Aplikasi Twitter rasmi untuk Windows 8 diperkenalkan

Pihak Twitter telah menjanjikan kepada pengguna Windows 8 bahawa mereka akan mendapat versi aplikasi Twitter rasmi tidak lama lagi. Mereka telah secara rasminya melancarkan aplikasi Twitter untuk Windows 8 bagi mereka yang in berhubung menggunakan laman sosial terkemuka itu.

Dengan aplikasi ini, anda boleh mendapat pengalaman yang serupa, jika anda pernah menggunakan Twitter di platform-platform yang lain. Antaramuka aplikasi ini telah diubah sesuai dengan cara penggunaan Windows 8 – seperti carian menggunakan Charm Bar, Snap View aplikasi ini ke desktop anda, dan juga sokongan notifikasi melalui Live Tilenya tersendiri.

Jadi apa tunggu lagi? Temui dunia laman web dengan Twitter di Windows 8 sekarang!

Link untuk muat-turun: Twitter untuk Windows 8