Daunpisang

Rebiu iPad 3 – Segalanya Hebat Tapi….

Apple iPad versi ke-3 sudah dilancarkan dengan jayanya jadi saya berjaya mendapatkan satu unit untuk ujian tapi hanya versi wifi saja yang sempat diuji untuk tatapan bacaan anda.

Positif (+)

Imej terang pada skrin yang mengagumkan: dengan 200 piksel seinci, paparan retina akan memberi gambar secara terperinci.

Jika anda meletakkan iPad 3 baru sebelah menyebelah dengan iPad 2 dan anda boleh menyaksikan peningkatan skrin adalah agak jelas kelihatan.

Paparan Retina Apple akan memudahkan penglihatan bersesuaian untuk pelayaran laman web dan dokumen yang bersaiz biasa (sejuk mata memandang). Sebaliknya, definisi yang lebih besar dengan imej-imej pegun dan bergerak serta penawaran warna yang lebih baik — boleh dikatakan peningkatan sebanyak 50 peratus lebih berbanding iPad 2. Ia pujian buat Apple.

Satu lagi manfaat Retina boleh dilihat dengan video HD sekarang sehingga memainkan format benar-benar 1080p. Apple mengemaskini katalog filem iTunes HD penuh.


Pembangun juga perlu mengoptimumkan kandungan digital mereka untuk mengambil kesempatan daripada kenaikan paparan Apple kerana apps lama mungkin mengakibatkan sedikit kekaburan pada skrinnya ketika anda membukannya nanti. Satu lagi altrenatif ialah dengan mengemaskini versi apps anda sekarang!

Kepada kuasa generasi baru iPad ini, tablet tersebut berjaya mencipta pemproses tambahan lebih laju dan ia disediakan berdasarkan cip DualCore yang lebih baik, A5X, dengan GPU quadcore.

Game-game RPG yang dimainkan pada iPad baru menggembirakan sebab ia jelas menunjukkan kemampuan melebihi dua versi iPad lama sebelum ini berdasarkan saiz game serta paparannya yang lancar dan tajam. Sukar dibayangkan kerana sebelum ini mungkin satu jenama saja yang boleh berbuat demikian tapi iPad 3 sudah mampu mempunyai kuasa sama.

Teater rumah di tangan anda: cip boleh menyokong (A5x dual core) yang memaparkan skrin pada format penuh 1080HD (1920 x 1080 piksel)

Responsif: pembangunan reka bentuk webbaru sangat responsif, terutamanya dari segi muat turun imej dari web yang cepat dan jelas

Bateri: tak kisah apa jua kerja yang dijalankan, kami selalu yakin bateri iPad mampu bertahan apatah lagi kerja multitasking memang memuaskan.

Tahan lasak: kami sengaja jatuhkan iPad ini dari ketinggian biasa seakan pengguna terlepas dari genggaman ketika berjalan. Pada kejatuhan pertama di jalan tar, ia masih tidak meninggalkan kesan tapi selepas kejatuhan kedua, ada sedikit gores di bucu atas. Tapi semuanya berfungsi seperti biasa dan masih beroperasi dengan lancar.

Negatif (-)

Wifi tidak stabil: betul, kami mengalami masalah capaian wifi yang kadang-kadang terputus dengan sendiri walaupun kami berada di kawasan yang sama. Kami berada di Starbucks ketika itu dan menggunakan sambungan wifi percuma diberikan. Selepas 5minit, tiba-tiba wifi terputus tetapi ia automatik bersambung semula selepas dua minit. 20 minit kemudian, sambungannya terputus lagi. Dan proses sama berlaku. Tapi kami sudah menghantar komplen rasmi kepada Apple menerusi e-mel.

Panas: walaupun ada mengatakan ia cepat panas, kami tidak merasakan ia masalah besar. Kalau dibandingkan dengan peralatan sekecil Samsung Galaxy S II, S II lebih panas berbanding iPad baru ini. Mungkin ia kerana masalah bateri yang tidak terlalu serius.

Reka bentuk sama: kami masih rasa Apple perlukan rekaan baru. Sudah tiba masa berubah jadi kita harapkan ada rekaan baru nanti.

LTE: belum sampai ke Malaysia, aduh! Bila lagi lesen hendak dikeluarkan?

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.