[BERITA] SAMBUTAN AIDILFITRI MURAM, RUMAH ATAS AIR REBAH KE LAUT

SANDAKAN, 10 Ogos (Bernama) -- Hasrat sebuah keluarga untuk menyambut Hari

Raya Aidilfitri di rumah baru mereka tidak kesampaian apabila rumah atas air

yang mereka diami di Kampung Lupak Meluas Laut dekat sini rebah ke dalam laut.

Kejadian berlaku kira-kira 9.30 malam semalam, ketika Lehon Maddhingal, 46,

bersama isteri dan anaknya berada di dalam rumah yang diperoleh menerusi Program

Perumahan Rakyat (PPR).

Keseluruhan struktur rumah atas air itu, yang baru sebulan didiami Lehon

sekeluarga, rebah ke dalam laut setelah tiangnya tumbang.

Lehon berkata sebelum kejadian, dia, isteri dan tiga anaknya sedang tidur,

manakala seorang lagi anak lelakinya yang berusia 15 tahun menonton televisyen.

Katanya secara tiba-tiba, dia merasakan rumah itu bergerak ke hadapan dan

kemudian rebah ke dalam laut yang ketika itu air surut pada paras lutut.

-- LAGI

SANDAKAN-RUMAH 2 (AKHIR) SANDAKAN

"Saya kemudian memastikan isteri serta anak-anak selamat dan tidak lama

kemudian jiran-jiran yang menyedari kejadian itu membantu kami keluar dari

rumah," katanya ketika ditemui di kampung itu hari ini.

Lehon berkata dia bersyukur semua anggota keluarga dalam keadaan selamat

tetapi barangan elektrik iaitu televisyen, komputer dan komputer riba rosak

terkena air laut.

Katanya barang keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dibelinya

selepas menerima gaji pada hujung bulan lepas turut rosak.

Selain itu, katanya pakaian baru yang dibeli untuk anaknya menyambut Hari

Lebaran juga basah.

Lehon, yang bekerja di sebuah kilang janakuasa elektrik di sini, berkata

berikutan kejadian itu, dia bersama keluarganya tinggal di rumah mertuanya tidak

jauh dari situ.

Terdapat 25 rumah PPR di kampung itu yang dibina menerusi projek di bawah

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

-- BERNAMA

HG HG ROS

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.