From left: Model Rebecca, Mr Ng Yih Pyng (Managing Director Tomei), Mr Prida Tiasuwan (Chairman Pranda Jewelry), …
1 Ogos - Telah beroperasi lebih dari 20 tahun yang lalu, jenama barangan kemas Tomei tidak pernah lari dari peranan mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan juga kualiti emas yang maksima kepada pengemar barangan kemas.
Dengan pencapaian setakat ini, Prima Gold dengan bangganya menyediakan pakej kesetiaan untuk aksesori unik bagi pelanggan setia memilih barangan kemas Tomei. Keunikan ciptaan mereka telah menjadikan Tomei bukan lagi emas biasa yang ada.
Bersama dalam mengekalkan tahap kemewahan emas ini, Prima Gold turut memastikan mereka kekal membangun dengan ciptaan yang unik bagi setiap aksesori.
Tomei adalah antara barangan kemas yang memberikan sentuhan baru sesuai untuk anak muda dan juga wanita bekerja yang gemarkan fesyen elegen dan sofistikated, pada masa yang sama keanggunan tetap dikekalkan.
Antara koleksi emas yang turut boleh di dapati di kedai Tomei adalah Queen Of Roses Allamand , Mermaid Rose ,Orchid Princess Flora, Miracle Touch, Symphony ,Glory Sun, Lily Garden, Butterfly Garden.
Kebanyakkan koleksi ini diinspirasikan dari bungaan seperti bunga Mawar, Lily dan juga Orkid manakala elemen serangga seperti rama-rama turut diinspirasi di dalam rekaan terbaru Tomei.
Rekaan ini turut sesuai digayakan di majlis tradisional seperti perkahwinan dengan padanan baju yang mempunyai corak kosong agar emas yang dipakai akan lebih menonjol.
Prima Gold bakal mengadakan pameran koleksi barangan kemas terbaru Tomei di pusat membeli-belah Alamanda Putrajaya bermuala 8 Ogos ini.
