Kata beliau walaupun media baharu menarik ramai pengguna, terutama kerana
ciri istimewa yang dimilikinya, orang ramai tidak sepatutnya hanya melihat
kepada hak asasi individu, tetapi juga hak negara.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Gani berkata peserta persidangan itu
prihatin terhadap hak individu semua rakyat Malaysia dan jabatan beliau
menyambut baik pandangan dan idea mereka.
"Mereka boleh e-mel atau menulis kepada kami dan input yang mereka beri akan
diambil kira apabila kami merangka atau meminda undang-undang nanti," katanya.
Mengenai cadangan penubuhan majlis media, beliau berkata sehingga kini,
lapan mesyuarat telah diadakan, termasuk dengan para penulis blog dan Kelab
Pewarta Luar Malaysia.
Katanya dalam perbincangan yang diadakan, antara isu yang beliau bangkitkan
ialah penggubalan prosedur untuk menangani aduan berkaitan salah laku.
-- BERNAMA
SAN KHY GR SP NH


