Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    Bekas askar: Kami pernah diarah pangkah untuk anggota lain

    Oleh Syed Mu’az Syed Putra

    KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Kepincangan sistem pilihan raya terus dibangkitkan dengan pendedahan terbaru dibawa empat bekas anggota tentera hari ini - membuat pengakuan bahawa mereka pernah mengundi bagi pihak anggota lain atas arahan pegawai atasan.

    Pada satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini, kesemua mereka mengaku telah diarahkan mengundi bagi pihak anggota lain dan juga isteri anggota tentera.

    Salah seorang anggota terbabit, Kamarulzaman Ibrahim, 53, berkata pada pilihan raya umum 1986 dia telah menerima dua karung undi pos untuk dipangkah.

    “Saya terima dua karung undi pos, satu dari Parlimen... saya pangkah banyak undi bukan sahaja dari Johor tapi dari seluruh negara.

    “Saya tidak tahu berapa banyak saya pangkah, saya bukan pangkah satu jam atau dua jam tapi tiga hari saya pangkah (kertas undi),” katanya yang berkhidmat bersama Tentera Darat selama 10 tahun.

    Kamarulzaman yang bersara pada 1991 berkata, semasa memangkah kertas undi itu dia terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan.

    “Nak kata banyak itu saya tidak tahu banyak mana tapi tangan lenguhlah, pen tiga batang ada dalam kocek saya dan saya isu borang sampai terpaksa tanggal baju kerana panas sebab dulu mana ada kipas.

    “Saya perlu isi banyak nama dan pangkah banyak borang, jadi pen nak kena banyak,” katanya.

    Sementara itu Mejar (B) Risman Mastor, 64, berkata, dia diarah untuk memangkah pembangkang pada pilihan raya umum 1978 sebagai tanda protes kepada kerajaan.

    “Saya diarah memangkah pembangkang ketika itu, sebab ketika itu kami marah pasal gaji sebab ketika itu gaji kami sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan guru.

    “Kami dianaktirikan, kami berjuang demi negara, kawan-kawan kami ada yang kudung kaki... kami berjuang demi mempertahankan negara tapi apa yang kami dapat?” katanya.

    Seorang lagi bekas tentera Mohamed Nasir Ahmad, 50, berkata pada pilihan raya umum 1986 dia telah diarahkan ke lapangan terbang Sandakan untuk mengambil karung undi.

    “Saya pada awalnya tidak tahu tapi apabila sampai semula ke kem, pegawai tadbir arahkan saya dan sahabat saya untuk membuka karung undi pos dan jumlah kertas undi kalau tidak silap saya sebanyak 900 lebih.

    “Dan, saya diarah bahagi dua untuk memangkah kertas-kertas undi itu,” katanya.

    Bagaimanapun seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mohd Kamil Omar, 49, berkata, dia tidak memangkah undi pos tapi melihat anggota lain melakukannya dan diberikan “habuan.”

    “Apa yang saya nak cerita ini adalah perkara yang benar-benar berlaku pada pilihan raya umum 1999 di Butterworth yang mana saya diarahkan untuk mengambil karung undi pos di kem TUDM di Butterworth.

    “Apabila saya balik ke kem saya lihat ramai anggota lain sedang memangkah undi pos, saya juga diberikan sekotak dengan habuan tapi saya tolak.

    “Saya tidak mahu bersubahat, ini adalah satu pengkhianatan kepada negara,” katanya.

    Sementara itu Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilasasi Dewan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat menegaskan undi pos adalah sistem yang boleh dimanipulasikan oleh sesiapa sahaja.

    “Kalau kita lihat ada anggota tentera yang mengundi bagi pihak anggota lain, malah ada yang tidak memohon sebagai undi pos tapi nama mereka ada dalam undi pos.

    “Kesimpulannya undi pos terdedah kepada manipulasi begitu besar, sistem undi pos sejak dulu sampai sekarang tetap ada ruang manipulasi,” katanya.

    Justeru kata beliau, sistem undi pos perlu direformasikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Syor agar menghapuskan undi pos merupakan salah satu tuntutan dikemukakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang menyaksikan ribuan rakyat menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di ibu negara.

    Tambah Suhaizan, pihaknya akan terus mendesak kerajaan dan SPR sehingga pembaharuan sistem pilihan raya dilaksanakan.


    How do you feel about this article?

     

    86 comments

    • Roy  •  9 months ago
      atoki twocucu jangan cakap sebarang kalau tak tau tu cari ilmu....... abih askar yg ke misi pbb tu wat pa pegi bekelah ka sebagai contoh apa yg LKpl adnan dapat yg meninggal ketika bertempur di bakara market..... cuba kau pegi ke kg dan lihat apa nasib anak dan isteri di skarang....... harap pingat PGB tu ja jual pun tak laku..... anak kecik2 lagi satu lagi kanang anak langkau yang bertempur denga kominis sampai terburai perut di tembak komunis ada dapat datuk tapi shah ruk khan dapat datuk lak sebab tak sampai 5 saat wat filem kat malaysia........ apa kejadah tu.......... pikir la sendir atok oii jangan jadi lembu kena tarik idong...... negara len pasukan tentera diberi keutamaan tapi di malaysia apa yg diutamakan. kalau ikut perlembagaan tanga gaji tentera paling tinggi tapi cuba ko kaji gaji sapa yg paling tinggi.......brapa ramai tentera atau bekas tentera peringkt bawah yg dapat pingat yg membawa gelaran datuk..... kalau pencen pulak kenapa duit tabung AT yg dipotong tan diberikan 100% dan sebaliknya hanya berapa peratus ja yg dapat selebih sebagai pencen campur ngan duit kerajaan.......
    • Ahleepin Pin  •  9 months ago
      Selamat berpuasa dan salam perpaduan....Gua ingat itu askar pencen sulah nyanyyyyok mmmmaaaaa.......Sulah lama jadi askar..dulu ala masuk utan kepala sulah pineng..cepat2 pencen dan bulan2 angkat luit pencen.Sulah pencen diam2 lulok la....apa bikin sini sana bising2 . Lu olang nasib ala baik ada pencen...macam gua tatak keleja tatak luit mmmaaaaa. Cukai pintu pun kalang 2 lain taun balu bayar.. Dulu juga ala ingat mau jadi soljer...tapi olang tatak telima..gua sekolah tatak tinggi....Dulu sekolah lantai tanah......atap lumbia....sekalang sekolah batu manyak tinggi sampai 5 tingkat.itu pasal olang sudah lupa mau cakap telima kasih sama kerajaan....jangan malah mmmmmaaaaaaaa. makan lulian manyak bagus...itu lulian baling manyak sedap mmmaaa.
    • Andrew Inds  •  9 months ago
      PAS nak buka cerita tahun 1978, 1986 dan tahun 1999, cerita berbelas tahun dulu, masa sekarang sistem undi dah berubah, simpan jelah cerita basi ko tu PAS, publisiti murahan je ni...
    • Kucing  •  9 months ago
      Menipu tak agak2 tentera ni sume. Ustaz2 pas ni pon sume pon bodoh piang masing2. Mase tentera tu buang undi, ada wakil parti yg bertanding tgkla BODOH!!!!!. takanlah buta wakil PAS tu. Bodoh punye PAS. Nik Aziz la ni tak ajar
    • WhiteHartLane  •  9 months ago
      I SUGGEST KITA HAPUSKAN UNDI POS..biar civilian yg tentukan who rules MALAYSIA ni! WHAT SAY YOU SPR...last2 answernya "...kami tiada kuasa.."
    • 1 Malaysia Jahanam  •  9 months ago
      BN parti penipu telah lama berkuasa dan telah memporak perandakan sistem demokrasi negara...Keselamatan negara pun tak tertiggal...Telah di hancurkan oleh UMNO/BN dengan kerjasama PUTRAJAYA/SPR/JPN/PDRM/KEHAKIMAN/ROS. Ini adalah gara2 BN memerintah dengan penipuan selama 54 tahun....
    • Mao  •  9 months ago
      Wow.. pendedahan yang berani (jiwa pahlawan).. Tapi BODOH. Setia bukan bermakna ikut saja membabibuta, sampai arahan yang tak betul pun diikut. Agaknya kalau di suruh jadi pengkhianat negara pun dibuat.. pokoknya ada habuan...DUIT!!! Dah bertahun2 berlalu baru sekarang nak dedah, itupun guna pentas politik. Hentam SPR, UMNO, BN dan kerajaan kata tak Bersih. Tapi diri sendiri Bersih ke bila dah tak jujur.. tak amanah ???. Lepas ni nak pulak dengar apa kata orang2 yang tak dapat mengundi kerana kertas undinya telah dipangkah oleh 'hantu-hantu' ini.. mungkin pihak berkenaan boleh kumpulkan kot, setidak2nya utk pendengaran umum... Memang mudah menyalahkan orang lain atas kesilapan kita sendiri. TAPI pernah ke kita melihat kesalahan orang lain itu ada tak pada diri kita sendiri..Jangan sampai jadi seperti ---- yang sentiasa menyalak setiap kali ada orang lalu didepannya... Fikir2kan la....
      • Mohd Nor 8 months ago
        Masa tu terpaksa tapi sekarang dah taubat, masih belum terlambat. Sayangilah anak2, cucu2 dan generasi kita......
    • ibrahim haprak  •  9 months ago
      dapatkan nama diorang ni tahan pencen kerana belot pada negara.....nak berpolitik laa pulak.....
      • Mujaheed 9 months ago
        Cadangan haprak datang dari yg haprak. Memang layak nama untuk kau tu.
      • mazlan 9 months ago
        Bukan belot pada negara tapi belot pada UmnoBN(Barisan Najisi) inilah tektik UmnoBN Al-Najisi....Ganas,tipu,ugut,provokasi & politik wang
      • Nazri 9 months ago
        BAGUS dia dedahkan semua ni, supaya pilihanraya seterusnya adil.Bergantung pada niat dia, tapi yang TAK BAGUSNYA kalau statement dia ni ditokok tambah oleh pihak tak bertanggungjawab untuk cetuskan peperangan sesama kita....
    • ibrahim haprak  •  9 months ago
      tahan jer pencen diaorang nie.....tak bersyukur.....kacang lupakan kulit......pengakuan nih pun tak tahu betul ke tidak.....adu pada pihak atasan......bukan adu pada parti politik yang punya agenda tersendiri.....kerja ada protokol.....tapi bila dah pencen lupa semua tu....lupa angkat sumpah yg pernah dilakukan......anda ni semua pemegang amanah tapi bila pencen hilang semua tu....masa nak pencen lupa ke pada sumpah setia???? harap pangkat je besar tapi akai xde....pangkat tu dapat dari mana pun tak tau....cara apa didapatkannya pun tak tau....
    • anas  •  9 months ago
      seorang memangkah untuk 1 batillion....??? percaya lah...memang berlaku...walaupun banyak tapi kerja mudah...cuma pangkah tanpa banyak fikir....
    • r.a  •  9 months ago
      owwwww......xpe bos...citer lamer..
    • rendy  •  9 months ago
      http://lady-laurendy.blogspot.com/ buat yg suka nonton streaming, tv kabel ,tv luar negeri, freewatch free tv streaming hbo star movie etc
      t
    • jimmyae101  •  9 months ago
      Diarah undi ? tidak kan negara malaysia negara adil,bebas....mana boleh beri arahan ikut arahan ketua?
    • Kuri bin ron Kri  •  9 months ago
      bekas tentera yg pangkah tu yg bodoh..dah dapat habuan..skrg baru nak bunyi...mengapa semasa nak x tidak ingat dosa pahala..hampa bukan pangkah kerajaan(BN) tapi pembangkang..nanti di akhirat baru tahu..yg tidak baik ngapa di ikut...pangkah hak awak punya udah lah
    • Ros76  •  9 months ago
      Wahai Rakyat Malaysia..salahkah jika rakyat 'BERSIH'kan pemimpin yg tidak 'BERSIH"..
    • Ampiga Badua  •  9 months ago
      Bekas2 askar ni nak projek besar. Tak dapat mulalah buat cerita. dapat ofer baik pulak.
    • Daud  •  9 months ago
      Undi guna barcode sistem seperti yang digunakan dalam pembelian tiket kapal terbang ataupun barangan di super2 market..setiap orang yang telah mendaftar mesti mempunyai barcodenya sendiri dan hanya akan dikeluarkan sewaktu pendaftaran undi..
    • musid  •  9 months ago
      betui ke tidak?.....macam pelik sangat dari crita dia....cakap saja tak guna....kena ada bukti...cakap mulut dah tak pakai skrang....crita macam crita katun...logik arr skit....fakta-fakta..
    • Cucu Tok Wan  •  9 months ago
      Masyaallah, apa nak jadi umat islam di Malaysia ni, bulan ramadhan pun nak menipu org ramai, mana ada orang pangkah undi pakai pen dakwat, semuanya pakai pensil macam budak2 ambik SPM. Pemimpin2 PAS pun sekarang ni main hentam kromo aje, semenjak MAT SABU jadi timbalan presiden, semua orang2 PAS terikut-ikut dgn perangai dan sikapnya yg sememangnya seentero malaysia pun tahu. Hari tu buat isu pemegang PR rakyat Indonesia dapat kerakyatan dalam masa 4 jam. Tengok2 org tu dah 29 tahun duduk kat Malaysia. Hampeh..buat fitnah aje kerja orang2 Pas sekarang ni.
    • Stingray  •  9 months ago
      kah....kah....kah.....hik....hik...hik....
      Berapa hinggit pulok kau orang dapat drp orang yang suruh ko orang buat press statement tu....
      Tersonyom lebar semuo nya tentu lumayan kan.... maklumlah duit pencen dah abih joli sakan.....
      hik...hik...hik.... kenapa dah bertahun baru nak bising bising ???? Ini tentu duit ganjaran dah habih.... duit pencun pun tinggal ciput pasal hutang along....

    Most Popular

    • Durian runtuh jadi tempoyak

      Projek memberi duit dari kerajaan Barisan Nasional telah dan sedang berjalan lancar. Ketika sekolah baru dibuka awal tahun ini ibu, ayah dan anak telah diberi 200 ringgit untuk membeli buku. Ini diikuti dengan pemberian 500 ringgit untuk keluarga yang berpendapatan … Continue reading →

    • Army veterans do 'butt exercises' at Ambiga's house
      Army veterans do 'butt exercises' at Ambiga's house

      A group of retired armed forces personnel held ‘butt exercises’ in front of the residence of Bersih co-chairperson Ambiga Sreenevasan in Bukit Damansara early this morning.

    • Tunku Aziz: I don’t trust Guan Eng
      Tunku Aziz: I don’t trust Guan Eng

      KUALA LUMPUR, May 16 — Tunku Aziz Tunku Ibrahim has openly attacked Lim Guan Eng, saying he does not trust the DAP secretary-general and ending any hopes of bringing the former party vice-chairman back into the fold after his resignation on Monday.

    POLL
    Loading...
    Poll Choice Options