Bersih gesa Kayveas beri bukti penyokong dibayar atau minta maaf

  • Black 505: Rafizi defies police
    Black 505: Rafizi defies police

    With about 48 hours left before Saturday's Black 505 rally, the standoff between the police and the organisers continues.In response to a police warning yesterday (June 19) that the organisers will be prosecuted if the rally is held, PKR strategy director Rafizi Ramli told The Malaysian Insider there was no change of plan. "We will continue with it," he said of the plan to hold the gathering at Padang Merbok in Kuala Lumpur."However, we are hopeful that closer to the date, the police will be …

  • Union comes up with business plan to save KTMB
    Union comes up with business plan to save KTMB

    The Railwaymen Union of Malaya (RUM) has come up with a business plan which it says can save Malaysia’s largest railway network. …

  • Flash mob to garner Black 505 Saturday rally support
    Flash mob to garner Black 505 Saturday rally support

    Armed with placards and banners, publicising the rally at Padang Merbuk on June 22, the supporters shouted slogans, calling for 'Reformasi' and the dissolution of the Election Commission. …

  • DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers
    DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers

    The recent appointments of two ministers and three deputy ministers were unconstitutional, DAP MP M. Kula Segaran said in a petition filed at the Kuala Lumpur High court today. …

  • PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge
    PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge

    PKR de facto leader Anwar Ibrahim has warned deputy inspector-general of police Bakri Zinin not to behave like an Umno division leader by curbing Saturday's 'Black 505' rally rally at Padang Merbok in Kuala Lumpur. …

Oleh Lisa J. Ariffin

KUALA LUMPUR, 19 Jun —  Bersih 2.0, gerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih, telah menolak dakwaan Datuk M. Kayveas bahawa peserta perhimpunan pada 28 April adalah peserta yang dibayar, dan mencabar pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) itu untuk mengemukakan bukti atau minta maaf kerana membuat dakwaan tersebut.

The Malaysian Insider telah menerbitkan temuduga eksklusif dengan presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) kelmarin, di mana beliau mendakwa kanak-kanak sekolah, penyokong anti Barisan Nasional (BN) dan peserta yang dibayar adalah peserta perhimpunan Bersih 3.0 untuk pilihan raya yang adil dan bersih. Beliau mendakwa 99 peratus yang menyertai perhimpunan itu tidak mengetahui tujuan perhimpunan tersebut pada 28 April.

“Kenyataan beliau adalah tidak bertanggungjawab, berunsur fitnah dan angkuh, terutamanya dakwaan beliau bahawa penyokong Bersih telah dibayar,” ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, Wong Chin Huat (gambar) memberitahu The Malaysian Insider.

“Itulah satu contoh apa yang kami sedang menentang — ‘politik kotor’,” Wong berkata apabila dihubungi kelmarin.

Wong berkata gerakan pilihan raya itu amat tersinggung dengan dakwaan Kayveas dan mencabar pemimpin BN itu untuk mengemukakan bukti bahawa wujud peserta yang dibayar “atau minta maaf”.

“Sama ada kamu mengemukakan bukti bahawa kami membayar para penyokong, atau (kamu) minta maaf,” beliau berkata.

Pengerusi bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan bersetuju dengan Wong. Beliau berkata “peserta Bersih akan memberi keterangan mereka di bawah sumpah inkuiri Suhakam”.

“Kalau Datuk Kayveas begitu yakin dengan kebenaran kenyataan beliau, beliau patut juga hadir di hadapan inquiri Suhakam dan beri kenyataannya di bawah sumpah,” kata bekas presiden Majlis Peguam itu.

Wong juga berkata adalah tidak perlu untuk mencari perkaitan antara Bersih dan sentimen anti-BN.

“Saya tidak tahu mengapa beliau melihat hubungan seperti itu. Sebenarnya, pilihan raya yang bersih dan adil sepatutnya memanfaatkan BN untuk mendapat lebih banyak sokongan,” beliau berkata.

“Kalau para pemimpin BN nak fikir bahawa sokongan untuk pilihan raya bersih ialah satu bantahan BN, bantahan itu ke atas BN, bukan (masalah) Bersih,” beliau berkata lagi.

Liau Kok Fah, yang juga merupakan ahli jawatankuasa pemandu Bersih, berkata: “Ini adalah penghinaan terhadap mereka yang telah menyertai perhimpunan Bersih itu.”

“Kebanyakan orang menyertai perhimpunan itu kerana mereka tahu senarai undi itu tidak adil dan bersih, bukan kerana mereka telah mengambil wang,” Liau berkata. “Bersih ialah satu NGO, kami tidak ada duit.”

“Kami bergantung kepada sokongan orang awam untuk semua operasi/penganjuran,” beliau berkata.

Liau juga menolak dakwaan Kayveas bahawa kebanyakan peserta adalah “penyokong buta anti-BN” dan berkata “kebanyakan orang adalah bijak.”

“Kalau mereka tidak menyokong BN, mereka ada sebab kerana tidak menyokong BN. Ia bukan kerana mereka adalah buta.”

Kayveas telah berkata bahawa banyak peserta perhimpunan itu adalah golongan yang telah “menutupkan mata mereka kepada kebaikan BN” dan ingin menyalahkan BN untuk kegagalan diri dalam kehidupan mereka.

Beliau juga telah menuduh pembangkang sebagai pihak yang telah menggalakkan kutukan membuta terhadap BN. Beliau juga mendakwa pembangkang telah menghasutkan penyokong mereka untuk melanggar undang-undang dan menyebarkan maklumat palsu melalui media sosial.

Ribuan rakyat Malaysia turun ke jalanan di ibu kota negara pada 28 April untuk duduk bantah Bersih 3.0, perhimpunan yang ketiga sejak tahun 2007.

Pembangkang menyokong perhimpunan tersebut, yang aman pada mulanya,

namun bertukar ganas menjelang jam 3 petang apabila beberapa perusuh merempuh kawasan halangan yang didirikan pihak berkuasa di sekitar Dataran Merdeka.

Satu jawapan Parlimen kemudian telah menyatakan bahawa pihak polis telah menggunakan 967 kanister dan grenad gas pemedih ke atas orang ramai, yang Kementerian Penerangan telah mengganggarkan berjumlah 22,270 berdasarkan gambar-gambar yang diambil oleh Bernama.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.