Anwar pertahan pengibaran bendera Sang Saka Malaya

Oleh Ida Lim

KUALA LUMPUR, 3 Sept — Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan beberapa pemuda yang mengibarkan Sang Saka Malaya dan bukan bendera kebangsaan, Jalur Gemilang, semasa malam ambang Kemerdekaan baru-baru ini.

Ketua umum PKR berpendapat bahawa Sang Saka Malaya merupakan sebahagian dari sejarah negara.

Pemimpin dari Barisan Nasional (BN) telah menuduh Pakatan Rakyat (PR) cuba untuk menukar bendera kebangsaan, di mana PR menafikan.

“Sang Saka (Malaya), mengikut interpretasi anak muda, haruslah diperkenalkan kerana ini juga salah satu bendera yang diperkenalkan oleh pejuang-pejuang bangsa,” kata Anwar kepada wartawan.

“Apa salahnya generasi muda mengetahui tentang sejarah, tentang Sang Saka?”

Dia juga berkata bendera Umno juga nama asalnya ialah Sang Saka Bangsa.

Seorang blogger telah mengaku mengibarkan bendera “alternatif” di Dataran Merdeka pada Khamis lalu, tetapi berkata mahu memperkenalkan kepada awam tentang sejarah negara.

Dalam usaha mengelak dari kontroversi, blogger yang dikenali sebagai Singa Selatan berkata “perbuatan ini tidak menggambarkan mana-mana parti politik” dan “tidak ada niat untuk menukar bendera Jalur Gemilang ke Sang Saka Malaya”.

Menurut blogger, bendera Sang Saka Malaya — yang mempunyai bulan sabit dan bintang bucu 1 di sebelah kiri bendera jalur merah dan putih — telah digunakan oleh parti Kesatuan Melayu Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1938 yang menentang penjajahan British untuk kemerdekaan negara.

“Saya rasa bendera ini layak dikibarkan pada malam ambang merdeka selain Jalur Gemilang, kerana banyak kisah keperitan dalam perjuangan bersama bendera Sang Saka Malaya,” katanya di dalam blog.

Dia juga terkejut dengan risalah yang mengatakan bahawa Jalur Gemilang harus ditukarkan dengan Sang Saka Malaya dan mengaku tidak bertanggungjawab dengan pengedarannya.

Polis hari ini akan menyiasat tentang dakwaan untuk menggantikan Jalur Gemilang sebagai bendera kebangsaan di bawah Akta Hasutan walaupun Putrajaya mahu memansuhkan undang-undang kontroversi itu yang telah digunakan untuk menutup suara politik yang menentang kerajaan.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.