Samsung Galaxy W.
Dimensi: 115.5 x 59.8 x 11.5 mm
Berat: 114.7g
Paparan: 480 x 800 piksel, 3.7 inci
Memori: 512 MB RAM, 1.7 GB dalaman penyimpanan
Chipset: Qualcomm MSM8255T Snapdragon
Nilai: 9/10
Ciri-ciri: 8/10
Prestasi: 8/10
Rekabentuk: 8/10
Kebolehgunaan: 10/10
Hasil Ujian: Nilai sangat baik untuk wang
Sebab MT Sukakannya: Hayat bateri panjang, paparan yang elok
Markah: 8.6/10 (PILIHAN)
Samsung Galaxy W (juga dikenali sebagai Galaxy Wonder) adalah sebahagian dari telefon pertengahan (midrange) Samsung yang mempunyai keseimbangan menarik di antara harga dan fungsi. Kami telah menguji telefon ini untuk menentukan nilainya pada harga yang akan anda bayar, dan keputusannya adalah menarik.
Anda dapat apa yang anda bayar
Apabila dikeluarkan daripada kotaknya, Galaxy W tidak begitu menonjol, pada mulanya. Sarung hitamnya adalah sama seperti telefon Galaxy yang lain (juga terdapat dalam warna putih). Kelengkungan nipis di belakang telefon membuatkannya mudah dan selasa untuk dipegang bagi jangka masa yang panjang, dan ia juga cukup ringan.
Android
Malangnya, W dijalankan oleh Android Gingerbread, tetapi dengan pemproses 1.4GHz, ia berjalan dengan baik. Mungkin terdapat sedikit kelewatan apabila anda mengemudikan menu, tetapi ia tidak ketara. Walaupun begitu, terdapat sedikit beban semasa menjalankan aplikasi berat seperti permainan; tetapi chipset Qualcomm adalah lebih daripada mencukupi untuk e-mel dan teks.
Walaupun orang berkata 3.5 inci adalah saiz yang paling sesuai untuk skrin, 3.7 inci pada telefon ini adalah lebih baik. Memadatkan 252 dpi (titik per inci) pada skrin LCD TFT ini memberikannya paparan yang cantik. Ikon dan teks adalah tajam dan jelas dengan kontras warna yang baik, imej yang dipaparkan juga berkualiti tinggi. Yang paling penting, kualiti teks cukup baik sehingga tiada masalah membacanya di skrin lebih kecil. Dan bercakap tentang skrin kecil, ia masih cukup luas untuk membenarkan sesiapa sahaja untuk mencapai mana-mana bahagian paparan sambil memegang telefon dengan sebelah tangan. Cukup berguna ketika tangan anda sibuk.
Permukaan belakang yang sedap dipegang
Hidup lebih lama
Samsung mendakwa bahawa bateri Galaxy W akan bertahan sehingga 420 jam masa siap sedia atau sehingga lapan jam masa bercakap. Satu dakwaan yang besar, memandangkan hayat bateri yang agak menyedihkan bagi telefon pintar semasa. Kami tidak sanggup membiarkan telefon duduk diam selama 17 hari untuk melihat jika ia akan bertahan, tetapi dengan penggunaan harian biasa, bateri boleh bertahan sehingga 2 hari tanpa caj. Ini termasuk masa panggilan, jadi ia adalah jangka masa yang agak lama.
By 


