Dimensi: 123.4 x 89.4 x 46.5 mm
Berat: 140g
Nilai: 7/10
Ciri-ciri: 7/10
Prestasi: 7/10
Rekaan: 9/10
Penggunaan: 7/10
Hasil Ujian: Idea yang bagus namun memerlukan rangkaian yang laju
Skor: 7.4/10
Ada orang yang sukakan tetikus tanpa wayar. Ia bermakna kurang kabel yang menyemak! Namun ini bermakna menggunakan sambungan USB tambahan pada peranti kamu. HP memperkenalkan jawapan alternatif bagi masalah ini dengan Touch Mouse X7000
Fungsi utama X7000 adalah ia tak perlu apa apa peralatan lain untuk berfungsi. Ia hanya menggunakan sambungan WiFi untuk digunakan. Tetapi ada pro dan kontranya, dari satu segi kamu sudah tidak menggunakan satu sambungan USB yang baik bagi komputer riba dan ultrabook. Namun ia juga mempunyai masalah jika sambungan WiFi putus secara tiba tiba. Anda juga mendapat masalah sekiranya sambungan WiFi tiba-tiba menjadi perlahan dan secara tidak langsung menjejaskan prestasi tetikus ini.
Dari segi penggunaan, X7000 adalah amat selesa digunakan. Rekaannya bermakna tangan anda akan muat dengan selesa pada permukaannya. Walaupun begitu HP menggantikan roda kawalan dengan pad sentuh, dan ia akan mengambil masa untuk membiasakan diri menggunakannya oleh kerana tiada lagi rasa mekanikal roda. Proses memadankan tetikus ini pada komputer juga mengambil masa yang agak lama, sesuatu yang anda pasti tidak mahu rasai jika menggunakan peranti input yang asas.
By 
