Blog Posts by Hishamuddin Rais

  • Anak dan kahwin-kahwin

    Pasti ada ayah, ibu, datuk dan nenek yang teringat ketika  membesar dahulu pernah 'main kahwin-kahwin'. Pasti ada yang teringat si Anu dan si Anu telah pernah menjadi isteri atau suami. Teringat juga  si Polan dan si Polan yang berlakon menjadi  anak-anak. Ini pemainan kanak-kanak ketika membesar.

    Di zaman kanak-kanak kita tidak faham apa itu 'kahwin-kahwin' dan tidak mengerti apa makna 'anak-anak'. Kanak-kanak hanya meniru apa yang dapat  dilihat dihadapan mata.

    Kita mendewasa. Akhirnya ada yang berumah tangga. Beranak-pinak. Aman bahagia. Ada yang berkahwin, beranak-pinak kemudian bercerai. Ada yang terus membujang. Kedewasan kita membolehkan kita membuat pilihan. Tetapi sebelum main kahwin-kahwin menjadi kahwin betul-betul, ada satu ruang  yang pada anggapan saya amat 'bahaya'.

    Kalau roket Apollo hendak ke bulan, ianya wajib melintasi satu ruang yang dipanggil 'Ven Allen Radiation Belt'. Ini ruang  yang amat bahaya kerana di ruang ini banyak bertaburan meteorit yang mungkin

    Read More »from Anak dan kahwin-kahwin
  • Apakah sebenarnya tujuan Innocence of Muslims dibuat?

    Samuel  P. Huntington menulis sebuah artikel berjudul 'The Clash of Civilisation' untuk majalah Foreign Affairs pada tahun 1993. Kemudiannya dia menjadikan isi tulisan ini ke sebuah buku dengan tajuk yang sama pada tahun 1996. Buku ini mengajukan teori bahawa permasalahan dunia hari ini ialah pertembungan budaya (clash of civilisations).

    Globalisasi dengan keterbukaan dunia tanpa sempadan ini akan mempertemukan pelbagai budaya. Pertemuan budaya ini tidak melahirkan silatulrahim tetapi mengakibatkan pertembungan. Ajaran dan nilai agama Buddha akan bertembung dengan nilai dan ajaran penganut agama Majusi. Ajaran dan nilai penganut agama Islam akan bertembung dengan nilai dan ajaran penganut agama Kristian dan lain-lain. Inilah asas teori 'the clash of civilisation'.

    Setelah membaca buku The Clash of Civilisation, saya tidak begitu percaya kepada teori ini. Justeru saya tidak mendaftar diri untuk menjadi penganut mazhab ini. Tetapi apa yang berlaku pada minggu ini — serangan dan kematian

    Read More »from Apakah sebenarnya tujuan Innocence of Muslims dibuat?
  • Nasib dunia tanpa minyak

    Harga minyak naik lagi. Dari data dan maklumat, jelas terbukti harga minyak Ron 97 telah berkali-kali naik. Pada bulan Julai 2010 harga minyak Ron 97 untuk satu liter hanya RM 2.10 sen. Pada tahun 2010 harganya naik 3 kali. Pada tahun 2011 harga naik 5 kali. Tahun ini ianya telah naik 3 kali untuk menjadi RM3 untuk satu liter.

    Saya tidak membantah kenaikan harga minyak. Malah saya juga menyokong kenaikan harganya. Ini bukan kerana saya tidak memiliki  apa yang dipanggil — jejak kaki karbon atau 'carbon footprint'. Atau kerana saya tidak memiliki kereta. Atau kerana saya tidak pandai memandu kereta.

    Saya menyokong kenaikan harga minyak kerana sebab-sebab yang lain. Saya ini memiliki pandangan yang paling minoriti dalam hal minyak. Malah, saya melihat dasar minyak yang sering dilafazkan oleh para pemimpin politik tidak betul dan tidak memiliki asas ekonomi. Malah dasar menurunkan harga minyak itu akan membawa mudarat berjangka panjang untuk kita semua.

    Saya juga tidak menyokong dasar

    Read More »from Nasib dunia tanpa minyak
  • Hujan dan kesan rumah kaca

    Tiba-tiba warga Kuala Lumpur menjadi terperanjat apabila mendengar lebuh raya Plus di kawasan Sungai Besi ditenggelami air. Ratusan kereta tersangkut. Ramai yang tersadai berjam-jam dalam kereta. Ramai yang terperangkap tidak tahu apa yang sedang berlaku. Lebuh raya PLUS penuh dengan kereta - padat dan tidak bergerak.

    Apa sebenarnya sedang berlaku? Kenapa tiba-tiba awal bulan September hujan mencurah-curah di seluruh negara? Kenapa musim hujan menjadi lebih awal? Untuk saya, banjir di Sungai Besi, musim hujan awal, air sungai Klang melimpah adalah tanda bahawa iklim Malaysia dan iklim dunia telah dan sedang berubah.

    Kita wajib menerima hakikat bahawa pemanasan dunia/global warming sedang berada dihadapan mata kita. Cuba ingatkan kembali - bulan puasa yang baru berlalu, bagaimana kita sempat melihat jerebu telah sekali lagi menyerang kita semua. Dari utara ke selatan - tidak ada wilayah yang selamat dari jerebu. Hujan sesekali pun tidak membawa langit yang cerah. Pembakaran dan

    Read More »from Hujan dan kesan rumah kaca
  • Lapar dan puasa



    Wajib disedari, merayakan puasa ini bukan hanya amalan penganut agama Islam. Penganut agama Hindu sebelum membayar niat membawa Kavadi di Batu Caves juga akan berpuasa. Penganut agama Yahudi juga berpuasa untuk menyambut hari kebesaran Yom Kippur. Dalam pelbagai mazhab, agama Kristian ada ritual berpuasa.

    Ada arahan agama yang melarang makan dari subuh hingga senja. Ada yang berpuasa setelah makan tengah hari seperti amalan harian para rahib dan sami yang tinggal di Pagoda. Ada berpuasa yang hanya menolak daging dan makanan berdarah. Dari semenjak zaman kuno lagi, amalan berpuasa ini telah wujud. Manusia merasa bersyukur dan berterima kasih kepada Yang Maha Esa kerana telah memberikan mereka nikmat makanan.

    Dari segi teorinya, jika kita tidak makan dan kita berlapar, maka kita akan merasakan betapa nikmatnya makanan yang ada disekeliling kita. Dari segi teorinya, apabila kita berlapar, maka sang penganut agama akan berupaya untuk merapati Tuhan. Dari segi teorinya dikatakan jika kita

    Read More »from Lapar dan puasa
  • Parti PAS dan rock n’ roll

    Beberapa bulan kebelakangan ini dunia siber heboh dengan berita penyanyi pop dan rock star berkalih tempat mencari makan. Heboh-heboh ini menjadi labon anak muda. Ada yang berkisah tentang penyanyi pop yang slim dan cun sekarang, sudah tembam dan gemuk. Maka telah sampai masa untuk memakai baju kurung agar dapat menyorokkan saiz badan.


    Ada berita tentang rocker yang kacak dan ranggi kini kepala lutut sudah lembik. Ada kisah 'pop star' yang muncul mendadak menjadi 'top' dari realiti TV, kini sudah gemok dan tak laku lagi. Lalu menjadi Pak Lebai. Tetapi bukan ini yang ingin saya tuliskan. Bukan tentang peralihan padang untuk mencari makan. Atau kenapa yang vogue hari ini menjadi passe dan lemau dua bulan kemudian. Penyanyi rock masuk menjadi ahli Pas bukan perkara yang ingin saya kupas. Untuk saya hal ini tidak penting.


    Apa yang saya anggap amat penting ialah peralihan dasar dalam parti Islam Pas. Ini kerana parti Islam ini adalah salah satu parti massa yang memiliki pengaruh yang amat
    Read More »from Parti PAS dan rock n’ roll
  • Estetika gemuk montok dan hotok

    Ketika saya tinggal di Pakistan pada tahun-tahun 70'an dahulu, saya telah difahamkan tentang nilai estetika warga Pakistan. Saya diberitahu bahawa jantan dan betina Pakistan yang gemok dan montok adalah mereka yang berjaya. Mereka ditakrifkan sebagai warga dari kelas atasan yang berekonomi tinggi. Mereka berjaya dalam hidup. Justeru hampir ke semua Begum dan Sahib di Pakistan semuanya gemuk, montok dan hotok.

    Gemuk dan hotok sedang dirayakan sebagai estetika kejayaan. Manakala para mazdoor dan kisan - buruh dan tani - kelihatan kurus dan langsing ditakrif sebagai bukti mereka dari kelas bawahan yang kurang makanan. Justeru kurus, slim dan langsing dianggap gagal dalam hidup.

    Budaya dan estetika berbentuk ini juga dirayakan di Tiongkok. Malah, begitu penting sekali, seseorang untuk dilihat montok sebagai keupayaan memiliki makanan. Tidak menjadi satu kehairanan jika didalam budaya Tiongkok tidak ada konsep - apa khabar - bila bertemu. Bertegur sapa dimulakan dengan pertanyaan - sudah

    Read More »from Estetika gemuk montok dan hotok
  • Gebeng dan santau radioaktif

    Naratif dan jalan cerita kilang santau radioaktif Lynas ini wajib didengar sekali lagi. Pada hemat saya, kisah santau di Gebeng ini bermula di zaman Abdullah Badawi. Hingga ke hari ini umum masih belum mengetahui siapa yang telah melobi pentabiran Abdullah Badawi untuk membawa masuk kilang santau ini. Tukang lobi ini pasti sedar bahawa dalam suasana pentabiran yang 'ngantuk' pasti tandatangan Abdullah dapat dilicinkan dengan senang untuk melecok pelulusan kilang santau ini.

    Pentabiran Abdulah Badawi yang sibuk dengan pelbagai jenis koridor telah mengarahkan syarikat santau nadir bumi ini untuk menemui Menteri Besar, Idris Jusuh di Terengganu. Telok Kalung - kawasan indah di tepi laut - didaerah Kemaman telah dikenal pasti sebagai daerah yang amat sesuai untuk kilang santau radioaktif ini beroperasi.

    Disini, saya mencadangkan agar warga Terengganu dan rakyat Malaysia memberi tabik penghormatan dan berterima kasih kepada Idris Jusuh. Sebusuk-busuk Idris Jusuh, dia juga memiliki hati

    Read More »from Gebeng dan santau radioaktif
  • Apa itu hukum karma?

    Empat tahun dahulu saya adalah perokok tegar. Tiga kotak sehari rokok cengkih adalah amalan saya. Hasilnya, saya sering terbatuk-batuk. Untuk saya ini adalah  hukum karma.

    Ketika saya belajar dahulu kawan serumah saya ialah seorang anak muda punk dari Plymouth. Kawan saya ini cukup suka dengan Guiness Stout. Setelah tamat belajar saya difahamkan kawan saya ini telah menjadi seorang pamadat arak. Ini juga hukum karma.

    Hukum karma ini agak senang untuk difahami - apa yang kita semai, itulah yang kita tuai. Kalau kita menyemai padi, maka padilah yang akan kita tuai. Jika kita menanam budi, maka kebaikanlah yang kita terima. Konsep hukum karma ini jika kita perhatikan kelihatan memiliki persamaan dengan konsep dosa dan pahala.

    Karma adalah perkataan Sanskrit sama seperti asal-usul perkataan dosa dan pahala. Dalam Islam, dosa dan pahala hanya akan dihitung sesudah kita wafat. Manakala hukum karma ini berlaku dimuka bumi ini ketika kita masih hidup.
    Contohnya: jika manusia meneruskan

    Read More »from Apa itu hukum karma?
  • Alam maya, Internet dan kebebasan

    Setiap kali saya melayari internet saya akan mengucapkan terima kasih kepada arwah Ronald Reagan. Presiden Amerika inilah yang telah membebaskan sistem internet ini untuk kegunaan warga dunia. Sesudah tamatnya Perang Dingin dan runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989, kuasa imperial Amerika berkeyakinan bahawa sistem internet yang dimiliki oleh Jabatan Petahanan Amerika dibebaskan untuk kegunaan orang awam.

    Justeru, internet ini saya anggap sama seperti Lucy yang hidup 3 juta tahun dahulu di Lembah Awash Ethiopia. Lucy datuk nenek moyang manusia yang pertama telah berani bangun berdiri tegak untuk berjalan. Keberanian Lucy berjalan tegak dan tidak merangkak telah mengubah dunia untuk selama-lamanya. Sistem komunikasi internet yang diwujudkan pada tahun 60-an di Lembah Silicon juga sedang mengubah dunia untuk selama-lamanya.

    Kesampaian sistem perhubungan komunikasi manusia dengan manusia melalui internet telah membuka satu lembaran baru dalam arus kedepan tamadun manusia. Sama seperti

    Read More »from Alam maya, Internet dan kebebasan

Pagination

(29 Stories)

Friends' Activity