Anwar tolak keputusan PRU13

Oleh Syed Jaymal Zahiid

PETALING JAYA, 6 Mei — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau tidak menerima keputusan Pilihan Raya 2013 selepas beliau mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merencana undi untuk memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Dikala angka semakin banyak masuk, pemimpin de facto PKR itu mengatakan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan mengiktiraf keputusan kerana mendakwa beberapa kerusi panas dicemari dengan penipuan besar-besaran.

“Pada ketika ini, kita tidak menerima keputusan,” kata Anwar dalam satu sidang akhbar yang penuh dengan pemberita tempatan dan antarabangsa.

MENYUSUL LAGI