[BERITA] ANGGOTA PAS GESA PARTI ITU KELUAR PAKATAN PEMBANGKANG

  • Bar suggests new laws to give MACC more power
    Bar suggests new laws to give MACC more power

    KUALA LUMPUR, May 23 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) should be given more power to fight graft with the introduction of new legislation, the Malaysian Bar has said.

  • Tian Chua, Haris, Tamrin to be detained overnight at Jinjang
    Tian Chua, Haris, Tamrin to be detained overnight at Jinjang

    KUALA LUMPUR, May 23 — Pakatan Rakyat (PR) lawmakers Chua Tian Chang and Tamrin Ghafar, and political activist Haris Ibrahim, have been arrested for sedition and will be held overnight at the police lockup in Jinjang today.

  • May 25 rally to proceed despite arrests, vows SAMM
    May 25 rally to proceed despite arrests, vows SAMM

    The 'People's Gathering' in front of the Amcorp Mall field in Petaling Jaya on Saturday will go ahead despite the police arresting several leaders of opposition political parties and non-governmental organisations today.

  • Opposition party papers seized as nationwide crackdown begins
    Opposition party papers seized as nationwide crackdown begins

    KUALA LUMPUR, May 23 — Over a thousand copies of PAS-owned Malay newspaper Harakah as well as DAP-owned The Rocket and PKR’s Suara Keadilan were carted off by home ministry officials from shops and several distribution centres in a nationwide raid today, as Putrajaya mounts an apparent crackdown against Pakatan Rakyat (PR) supporters.

  • Police to take action against group who disrupted candlelight vigil
    Police to take action against group who disrupted candlelight vigil

    GEORGE TOWN, May 23 — Police will take action against the group of men who disrupted a candlelight vigil in Esplanade last night that resulted in a scuffle, injuring a reporter and an activist.

KEPALA BATAS, 17 Ogos (Bernama) -- Beberapa anggota PAS Pulau Pinang hari

ini menggesa kepimpinan tertinggi parti itu untuk membawa PAS keluar daripada

pakatan pembangkang.

Bekas Setiausaha PAS negeri Mohamed Nordin Mohd Nor berkata impian pakatan

pembangkang untuk menakluk Putrajaya menyebabkan PAS semakin jauh daripada

matlamat asal dengan membelakangkan perjuangan parti demi memenuhi kehendak

sekutunya.

Beliau berkata kepimpinan tertinggi parti seolah-olah tidak mengambil berat

dengan situasi semasa apabila mereka hanya berdiam diri dan membenarkan rakan

sekutunya iaitu DAP mempertikai Islam dan ajarannya.

"Kami dari akar undi. Kami bukan pemimpin atasan daripada parti. Kami semua

ahli biasa. Kami nampak perkara ini (pertikaikan Islam) sedang makan di dalam.

"Bila dia makan di dalam, dia akan cetus satu perkara yang tidak baik. Kami

harap benda ini tidak akan berlaku. Kami harap Karpal Singh dan DAP berhentikan

ungkapan yang menyentuh perasaan dan hati umat Islam," katanya dalam sidang

media khas menyatakan sokongan kepada kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS

Nasharuddin Mat Isa di sini hari ini.

-- LAGI

PAS-GESA 2 (AKHIR) KEPALA BATAS

Semalam, Nasharuddin dalam satu kenyataannya di sebuah blog, menggesa PAS

untuk meletakkan perpaduan ummah sebagai asas perjuangannya, tanpa menyifatkan

perjuangan itu sebagai terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS

iaitu Umno.

Mengulas lanjut, Mohamed Nordin berkata tindakan kepimpinan tertinggi PAS

yang seakan pasif dalam menangani isu tersebut menyebabkan anggota di akar umbi

mula mempersoalkan rasional penglibatan parti itu dalam pakatan pembangkang.

Beliau berkata sekiranya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih tidak

memahami perjuangan PAS maka adalah wajar untuk parti itu meninggalkan pakatan

pembangkang.

Katanya PAS mampu untuk menjadi sebuah parti yang dominan dengan berteraskan

kepada perjuangan Islam meskipun tanpa mengadakan sebarang jalinan kerjasama

dengan DAP mahupun PKR.

Mohamed Nordin juga menyifatkan kepimpinan tertinggi PAS seakan mula

meminggirkan kepimpinan ulama bagi mencapai matlamat ke Putrajaya.

"Kami dididik untuk memperjuangkan Islam dalam agenda politik kami tetapi

pemimpin yang mendidik kami kini menggadai apa yang telah disampaikan demi untuk

mengejar kuasa dalam pilihan raya," katanya.

-- BERNAMA

NAW NAW ROS

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.