Facebook Messenger Sedia Untuk Windows Phone

Sekali lagi, pengguna Windows Phone memperoleh satu lagi manfaat dengan penyediaan aplikasi mesej Facebook iaitu Facebook Messenger dalam platform masing-masing untuk menyokong aktiviti sembang anda semua.

Facebook Messenger bertindak seakan Whatsapp dan anda tidak perlu membayar apa-apa kecuali penggunaan data.

Antara ciri diperkenalkan termasuk membaca mesej Facebook tanpa perlu membuka aplikasi Facebook dan menariknya penggunaan pelekat digital berwarna-warni dengan ikon yang cantik yang boleh dihantar kepada orang lain.

Selain itu, ia juga membolehkan sembang berkumpulan untuk perbualan lebih hangat atau bergosip. Jangan lupa juga untuk berkongsi lokasi anda untuk memaklumkan di mana anda berada pada waktu yang boleh dihantar hanya dengan menggunakan Facebook Messenger.

Anda juga boleh melihat sekiranya orang lain memperoleh mesej anda atau tidak apabila ia turut ditandakan. Kalau ingin lihat siapa yang aktif dalam Facebook Messenger pula, hanya lihat pada butang kecil di atas yang berwarna hijau. Aplikasi ini akan aktif dan tidak perlu ditutup jadi kesemua mesej masuk boleh dilihat segera. Selain itu, sejarah perbualan akan tersedia manakala 'contact' anda kekal dalam telefon.