BEIJING, 16 Jan (Bernama) -- Sebanyak lebih 100,000 isi rumah nilai bersih
tinggi dicatatkan di Beijing pada 2012, menurut Laporan Kekayaan 2012 China.
Laporan itu, diterbitkan bersama oleh Boston Consulting Group dan China
Construction Bank, menunjukkan bahawa antara 10,000 keluarga di Beijing, 200
daripadanya adalah keluarga nilai bersih tinggi.
Keputusan kajian itu, berdasarkan 1912 temu bual dengan keluarga yang
mempunyai sekurang-kurangnya 6 bilion yuan (US$950,000), menunjukkan Beijing,
Jiangsu, Shanghai, Zhejiang dan Guangdong mempunyai sekurang-kurangnya 100,000
keluarga jutawan pada 2012, mewakili 40 peratus daripada keluarga jutawan di
seluruh negara.
China Daily melaporkan bilangan keluarga jutawan di Anhui, Gansu dan
Hunan naik 30 peratus tahun ke tahun pada 2012, tetapi pertumbuhan isi rumah
jutawan di Guangdong dan Zhejiang susut 10 peratus pada tahun yang sama.
Menurut laporan itu, mereka yang bernilai sekurang-kurangnya US$1 juta
disenaraikan sebagai istiqamah nilai bersih tinggi China.
Laporan itu berkata bilangan isi rumah bernilai bersih tinggi di negara itu
meningkat 17 peratus kepada 1.74 juta pada 2012.
--BERNAMA
NSW WGM NHZ


