Advertisement

Skype untuk web lebih bebas

Microsoft mendedahkan versi beta Skype for Web yang menyaksikan kemampuan perkhidmatan membuat panggilan menggunakan pelbagai jenis browser tanpa perlu melalui perkhidmatan Outlook.com terlebih dahulu.

Ia bermakna, perisian beta tersebut membenarkan penggunaan browser seperti Internet Explorer, Chrome, Firefox dan Safari tanpa perlu menggunakan Outlook.com.

Skype for Web akan beroperasi terus dari Skype.com dan Microsoft merancang untuk memanfaatkan sepenuhnya API Web Real-Time Communication (WebRTC) untuk membuka laluan kepad panggilan suara, sembang video atau video chat dan instant messaging menggunakan browser-to-browser.

Tapi buat masa sekarang, plug-in diperlukan untuk mengaktifkannya sehingga versi WebRTC dikeluarkan.