Daunpisang

Gergasi Telefon Windows Phone 8

Dalam keghairahan pengguna bercakap tentang telefon dari jenama Android seperti Samsung Galaxy Note II terkini atau iOS melalui iPhone 5, ramai yang seakan melupakan sistem operasi yang menarik meskipun diakui masih ada kelemahannya.

Tidak lain tidak bukan, saya bercakap mengenai sistem operasi atau OS Windows Phone 8 yang menawan dengan antaramuka unik walaupun tidak ramai yang mahukannya. Saya pernah menguji beberapa produk berasaskan Windows Phone 8 dan mendapati ia mempunyai kelancaran dari segi menu, antaramuka yang kemas dan muka depan cantik.

Ketika ini, Microsoft yang mengeluarkan OS tersebut tidak menghadkan pengeluar telefon tunggal untuk menyediakannya jadi anda akan mendapati lebih dari dua atau tiga jenama yang memasarkan telefon ini, saya nyatakan jenamanya iaitu Nokia, HTC dan Samsung.

Kita boleh nyatakan muka depan OS Windows Phone 8 menyaksikan beberapa kotak maya yang boleh dilunsurkan dari atas ke bawah. Anda boleh menetapkan beberapa menu pada setiap kotak contohnya, senarai nombot telefon. Kotak tersebut tidak hanya statik saja di muka depan tetapi ia boleh berubah dan kotaknya pun boleh berpusing secara maya menyerlahkan rekaan Windows Phone 8 yang sangat mengagumkan saya.

Apa kata kita bercakap tentang tiga model berasaskan Windows Phone 8 yang dikeluarkan tiga syarikat yang saya maksudkan tadi. Model tersebut termasuk Nokia Lumia 920, HTC WP 8X dan Samsung ATIV S.

Dari aspek dimensi, ketiga-tiganya boleh dikatakan bersaiz 130.3 x 70.8 x 10.7mm, 132.4 x 66.2 x 10.1mm dan 137.2 x 70.0 x 8.7mm bersama berat masing-masing iaitu 185g, 130g dan 135g.

Anda boleh menyaksikan perbezaan dari sudut tahap kenipisan dan berat berikutan saiz skrin ketiga-tiganya memang berbeza. Nokia Lumia 920 dengan saiz 4.5 inci, HTC WP 8X pula bersaiz 4.3 inci manakala Samsung ATIV S bersaiz 4.8 inci (produk paling besar antara ketiga-tiga peranti tetapi masih mampu dinipiskan sehingga 8.7mm).

Manakala dari sudut jenis skrin yang dibekalkan ketiga-tiga model ini, Nokia Lumia 920 datang dengan jenis IPS sementara HTC WP 8X menggunakan LCD 2. Samsung ATIV S pula lengkap dengan HD Super AMOLED. Mungkin ada yang bertanya, kalau diberikan 'ranking' ketiga-tiganya, apakah kedudukan masing-masing? Mengikut pendapat peribadi, Samsung berada di kedudukan pertama disusuli Nokia dan HTC walaupun dari sudut kepadatan piksel Nokia Lumia 920 (341ppi), HTC WP 8X (332ppi) dan Samsung ATIV S (306ppi).

Nokia mengungguli rangkaian paling baru iaitu LTE apabila ia satu-satunya telefon yang mempunyai kelengkapan rangkaian tersebut berbanding dua syarikat lain mengikut model Windows Phone 8 tersebut.

Lain pula jadinya jika anda mahu membuat perbandingan dari aspek kamera. Ia kerana Nokia Lumia 920 mungkin lebih unggul dengan kamera 8.7MP bersama dwi-LED di samping f/2.0 serta lensa 26mm. Model HTC WP 8X pula dengan kamera 8MP bersama LED, f2/.0 sementara Samsung bersama 8MP, LED dan f/2.6.

Fungsi audio pula jelas memberi kemenangan kepada HTC WP 8X yang melengkapkan telefon mereka dengan Beats Audio manakala Nokia mempunyai audio jenis Dolby sementara Samsung tidak dapat dipastikan jenis audio mereka.

Jom bercakap mengenai bateri pula, Nokia Lumia 920 (2000mAh), HTC WP 8X (1800mAh) dan Samsung ATIV S (2300mAh) tetapi saya sangat berkeyakinan dengan keupayaan Nokia menawarkan ketahanan bateri lebih lama berdasarkan pengurusan aplikas dan sebagainya yang mantap.

Keupayaan CPU pula menyaksikan ketiga-tiganya berlandaskan Dual Core 1.5GHz menggunakan Qualcomm S4 sebagai platform dan RAM sebanyak 1GB. Dari sudut kelajuan, mungkin ia sudah cukup namun saya agak kecewa kerana tiada pilihan Quad Core apatah lagi mahu mencuba pelbagai fungsi baru dalam Windows Phone 8.
Kapasiti setoran mendapati Nokia Lumia 920 ditawarkan pada 32GB, HTC WP 8X (16GB) dan Samsung ATIV S memiliki dua pilihan iaitu 16/32GB.

Ciri lain pula mendapati Nokia Lumia 920 membenarkan pengguna mengecas telefon tanpa menggunakan wayar atau kabel dengan kesenangan kepada pengguna untuk menyentuh skrin telefon walaupun anda memakai sarung tangan.
Oleh itu, apabila tiba masanya ketiga-tiganya dipasarkan di Malaysia nanti, anda sudah pasti perlu memikirkan pilihan gajet Windows Phone 8 yang terbaik memandangkan OS tersebut memang antara inovasi boleh guna pada masa depan.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Utusan: Tiada iklan AirAsia sehingga Azran Osman Rani minta maaf The Malaysian Insider
    Utusan: Tiada iklan AirAsia sehingga Azran Osman Rani minta maaf

    KUALA LUMPUR, 19 Mei — Harga iklan syarikat penerbangan AirAsia lebih murah daripada iklan-iklan kecil yang lain, kata Awang Selamat dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini, serta menggesa ketua pegawai eksekutif anak syarikatnya, AirAsiaX, Azran Osman Rani, meminta maaf.

  • Putrajaya does not endorse but won’t block ‘buy Chinese last’ campaign, says minister The Malaysian Insider
    Putrajaya does not endorse but won’t block ‘buy Chinese last’ campaign, says minister

    KUALA LUMPUR, May 18 – Putrajaya does not approve a campaign to boycott Chinese businesses initiated by pro-Umno bloggers and backed by several Muslim groups, Datuk Hasan Malek said today but the new Domestic Trade, Cooperative and Consumerism minister added that he cannot block their right to do so.

  • Chinese businessmen say boycott on community’s products “racist”, will hurt economy The Malaysian Insider
    Chinese businessmen say boycott on community’s products “racist”, will hurt economy

    KUALA LUMPUR, May 19 ― The call by pro-Umno bloggers and Muslim groups for a boycott of Chinese businesses is racist and will harm the country’s economic growth, according to businessmen from the community.

  • Chinese business boycott will hurt Malay consumers, says ex-MIER director The Malaysian Insider
    Chinese business boycott will hurt Malay consumers, says ex-MIER director

    KUALA LUMPUR, May 20 — The call to boycott Chinese businesses is a double-edged weapon, former Malaysian Institute of Economic Research executive director Datuk Dr Ariff Abdul Kareem said today, explaining that the campaign would also end up hurting Malay consumers through deprivation of their daily needs.

  • Dua termasuk anggota polis cedera ditetak di balai polis Bernama

    SEGAMAT, 18 Mei (Bernama) -- Dua lelaki termasuk seorang anggota polisPasukan Gerakan Am Batalion Keenam, Bakri, Muar, cedera setelah diserang limalelaki bersenjata parang di kawasan Balai Polis Labis di sini hari ini.Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Kamil Sukaimi berkata dalam kejadiankira-kira pukul 11 pagi itu, anggota polis berkenaan mengalami kecederaan parahdi bahagian kepala, kaki kanan, dan anggota tubuh badan, manakala rakannya hanyamengalami cedera ringan. ...