Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali, berkata dalam hal-hal yang
berkait dengan maruah dan agenda besar negara, rakyat tidak boleh mengharapkan
sesuatu yang positif daripada pimpinan pembangkang.
"Mereka lebih suka menambahserabutkan keadaan daripada mencari jalan
penyelesaian muktamad," katanya dalam satu kenyataan.
Hasan berkata pembangkang bukan sahaja tidak memberi pandangan dan pendapat
yang membina malah terus memperkecilkan kemampuan pihak berkuasa.
Beliau berharap rakyat Malaysia akan menjadikan peristiwa di Lahad Datu
sebagai panduan untuk mereka menolak pembangkang pada pilihan raya umum ke-13
(PRU-13).
-- LAGI
NAN RV RS

