Mengenai penggubalan undang-undang baharu untuk menggantikan undang-undang
sedia ada, beliau berkata ia akan dilakukan dalam lingkungan Perkara 10
Perlembagaan Persekutuan.
Katanya undang-undang berkaitan kebebasan bersuara akan dilaksanakan sejajar
dengan prosedur perundangan yang sesuai bagi menangani keperluan semasa.
"Pindaan telah dibuat terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
(Auku) untuk memberi lebih banyak kebebasan kepada pelajar dan pertubuhan
pelajar menyuarakan pendapat dan berpersatuan, di samping menambah hak dan
tanggungjawab mereka.
"Pindaan ini membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan
politik di luar universiti. Had ini dibuat berdasarkan pertimbangan bahawa
sebagai institusi pengajian tertinggi, universiti perlu terus bebas daripada
politik demi kepentingan negara. Setiap orang perlu bertindak secara
bertanggungjawab," katanya.
Mengulas satu isu yang dibincang dalam media baharu pada persidangan itu,
Gani berkata penyalahgunaan media baharu dapat dilihat dengan jelas daripada
peningkatan jumlah sungutan berkaitan tindakan tidak bertanggungjawab seperti
jenayah siber, yang melibatkan penyaluran maklumat palsu, mengelirukan, lucah
dan tidak sopan.
-- LAGI
SAN KHY GR SP NH

