MELAKA, 20 Mei (Bernama) -- Seorang pengawal keselamatan di sebuah kem
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Alor Gajah ditahan bagi membantu
siasatan kehilangan lebih 200 unit telefon bimbit milik pelatih di kem itu,
membabitkan kerugian kira-kira RM57,000.
Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata lelaki berusia 40 tahun itu
ditahan di rumahnya di Kota, Rembau, Negeri Sembilan pada 10 malam Sabtu lepas.
Beliau berkata lelaki terbabit sebelum itu membuat laporan polis pada
14 Mei lepas berhubung kehilangan telefon bimbit tersebut yang disimpan dalam
loker simpanan di kem berkenaan.
"Polis bagaimanapun mencurigai tindakan dan laporan yang dilakukan lelaki
berkenaan sebelum menahannya bagi membantu siasatan kes itu," katanya ketika
dihubungi di sini, hari ini.
Katanya lelaki terbabit kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam
bagi membantu siasatan.
Kesemua telefon bimbit milik pelatih diserahkan kepada jurulatih kem
berkenaan untuk disimpan dalam loker
Read More »from PENGAWAL KESELAMATAN PLKN DITAHAN BANTU SIASATAN KEHILANGAN LEBIH 200 TELEFON BIMBIT PELATIH