Advertisement

Bagus Untuk Kegunaan Biasa – Acer Aspire V5- 571G

Price: RM2,199
Dimensions (HxWxD): 23 x 382 x 253 mm
Weight: 2.3kg
Processor: Intel Core i5 -3317UM
Memory: 4 GB
Storage: 500 GB
Operating System: Windows 7 Home Premium, 64-bit
Display: 15.6 inch, 16:9, 1366x768 pixels
Graphics: NVIDIA GeForce GT 620M 1024 MB
Connectivity: WiFi, Ethernet, Bluetooth
Ports: USB2.0 x 2, USB3.0 x 1, HDMI, VGA
Battery: 4-cell Lithium Ion (Li-Ion, 2500 mAh

Value: 9/10
Features: 8/10
Performance: 7/10
Design: 8/10
Usability: 8/10

PCMark7 Score: 1858

Verdict: Walaupun bukan Ultrabook yang terbaik tetapi V5 cukup untuk kegunaan seharian.
Total Score: 8/10

Jenama pertama yang menggunakan konsep Ultrabook, Acer boleh dikatakan peneraju bagi apa saja untuk platform amat nipis Intel ini. Walaupun masih mengeluarkan notebook tradisional, syarikat ini masih juga mengeluarkan banyak Ultrabook di pasaran. Salah satu daripada Ultrabook ini adalah Acer Aspire V5. Dan saya menjumpai satu di pejabat jadi mari kita uji mesin ini.

Hampir Terbuka
Disebabkan Ultrabook ini dikelilingi oleh plastik matte, ia tidak terasa macam satu model yang mahal. Tapi tak apa, V5 memang agak kukuh. Hanya plastik di paparan terasa agak lemah. Ada masa saya hampir terbuka skrin pada bahagian tepinya. Mujurlah tiada kerosakan berlaku. Acer patut melihat bahagian itu bagi model baru mereka.

Buang Glos Itu
Disebabkan ini adalah versi lebih besar Ultrabook yang baru saja dilancarikan, V5 yang saya gunakan mempunyai paparan LCD 15.6 inci. Walaupun begitu saya kecewa katakan yang paparan ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Dengan glos di keseluruhan skrin, ia amat senang dicemari cap jari dan sangat hampeh untuk digunakan di luar. Warna juga amat biasa oleh kerana amat susah untuk mengenalpasti perbezaan warna yang hampir sama. Hanya warna merah saja kelihatan ok. Bagi jurugambar dan pereka grafik, mungkin kamu mahu memilih Ultrabook yang lain.

Cukup Makan
Sepanjang saya menggunakan V5, saya agak sukakannya. Ia dapat menjalankan tugas seharian seperti melayari web, permainan dan juga pemproses kata dengan bagus. Walaupun begitu game yang berat tidak dapat dilarikan pada V5 oleh kerana ia akan menjadi amat lembap. Walaupun mengurangkan prestasi permainan dapat melancarkannya, ia tidak sama sekali memberikan suasana permainan yang epik.

Lebih Stamina
Ini adalah tekaan saya tetapi saya rasa untuk membuatkan Ultrabook 15.6 inci ini senang dibawa, Acer telah mengorbankan prestasi bateri. Dalam kegunaan berat, hayat bateri ini hanya bertahan selama kurang 2 jam. Walaupun digunakan sekali sekala, hanya sedikit saja lebih 2 jam ia dapat bertahan. Ia adalah amat berkuasa tetapi saya tak suka yang saya terpaksa selalu mengecasnya