Bayar Tiket Dengan Telefon

Al-Ishsal dengan Rahul semasa majlis pelancaran.

Untuk pelanggan mereka yang lebih gemar menggunakan peranti mudah alih untuk mencari apa jua maklumat yang berkenaan dengan perjalanan mereka, Malaysia Airlines ataupun dikenali sebagai MAS, telah bekerjasama dengan PayPal untuk menjadi syarikat penerbangan pertama di rantau Asia Tenggara yang memberikan perkhidmatan pembayaran tiket kapal terbang dengan menggunakan perkhidmatan Paypal. Ia boleh digunakan di aplikasi mudah alih di platform iOS, Android dan Windows Phone 7, serta laman web flymas.mobi untuk penerbangan dari Malaysia ke mana-mana destinasi di serata dunia.

"Sejak pelancaran MHmobile is 2009, kami telah melihat keberkesanan platform mudah alih ini, dan kami percaya kerjasama kami dengan PayPal akan memberikan keyakinan kepada pelanggan kami untuk transaksi yang lebih selamat di dalam talian," kata AL-Ishsal Ishak, Timbalan Presiden Kanan, Promosi dan Pemasaran.

Rahul Shinghal, Pengarah Bahagian Mudah Alih Asia Pasifik untuk PayPal pula berkata," Kami maklum keinginan pengguna untuk membeli dengan senang apa sahaja, dimana jua kini, terutamanya melalui peranti mudah alih mereka. Aplikasi MAS memberikan pengalaman yang bertaraf dunia untuk membeli tiket penerbangan anda, dan kami di PayPal berasa bangga dapat meningkatkan lagi pengalaman pembelian tiket melalui aplikasi MHmobile dengan perkhidmatan pembayaran kami yang senang dan selamat."

Untuk menggunakan perkhidmatan baru ini, para pelanggan MAS boleh menggunakan laman web flymas.mobi melalui telefon pintar mereka ataupun memuat-turun aplikasi MHmobile ke telefon pintar mereka dan merancang perjalanan mereka dengan MAS.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.