Bekas guru sekolah rendah dipenjara tiga tahun kerana cabul kehormatan

PUTRAJAYA, 12 Sept (Bernama) -- Seorang bekas guru sekolah rendah, yang pada dua tahun lepas mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berumur lapan tahun, hari ini memulakan hukuman penjara tiga tahun selepas Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan sabitan dan tempoh hukuman penjaranya.

Panel tiga anggota terdiri daripada Datuk Seri Mohamed Apandi Mohamed Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Mohtarudin Baki sebulat suara menolak rayuan akhir Anuar Shaari.

Anuar, 50, disabitkan dan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret pada 7 Feb tahun lepas kerana menggunakan paksaan untuk mencabul kehormatan pelajar Tahun Dua itu di bilik muzik Sekolah Kebangsaan Sungai Duri di Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang, antara 3 petang dan 4 petang 17 Nov, 2009.

Bagaimanapun, pada 6 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi George Town menambah tempoh hukuman penjaranya kepada tiga tahun.

Mahkamah Tinggi menolak rayuan Anuar terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang mensabit dan menjatuhi hukuman penjara 10 bulan terhadapnya dan membenarkan rayuan balas oleh pendakwaan bagi tempoh hukuman penjara yang lebih berat.

Anuar memperoleh kebenaran penangguhan pelaksanaan hukuman dan jaminan RM4,000 beserta seorang penjamin daripada Mahkamah Tinggi sementara menunggu rayuannya didengar oleh Mahkamah Rayuan.

Fakta kes mendedahkan bahawa pada hari berkenaan, pelajar perempuan terbabit diarah membawa buku teks Bahasa Melayu ke dalam bilik muzik itu.

Apabila pelajar perempuan itu tiba di bilik muzik, tertuduh mengunci pintu, mengambil sebuah kerusi dan mengarahkan pelajar itu duduk. Selepas mencabul kehormatan pelajar itu, Anuar mengarahkannya supaya balik ke bilik darjah.

Pelajar perempuan itu memberitahu ibunya tentang kejadian itu apabila ditanya selepas ibunya melihat pelajar itu menangis ketika pulang dari sekolah.

Ibu pelajar itu kemudian membuat laporan polis.

Anuar diwakili peguam R.S.N Rayer manakala Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim pula mewakili pendakwaan.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • BN to face angrier Malaysians with continued crackdown, warns Ambiga The Malaysian Insider
    BN to face angrier Malaysians with continued crackdown, warns Ambiga

    KUALA LUMPUR, May 23 — Putrajaya will only face more wrath from right-thinking Malaysians if it continues its nationwide crackdown on opposition supporters, Datuk Ambiga Sreenavasan said today.

  • Pathmanabhan, tiga pekerja ladang ke tali gantung kerana bunuh Sosilawati dan tiga individu lain Bernama

    SHAH ALAM, 23 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapatibekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuhjutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahunlepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawapihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan danR.

  • Crackdown begins! The Malaysian Insider
    Crackdown begins!

    KUALA LUMPUR, May 23 ― Batu MP Chua Tian Chang, activist Haris Ibrahim and PAS’s Tamrin Ghafar were arrested for sedition today and brought to the Jinjang police station for questioning, according to reports.

  • ‘Haram’ to topple government through violence, repeats Fatwa Council The Malaysian Insider

    NILAI, May 22 – The National Fatwa Council reiterated a “fatwa” declaring demonstrations and rallies to topple government through violence as “haram” (forbidden) yesterday, becoming the latest Islamic body to comment on the issue.