Advertisement

Apps: Faded, Lebih Meriah!

Anda mungkin sudah bosan dengan Instagram atau merasakan ciri yang ada dalam aplikasi tersebut tidaklah terlalu banyak yang boleh dieksplorasi. Ah! Mungkin tiba masanya memuat turun aplikasi baru, Faded.

Faded masih mempunyai fungsi Filters sama dengan Instagram. 34 penapis percuma dan sekiranya mahu 36 penapis yang premium, anda perlu membayarnya. Secara peribadi, saya meminati penapis 'Classic Film'. Faded juga mempunyai kesan khas menerusi 'Effects' yang menukar tahap gradien, pencahayaan, emulsi dan bingkai bagi menambah foto yang cantik.

Satu ciri lain yang berbeza dengan Instagram adalah 'Camera Tools'. Terdapat beberapa fungsi yang boleh digunakan ketika anda menangkap gambar seperti dedahan manual, shutter yang mengikut masa ditetapkan, grid, format empat segi dan poin fokus khas.

Selebihnya, anda boleh tukar gambar tadi melalui 12 ciri profesional seperti menggelapkan bahagian belakang, 'highlight', menajamkan imej, bayang dan banyak lagi! Jika anda suka sesuatu kesan khas Faded dan ingin guna semula 'customize' aplikasi gambar untuk foto lain, anda boleh mendapatkan tetapan sama dalam ruangan 'History'.

Dah siap menyunting foto anda? Nampak cantik? Tiba masanya berkongsi melalui media sosial lain apabila Faded membenarkannya disambung kepada aplikasi instagram, facebook, twitter, flickr, tumblr, dropbox, evernote malah emel sekalipun.

Tetapi aplikasi ini bukanlah diberikan secara percuma, anda perlu membayarnya dalam RM3. Tetapi kalau memuat turun bersama penapis premium, harga keseluruhan mungkin dalam RM15. Mungkin mahal tetapi berbaloi. Setakat ini, Faded hanya ditawarkan untuk iOS.