[BERITA] HARI PERTAMA EKSPEDISI 1MALAYSIA JULANG JALUR GEMILANG HADAPI CABARAN ENJIN ROSAK

SANDAKAN, 8 Sept (Bernama) -- Pada hari pertama Ekspedisi 1Malaysia Julang

Jalur Gemilang Sabah-Perlis memulakan cabaran semalam, anggotanya sudah

menghadapi dugaan dihanyutkan dua jam disebabkan kerosakan enjin bot.

Ketua ekspedisi Azhar Ariffin berkata insiden itu berlaku kira-kira 8 malam

ketika mereka dalam perjalanan dari Tambisan di perairan Lahad Datu menuju ke

Sandakan.

Katanya enjin bot mereka gunakan Belacak 37, mengalami kerosakan apabila

minyak enjin bercampur air.

"Kami dihanyutkan sejauh empat kilometer sebelum bantuan dari Polis Marin

tiba," katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan ekspedisi itu di sini hari

ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Elopura Au Kam Wah melepaskan ekspedisi itu

dari Sandakan menuju ke Kota Kinabalu.

-- LAGI

EKSPEDISI-1MALAYSIA 2 (AKHIR) SANDAKAN

Ekspedisi itu dianjurkan sempena sambutan kemerdekaan negara turut

membabitkan enam anggota Pasukan Polis Marin (PPM) termasuk seorang anggota

wanita.

Azhar berkata cabaran getir yang mereka hadapi nanti adalah membabitkan

perjalanan merentasi Laut China Selatan dari Semantan, Sarawak hingga ke

Pengerang di Johor.

Katanya ia membabitkan jarak 750 kilometer dan berada di kawasan lautan

dengan kebanyakan pulau yang ada tidak boleh disinggahi kerana berada di

perairan Indonesia.

"Kami yakin mampu menamatkan perjalanan hingga ke Perlis dan bersedia

menghadapi cabaran dari segi cuaca dan masalah teknikal dari segi enjin bot,"

katanya.

Ekspedisi mengambil masa seminggu untuk sampai ke lokasi terakhir di Kuala

Perlis, Perlis pada 15 Sept.

Penganjuran ekspedisi itu dinaungi Kementerian Penerangan Komunikasi dan

Kebudayaan dan Telekom Malaysia sebagai penaja utama.

Sepanjang perjalanan, anggota ekspedisi akan singgah di beberapa kampung

yang terletak di pesisir pantai, pulau dan sungai bagi mengagih-agihkan Jalur

Gemilang kepada penduduk kampung.

-- BERNAMA

HG HG KLS

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.