10 telefon pintar ternipis di dunia

1. OPPO R5

OPPO R5 ialah telefon pintar dengan skrin HD penuh dengan tahap kenipisan hanya 4.85mm sahaja. R5 dikuasakan CPU 64-bit pertama dari Qualcomm, iaitu Snapdragon 615, 8-teras berkelajuan 1.5GHz dan dipadankan dengan 2GB RAM serta 16GB memori dalaman. Disebabkan kenipisannya, ia tidak mmepunyai slot memori mikro-SD. Ia memiliki skrin 5.2-inci AMOLED HD penuh 1080p, yang mempunyai kecerahan dan warna terbaik, selain kurang reflektif di bawah terik mentari. R5 tetap dilengkapi dengan kamera berkuasa tinggi apabila kamera belakangnya boleh merakam gambar pada 13MP dengan menggunakan sensor IMX 214 dan apertur F2.0.

2. GIONEE ELIFE S5.1

Telefon buatan China ini diiktiraf Buku Rekod Guinness sebagai telefon pintar ternipis di dunia sebelum ditewaskan OPPO. Ia mempunyai tahap kenipisan 5.31mm yang beoperasi pada Android 4.3. Elife S5.1 mempunyai skrin 4.8-inci Super AMOLED dengan resolusi 720 x 1280 piksel dengan kuasa 1.2GHz quad core Qualcomm Snapdragon 400 dan RAM sebanyak 1GB.

3. GIONEE ELIFE S5.5

Nampaknya jenama ini mensasarkan tahap kenipisan sebagai objektif utama mereka dan model sebelum S5.1 ini mempunyai tahap kenipisan 5.5mm dengan skrin penuh 5-inci Super AMOLED dan prosesor sehingga 1.7GHz octa core.

4. VIVO X3

Telefon yang mirip pemain MP3 berbanding telefon itu sendiri mempunyai tahap kenipisan 5.57mm Ia dibantu dengan Android 4.1 serta kemudahan srin 5-inci beresolusi 1280 x 720 piksel.

5. HUAWEI ASCEND P6

Telefon yang dilancarkan pada awal tahun ini mempunyai tahap kenipisan 6.18mm dengan prosesor 1.5GHz quad core. Selain itu, ia mempunyai RAM 2GB dengan memori dalaman sehingga 32GB.

6. ZTE ATHENA

Ia mempunyai tahap kenipisan 6.2mm dengan skrin 4.3 inci serta prosesor jenis Cortex A 15 dan memori 64GB. Selain itu, ia menggunakan OS Android 4.0 ketika mula-mula dikeluarkan.

7. VIVO X1

Vivo X1 hanya senipis 6.55mm dengan saiz skrin 4.7-inci pada prosesor 1.2GHz Cortex A9. Ia mempunyai kapasiti bateri: 2000mAh tetapi sayangnya ia tidak dijual secara meluas di luar China.

8. OPPO FINDER

Sebelum R5, OPPO terlebih dahulu pernah membuat kejutan tahun lepas. Telefon senipis 6.65mm ini menggunakan prosesor 1.5GHz dan RAM sebanyak 1GB pada paparan 4.3 inci dan dilengkapi memori dalaman 16GB.

9. HUAWEI ASCEND P1

Pada tahap kenipisan 6.68mm, Ascend P1 pertama kali diperkenalkan pada 2012.

10. MOTOROLA DROID RAZR

Ia mempunyai tahap kenipisan 7.1mm dengan skrin 4.3 inci Super AMOLED.