iMac baru dengan 5K - 10 ciri lain

  1. Komputer semua-dalam-satu iMac kini mempunyai paparan 5k pada skrin 27-inci, yang dipanggil Apple, Paparan Retina 5k.

  2. Skrin 27 inci pada iMac baru ini kini menonjolkan resolusi 5120×2880 yang membawa jumlah 14.7 juta piksel. Ianya 4x lebih banyak berbanding model iMac 27 inci yang biasa.

  3. Panel skrin ini hanya setebal 1.4mm nipis. Skrin ini menggunakan TFT (Thin Film Transistor) berasaskan oxide yang memberi warna putih lebih cerah dan hitam lebih gelap, serta jimat tenaga.

  4. Tenaga dalaman iMac baru ini dijana oleh prosesor Intel Core, dengan pilihan Core i5 4-teras 3.5GHz atau Core i7 4.0GHz.

  5. Grafiknya pula menggunakan kad grafik AMD Radeon R9 yang baru, dengan pilihan M290X atau M295X. RAM pula boleh dimuatkan dari 8GB sehingga 32GB.

  6. Apple menggunakan cakera fusion atau Hybrid sebagai storan dalaman, samada 1TB atau 3TB. Terdapat juga pilihan storan Flash 1TB.

  7. Pada iMac yang baru ini, ia dilengkapi semua port asas yang diperlukan. Ia mempunyai satu port untuk headphone, satu slot kad mikro-sd, 3 port USB 3.0, 1 port ethernet gigabit, dan menampilkan port Thunderbolt 2 yang baru. Thunderbolt 2 boleh menghantar data sehingga 20GB sesaaat, 4x lebih pantas dari USB 3.0.

  8. iMac ini juga dilengkapi WiFi 802.11ac.

  9. Apple iMac 27 inci baru ini menggunakan OS terbaru keluaran Apple, iaitu OSX Yosemite. Ia lengkap dengan pelbagai aplikasi seperti iPhoto, iMovie, GarageBand, Pages, Numbers dan Keynote untuk menghasilkan dokumen pejabat atau pelbagai kandungan kreatif multimedia.

  10. Apple iMac 27-inci dengan skrin retina 5k ini dijual pada harga bermula dari USD2499. Ia didatangkan dengan tetikus Apple Magic Mouse serta papan kekunci Apple Wireless Keyboard.