Bendera maruah negara, tukar bendera perbuatan terkutuk, kata Najib

  • PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge
    PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge

    PKR de facto leader Anwar Ibrahim has warned deputy inspector-general of police Bakri Zinin not to behave like an Umno division leader by curbing Saturday's 'Black 505' rally rally at Padang Merbok in Kuala Lumpur. …

  • Najib breathes easier after Dr Mahathir pow-wow
    Najib breathes easier after Dr Mahathir pow-wow

    It has been a roller-coaster ride for Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (pic left) since he led the Barisan Nasional to victory at the May 5 general election but without achieving his own benchmark: restoring its two-thirds control of Parliament. …

  • DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers
    DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers

    The recent appointments of two ministers and three deputy ministers were unconstitutional, DAP MP M. Kula Segaran said in a petition filed at the Kuala Lumpur High court today. …

  • Assembly points set for KL 'Black 505' rally
    Assembly points set for KL 'Black 505' rally

    Pakatan Rakyat and NGO leaders will gather at seven assembly points in Kuala Lumpur on Saturday, before proceeding to Padang Merbok to hold the 'Black 505' rally. …

  • Dr Mahathir regrets Internet freedom
    Dr Mahathir regrets Internet freedom

    Tun Dr Mahathir Mohamad admitted today he might have made a mistake in giving guarantees for Internet freedom, which has been blamed for empowering and enabling opposition parties to win more seats in the 13th general election. …

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Perbuatan mahu menukar bendera Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya adalah perbuatan terkutuk, kerana bendera merupakan ikon melambangkan maruah negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Umno itu menegaskan, perbuatan itu umpama menghina negara dan majoriti rakyat negara ini tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan sedemikian.

“Ubah bendera ni memang perbuatan terkutuk.

“Bendera ni maruah negara, kita tidak boleh main-mainkan, perlekehkan,” tegasnya dan menambah “bendera melambangkan kesucian dan kedaulatan negara kita.”

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin selepas sidang media di Ibu Pejabat Umno turut berkata siasatan terhadap insiden berkenaan telah selesai dan terpulang kepada Peguam Negara untuk mendakwa, dan mahkamah untuk menghukum.

“Menteri Dalam Negeri tidak akan mengulas perkara itu ... kami serahkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan dan mahkamah untuk membuat keputusan,” katanya merujuk kepada insiden bendera dan memijak gambar pemimpin negara itu.

Mohd Zairi Shafa’ai dan Muhammad Nasir Abu Bakar, kedua-duanya berusia 24, mencetuskan kontroversi ketika sambutan malam ambang Merdeka apabila mengibarkan Sang Saka Malaya, bendera yang menjadi model bendera Singapuran dan Indonesia termasuk Umno.

Kedua-dua remaja itu ditahan awal bulan ini dan disiasat di bawah Seksyen 9(1) Akta Hasutan 1948, yang mana bakal dipinda tidak lama lagi oleh pentadbiran Najib.

Najib sebelum ini turut menuduh pembangkang bertanggungjawab untuk menukar bendera sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.

“Semua mereka nak ubah... mereka juga ingin menukar bendera kita.

“Banyak perkara mereka nak lakukan, tapi tak boleh lakukan, kerana kuasa Putrajaya dalam tangan kita,” dakwa Najib lagi.

Tambah perdana menteri itu lagi, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu.

“Kita serah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

“Ini perbuatan tidak boleh diterima rakyat Malaysia sebahagian ramai begitu rasa cinta kepada negara, dan ramai yang sanggup mempertahankan maruah negara,” katanya lagi.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.