar di Facebook dan 179,830 mengikutinya di Twitter.

Tetapi pengikut-pengikutnya berharap Google Hangout akan mengembangkan pengaruhnya kepada pengundi muda di internet, yang terdiri daripada tiga juta daripada 12 juta pengundi negara.
Pakatan pembangkang PR sentiasa dilihat ke hadapan ruang siber berbanding BN akan tetapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini, parti pemerintah telah meningkatkan kehadiran mereka dalam internet dengan mewujudkan beberapa portal berita pro-BN dan peningkatan bilangan penyokong yang mengambil bahagian dalam Twitter.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Perdana Menteri Australia Julia Gillard juga menggunakan Google Hangout untuk mendekati rakyat mereka, dengan Obama menggunakannya sebagai sebahagian daripada kempen pemilihan semula.
 

 

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Pathmanabhan, tiga pekerja ladang ke tali gantung kerana bunuh Sosilawati dan tiga individu lain Bernama

    SHAH ALAM, 23 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapatibekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuhjutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahunlepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawapihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan danR.

  • Crackdown begins! The Malaysian Insider
    Crackdown begins!

    KUALA LUMPUR, May 23 ― Batu MP Chua Tian Chang, activist Haris Ibrahim and PAS’s Tamrin Ghafar were arrested for sedition today and brought to the Jinjang police station for questioning, according to reports.

  • BN to face angrier Malaysians with continued crackdown, warns Ambiga The Malaysian Insider
    BN to face angrier Malaysians with continued crackdown, warns Ambiga

    KUALA LUMPUR, May 23 — Putrajaya will only face more wrath from right-thinking Malaysians if it continues its nationwide crackdown on opposition supporters, Datuk Ambiga Sreenavasan said today.

  • ‘Haram’ to topple government through violence, repeats Fatwa Council The Malaysian Insider

    NILAI, May 22 – The National Fatwa Council reiterated a “fatwa” declaring demonstrations and rallies to topple government through violence as “haram” (forbidden) yesterday, becoming the latest Islamic body to comment on the issue.