Berani berubah walaupun tiada jaminan – Naim Adham

Pada penghujung tahun 70an, di satu sekolah dimana tugasan amali bagi pelajar disitu ialah melibatkan diri dengan masyarakat yang miskin , papa kedana dan tiada apa-apa , dimana di tempat itu tinggalnya orang miskin yang hidupnya merempat , tinggal di tepi jalanan , di kaki lima hanya beratapkan langit.

Pengurusan yang tidak cekap oleh kerajaan dan tiada gaji telah menseret mereka ke kencah kemiskinan. Meskipun Lembaga Pembasmian Kemiskinan diwujudkan tetap masih tidak dapat membantu seolah-olah tiada fungsi. Pelajar-pelajar di situ mereka sedar bahawa mereka tidak berdaya untuk merubah keadaan di situ dengan sepenuhnya dan berikan kemudahan akan tetapi mereka punyai satu idea yang dimana mereka fikir ianya dapat memberi nafas baru kepada masyarakat di situ. Walaupun mereka tidak yakin tetapi mereka perlukan perubahan. Untuk teruskan hidup dibatas dunia yang selalu berubah-rubah maka kita perlu berani untuk berubah walaupun tiada jaminan bahawa yang perubahan itu akan bawa kejayaan. Akan tetapi perubahan walaupun untuk kebaikan akan menghadapi hakangan dan cabaran.

Istilahnya dalam bahasa Arab disebut “Islah” manakala bahasa Inggeris dikata “Reform”. Bahasa Melayu dibilang “Pembaharuan.”

Esok harinya, mereka melaksanakan apa yang mereka rancang . Mereka melawat setiap sekolah di setiap negeri dan mereka meminta agar setiap pelajar dapat menyumbang senaskah surat khabar lama . Sumbangan itu kemudiannya dikumpul dan dijual kepada kilang kertas untuk dikitar semula. Hasil dari jualan itu, wangnya diguna untuk menyediakan beberapa kemudahan asas di kawasan yang miskin dan dipusingkan @ "rotate" serta dicipta pekerjaan .

Bendanya ringkas sekali setiap pelajar hanya menyumbang senaskah akhbar dimana kalau ada 3000 pelajar? Maka mereka akan dapat 3000 naskah kalau 7000 naskah? 10000 naskah? Tetapi sumbangan itu mampu hapuskan kelaparan dan kemiskinan yang berleluasa. Dalam konteks hari yang semakin mendepani manusia yang menindas antara satu sama lain, jurang perbezaan yang sangat lebar antara golongan kaya dan miskin dan sifat kemanusiaan semakin terhakis.

Para ilmuwan/ golongan yang berpelajaran perlu memainkan peranan untuk membina semangat "reform" , jangan jadikan bangsa itu seperti kasut . Memetik kata-kata Dato Siddiq Fadzil "Dari atas diinjak kaki , dari bawah ditusuk duri , sudah usang dibuang orang"

Ataupun tidak perlu tunggu para ilmuwan lihat sahaja kisah diatas hanya sekumpulan pelajar. Jika tiada semangat untuk berubah ke arah hidup yang lebih baik dan bermakna meskipun perubahan itu belom tentu menjanjikan kehidupan yang senang dan bermakna , kita boleh belajar dari sejarah di zaman nabi, apabila sampai seru kaum muslim perlu bertukar tempat dari kota Makkah ke kota Madinah dan mereka menolak perintah berhijrah lantas apa yang terjadi keadaan hidup mereka yang tidak mendengar arahan untuk bertukar tempat ? Hidupnya seperti hamba, jiwanya terseksa dan matinya memalukan. Hidup mereka ditindas oleh kaum Quraish Makkah dan mereka mati dengan secara menganiyai diri sendiri. Secara bagaimana? Dengan secara mereka merelakan diri dicaci, dimaki dan dizalimi oleh Quraish Makkah. Ingatkan selepas mati dapat hidup dengan tenang tetapi sayangnya bertemu pula malaikat

Para pelajar itu membuktikan bahawa anda tidak perlu bekerja dengan kerajaan atau menjadi kaya untuk membantu orang lain. Jelas di situ, kita boleh hidup dengan lebih aman dan hirup udara yang lebih nyaman jika kita bersatu. Surah Ibrahim ayat 5 Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah"

Ayat tersebut jelas menunjukkan peranan Ilmuwan @ golongan yang terpelajar bahawa wajib keatas mereka untuk menghijrahkan sesuatu bangsa dari kegelapan malam kepada kecerahan siang, dari kemandulan kepada kecerdasan, dari kebinatangan kepada kemanusian , daripada kehalobaan kepada kesabaran dan dari kekacauan kepada keharmonian. Akan tetapi rujuk pada Surah Radd ayat 11 :

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Dari ayat tersebut menekankan bahawa dalam diri itu mesti ada rasa dan semangat walaupun sekelumit untuk merubah. Maka jika diambil semangat dari bangsa itu dan ditambahkan dengan idea-idea dari ilmuwan insya Allah perubahan itu akan menjadi lebih berhasil. Seperti contoh mak ayah saya org kelantan sekali atau dua kalisetahun pulang ke kampung pasti terlihat di papan putih atau iklan tentang ada hadis atau kata-kata hikmah tentang kebersihan. Akan tetapi hakikatnya? Anda boleh pergi dan lihat dengan mata sendiri. Kita ambil contoh di Turki pula, rakyat mereka sudah serik dengan parti Islam,dkerana setiap kali sahaja pasti islam atau parti yang perjuangkan Islam di sana paling kurang 4 kali berlaku "kudeta" rampasan kuasa oleh tentera. Dan sekumpulan orang belia yang mahukan perubahan maka mereka mengambil langkah kiri dengan meninggalkan guru-guru dan raka-rakan. Rakyat pula kerana hidupnya tidak mahu ditindas dan diperkotak katikkan maka mereka telah mengundi sekumpulan belia ini walaupun pada mulanya mereka tidak menaruh harapan tetapi semua kerananya mahukan "perubahan"

Jangan kamu sangka dengan kekayaan baru boleh bantu agama-bangsa-masyarakat? Dengan rupa paras boleh bantu agama?

Selagi mana tiada harta dan tiada rupa paras maka kamu tidak akan menolong - bersedekah?

Walau bagaimanapun misi perubahan yang diaspirasikan perlu bermula dari dalam hati. Tidak kisahlah tuannya beragama apa kerana setiap agama mahukan pembaharuan kearah kebaikan dan kesejahteraan hidup. Maka setiap dari kamu perlu berubah. "Every day is a chance to get better". Akhir kalam, hakikatnya Tuhan tidak pandang pada kita punya harta atau rupa! Tuhan mahu lihat kesungguhan kita berharap dan takut pada-nya . Tuhan mahu kita merendah diri merayu, merintih dan menangis pada-nya . – 26 Februari, 2015.

*Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.