Berita dari MWC – Dua lagi telefon Nokia Lumia dilancarkan

Di Barcelona, Nokia memulakan tahun 2013 dengan empat telefon baru untuk pasaran dunia – dua menggunakan Symbian S40 manakala dua menggunakan Windows Phone 8.

Model pertama yang dilancarkan oleh Nokia ialah Lumia 720. Ianya adalah sebuah telefon pertengahan untuk keluarga Nokia, tetapi dengan ciri-ciri yang membezakannya dengan lawannya. Menggunakan sistem operasi Windows Phone 8, pengguna akan mendapat paparan sebesar 4.2 inci dengan teknologi IPS ClearBlack yang dilindungi oleh kaca Corning Gorilla Glass 2 dengan resolusi 800 x 480 piksel.

Ianya juga datang dengan 8GB storan dalaman yang boleh dibesarkan dengan menggunakan slot microSD sehingga 32GB. Walaupun Lumia 720 ini boleh menggunakan teknologi cas-tanpa-wayar yang diperkenalkan dengan Lumia 920, pemilik telefon ini perlu memasang cover berasingan untuk membolehkan cas-tanpa-wayar aktif.

Bagi mereka yang inginkan kelajuan yang tinggi, malangnya 720 ini tidak mempunyai LTE. Ianya dijangkakan akan dijual di Eropah dengan harga €219 (RM 1020)

Untuk mereka yang mempunyai bajet yang kurang sedikit, Nokia memperkenalkan Lumia 520. Dijangkakan akan dijual dengan harga USD$183 (RM 567), ianya akan menjadi telefon Lumia termurah di pasaran. Dengan prosessor dwi-teras 1GHz, 512MB RAM dan juga kamera 5 megapiksel, ini telefon bajet – tetapi masih berkuasa. Ianya juga boleh menerima kat microSD sehingga 64GB.

Untuk pasaran yang memerlukan telefon yang mudah untuk digunakan, Nokia telah memperkenalkan Nokia 105 dan Nokia 301.

105 adalah kesinambungan dari siri 100 mereka yang memuatkan lampu suluh, radio FM dan juga masa bertahan selama sebulan dengan satu cas sahaja. Nokia akan memasarkan telefon ini dengan harga USD$ 20 (RM 62).

Bagi mereka yang inginkan lebih fungsi sedikit, Nokia 301 memberikan anda kamera 3.2 megapiksel dengan mod panorama dan juga mod portret-sendiri. 301 juga memuatkan perkhidmatan untuk Mail, Nokia Xpress Internet dan juga sambungan HSPA. Versi satu dan dua SIM akan diperkenal kan tidak lama lagi dengan harga bermula dari USD$85 (RM 263).

Kesemua telefon ini akan berada di pasaran tidak lama lagi.