Saya sudahpun memegang dan bermain bersama telefon pintar baru HTC One atau nama kodnya M7 dan terus jatuh cinta dengan gajet baru itu yang boleh saya anggap telefon berasaskan Android terbaik setakat ini.
Mungkin berbaloi buat HTC menjalankan kajian sehingga 12 tahun sehingga menjadi pengeluar telefon pertama yang mampu menghasilkan telefon pintar dengan bahan aluminium penuh pertama di dunia dalam produk mereka menerusi HTC One itu.
Sedikit spesifkasi produk tersebut, ia mempunyai ciri pemproses Quad Core 1.7GHz Snapdragon 600, setoran 32GB hingga 64GB, RAM 2GB, Bluetooth 4.0, NFC, LTE dan bateri 2300mAh. Skrinnya pula 4.7 inci pada paparan 468ppi 1080p bersama sistem operasi (OS) Android 4.1.2 dipasang juga dengan HTC Sense paling baru. Dah cukup menarik betul ciri-ciri yang ada dalam telefon tersebut.
Ia jauh bak langit dan bumi jika mahu dibandingkan dengan produk sebelum ini, HTC One baru didatangkan dengan antaramuka Sense yang menampakkan perubahan drastik selepas lima kali
Read More »from Jom Uji – HTC One, Gila Terbaik: Android Paling Best, Inikalilah Tukar!




