Maybank2U, CIMB Clicks masih selamat

Penyebaran maklumat di laman sosial serta mesej online yang mengatakan dua perbankan internet Maybank2U dan CIMB Clicks tidak selamat digunakan adalah tidak benar namun pengguna diminta terus berhati-hati dengan sebarang kegiatan yang mencurigakan.

CEO CyberSecurity Malaysia, Dr Amirudin Abdul Wahab memaklumkan, penjenayah siber menggunakan virus daripada Zeus Malware yang memberi kesan kepada komputer dan memperdaya pengguna sebelum mengumpul nombor telefon pengguna.

“Penjenayah seterusnya akan menghantar SMS yang mempunyai pautan untuk memuat turun sesuatu tetapi ia telah dipasang malware yang akan diserap dalam telefon,” kata CEO CyberSecurity Malaysia yang juga agensi pakar dalam keselamatan siber yang berada di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

“penjenayah siber menggunakan virus daripada Zeus Malware yang memberi kesan kepada komputer dan memperdaya pengguna sebelum mengumpul nombor telefon pengguna.

“Zeus Trojan dikenali sebagai malware perbankan kerana ia memberi kesan kepada komputer dengan tujuan mencuri maklumat perbankan pengguna,” kata Dr Amirudin lagi.

Tetapi beliau menjelaskan, CyberSecurity bukan menghalang pengguna daripada menggunakan Maybank2U dan CIMB Clicks kerana ia masih selamat. Pengguna Android juga tidak perlu risau tetapi perlu peka dengan ancaman ini dan mengambil langkah berjaga-jaga.

“Tolong abaikan SMS atau mesej sosial media yang kini berleluasa dengan meminta pengguna untuk tidak menggunakan Maybank2U dan CIMB Clicks. Mesej-mesej ini tidak tepat.” kata CEO tersebut.

Beliau juga meminta orang ramai supaya menghubungi CyberSecurity di emel cyber999@cybersecurity.my untuk mengesahkan maklumat atau mendapatkan pertolongan.