Advertisement

iPhone 5S: Antara Maxis, Celcom & DiGi, Siapa Paling Murah?

Maka, kesemua tiga syarikat telekomunikasi utama di negara ini, Maxis, Celcom dan DiGi sudahpun melancarkan pelan iPhone 5s dan 5c yang dilancarkan tepat pukul 12 pagi 31 Oktober.

Harga asal yang ditawarkan untuk iPhone 5s dengan kapasiti 16GB, 32GB dan 64GB masing-masing adalah RM2,399, RM2,749 dan RM3,149.

Manakala iPhone 5c pula dengan 16GB dan 32GB masing-masing ditawarkan pada harga RM1,999 dan RM2,399.

Melihatkan harganya yang mahal melangkaui RM2,000+++, pastinya cara paling cepat untuk membelinya selain dengan bayaran menggunakan kad kredit (tak perlulah berhutang menggunakan kad kredit), anda boleh mendapatkannya menggunakan pelan yang ditawarkan pada harga rendah JIKA anda membelinya dengan pelan bernilai paling tinggi antara syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut.

Bayaran bulanan tertinggi pastinya Maxis dengan RM250 sebulan namun anda boleh mendapatkan iPhone 5s dengan harga hanya RM599. Manakala Celcom dan DiGi masing-masing memerlukan pelanggan membayar RM238 sebulan namun kedua-duanya mempunyai harga iPhone 5s yang berbeza-beza. Celcom menjualnya pada harga RM418 manakala DiGi menjualnya pada harga RM317.

Perlu diingatkan, anda perlu bersedia 'berhambakan' kontrak dua tahun untuk ketiga-tiga syarikat telekomunikasi. Kalau anda rasa berbaloi membayar iPhone 5s sebanyak RM599, RM418 dan RM317 (sekali beli), teruskan sajalah dengan kontrak dua tahun.

Kontrak dua tahun, bayaran bulanan paling tinggi dan data yang lebih banyak. Jika anda menggunakan iPhone, lebih baik langgan pelan yang mempunyai kapasiti data paling tinggi, Antara sebabnya termasuk fungsi iPhone sendiri yang memerlukan pengguna mencari segala-galanya dalam telefon. Kapasiti 4GB sebulan sekalipun tidak cukup untuk membuka video, laman sosial, mesej digital seperti Whatsapp dan sebagainya.

Mengikut borak-borak bersama eksekutif syarikat telekomunikasi, warna emas paling laris setakat ini, kesemua syarikat telekomunikasi dikhabarkan sudah kehabisan stok. Anda perlu tunggu seminggu lagi untuk mendapatkannya. Tapi dua warna lain, perak dan hitam masih mempunyai stok cukup.

Saya ringkaskan tawaran syarikat-syarikat telekomunikasi dalam jadual di bawah dengan ringkas. Perlu diingatkan lagi, ia pelan termahal antara ketiga-tiga syarikat telekomunikasi tetapi harga telefonnya lebih murah.

Maxis

Celcom

DiGi

Harga Telefon

RM599

RM418

RM317

Bayaran Bulanan

RM250

RM238

RM238

Data

6GB + 4GB (Maxis Wifi)

5GB + 1GB

5GB

Kontrak

2 tahun

2 tahun

2 tahun

Bayaran Pendahuluan

-

-

-

Ada yang mempunyai perancangan membeli iPhone 5s hujung minggu ini?