Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    Deja vu – Rasa hati seorang isteri

    Pagi Isnin  9 Januari  2012 ini Sang Suami akan dijatuhkan hukum. Perbicaran selama dua tahun ini telah menduga  sekali lagi  kesetiaan   hati seorang isteri. Pada tahun 1998 dahulu Sang Suami  telah dipenjarakan  selama  enam tahun. Ketika  Sang Suami  dalam penjara  dunia telah memerhatikan kesetiaan dan kegigihan seorang isteri dan seorang  ibu yang bernama  Wan Azizah binti Wan Ismail.

    " Semuanya deja vu, "   kata Wan Azizah untuk menerangkan kes yang dihimpapkan keatas suaminya. Pada tahun 1998 dahulu Anwar Ibrahim telah dituduh meliwat pemandu peribadinya.  Dua tahun dahulu  Anwar Ibrahim  telah  sekali lagi dituduh meliwat. Kali ini tuduhan datang dari anak muda   pembantu pejabatnya. Tuduhan kedua ini tidak banyak berbeza dari tuduhan pertama. Malah ada beberapa para  'pelakon'  lama  masih lagi memainkan peranan yang sama.

    " Dimana-mana pun dalam dunia ini kes seperti ini  tidak akan dibawa ke mahkamah. Pembaziran duit cukai orang ramai.  There is no penetration," Wan Azizah menerangkan fakta-fakta  yang telah didengari dari mahkamah.

    " It's not very nice to put an old man  in prison, " suaranya sebak sayu apabila Wan Azizah membuka surah tentang bagaimana  Anwar Ibrahim telah dimasukkan ke dalam sel tahanan. Wan Azizah tunduk sedih mengingatkan  bagaimana Sang Suami dipagari oleh jeriji besi seperti binatang dalam zoo.

    Kesetiaan dan kegigihan seorang isteri ini telah berkali-kali diduga. Apabila Anwar Ibrahim dalam penjara  Wan Azizah telah berjaya membina Parti Keadilan Nasional. Sokongan rakyat yang mengampoh pada pilihan raya  tahun 1999 dahulu telah membawa Wan Azizah  ke dalam Parlimen.  Parti Keadilan Nasional  ini  kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat untuk menjadi Parti Keadilan   Rakyat.

    Dugaan demi dugaan terus  dihadapi oleh Wan Azizah. Bayangkan bagaimana malunya Sang Isteri apabila Sang Suami dituduh curang. Bermain kayu tiga dengan perempuan pelbagai bangsa. Bayangkan juga betapa tebalnya muka Sang Isteri apabila Sang Suami dituduh meliwat budak pejabat.  Bayangkan juga bagaimana rasanya apabila ada klip video  yang menuduh Sang Suami melanggan seorang pelacur Siam disebuah hotel murah. Semua ini diterima dengan penuh kesetiaan oleh Wan Azizah.

    " Mustahil klip video itu Anwar. Saya tengok gambar hidungnya saja saya sudah tahu... bukan Anwar.... Anwar lebih kacak.. Kita tahu sama ada jam Rolex itu dari Petaling Street atau jam tiruan..kita  tahu yang asli atau yang tiru, "  Wan Azizah  ketawa kecil sambil mengalihkan mukanya ke arah pentas ceramah dimana Anwar Ibrahim sedang memberi amanat terakhir pada malam sebelum hukuman dijatuhkan. Amanat akhir ini telah didengari oleh hampir 6,000 penyokong di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampong Baru.

    Hari ini, mengikut kata Wan Azizah, semakin ramai anak-anak muda yang mula menyedari apa yang sedang berlaku dalam negara ini. Sama seperti dizaman Reformasi 1998 dahulu anak-anak sekolah dan para pelajar telah disedarkan dengan kes 'Liwat Anwar Ibrahim'. Dimana  sahaja ceramah penerangan  diadakan  beribu-ribu orang ramai datang mendengar. Untuk Wan Azizah ini satu petanda yang amat baik.

    " Saya selalu menerima sms mengutuk saya kerana bersuamikan seorang  peliwat. Saya tidak peduli. Saya tahu apa yang saya  buat. Saya melakukan apa yang wajib dilakukan dengan keredahaan Allah. Hanya Allah yang jadi petunjuk."

    Dugaan paling akhir  terhadap Wan Azizah berlaku malam kelmarin di Permatang Puah — bekas kawasan Parlimen Wan Azizah sendiri.  Wan Azizah dengan pantas mengambil talipon bimbitnya  untuk menunjukkan gambar tangan pengawal pribadinya  yang telah terguris luka.

    " Serangan ini berlaku kepada pengawal pribadi saya. Tapak tanganya telah diguris oleh sesuatu yang tajam. Maybe it was an injection of sedative.  Untuk siapa dadah ini? " Wan Azizah bertanya tanpa ada sesiapa memberi jawapan.

    Berita serangan keatas pengawal peribadi Wan Azizah ini telah memeranjatkan orang ramai. Mengikut surah Wan Azizah kadangkala pengawal pribadi ini juga menjadi pemandu.  Jika pemandu ini  pitam mungkin kereta yang dipandunya akan terbabas atau berlaku kemalangan. Mungkin inilah tujuan serangan itu. Mungkin.

    " Tangannya berdarah dan dia jatuh pengsan. Alhamdulillah ... saya diberitahu keadaan dia kini semakin stabil.  Saya berserah kepada Allah. Hidup ini satu dugaan. Hidup ini juga banyak yang  memeranjatkan".

    " Dua minggu dahulu  keluarga kami telah pergi bercuti  tiga hari ke Phuket.   Dekat saja...kami anak beranak ingin berapat-rapat. Tapi saya terpaksa menjaga cucu. Terlupa pulak bawa kereta sorong ... kena pakai trolley macam di gedung membeli belah," Wan Azizah ketawa gembira bercerita tentang keluarganya.

    " Saya cukup senang hati bermain dengan anak-anak cucu. Kami main Angry Bird. Ini yang mengembirakan dalam hidup saya ketika ini. I want to be a good grand mother. Tapi saya terpaksa belajar guna I-Pad dari cucu saya. Nampaknya mereka lebih bijak."

    Wan Azizah  yang baru saja melintasi 60 tahun terhenti bercakap sebentar apabila ditanya apa yang ada dalam kepalanya sekarang. 'Sekarang' maknanya tidak lama lagi  Tuan Hakim  di Mahkamah Jalan Duta akan membuat keputusan  tentang kes liwat suaminya

    " Pasti  hati dan jiwa saya kurang tenteram. Luka lama dibuka kembali."

    Apabila ditanya apakah agaknya kata-kata Tuan Hakim pada pagi Isnin. Wan Azizah Wan Ismail merenung meja sebentar kemudian dia bersuara. Suaranya antara kedengaran dengan tidak.

    " I don't know...it could go either way."

    Senyap seketika dan kemudian dia berkata,  " Di Pilihanraya Umum nanti jika  semuanya  telus dan tidak ada penipuan Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan. Rakyat sudah bersedia untuk berubah."

    How do you feel about this article?

     
    • Nurul  •  Klang, Selangor  •  4 months ago
      semua itu hanya tuhan sahaja yang tahu..kte tidak boleh menilainya dengan sendiri..
      • yee 4 months ago
        anwar dibebaskan daripada pertuduhan adalah ketentuan Allah juga.
      • Hariri 4 months ago
        Yang baik pasti di beri kemenangan untuk menjadi contoh terbaek.
      • Alia 4 months ago
        Semua telah tertulis....baik buruk seseorang tu hanya Allah lebih mengetahui.......
    • stagong  •  4 months ago
      Aku berdoa agar Tuhan tunjukkan kuasaNya...
      • Nida 4 months ago
        slow2 la tu..insya4JJI..
      • tower 4 months ago
        insyaallah....kebenaran PASTI akan muncul
      • MMH 4 months ago
        ya...kita ingin tahu sejelas2 nya..tapi bila??? Tunggu negara tercinta ini dijajah sekali lagi. Masa dah tak guna....
    • ida  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      perhitungan sebenar adalah di akhirat kelak..pada masa itu, tiada lagi persoalan parti..tiada lagi perebutan kuasa dan pemilihan pemimpin..tiada lagi penyokong berjuta2..walau siapa pun anda..di sisi Allah kita semua sama melainkan amalan kita sekarang..jadi pimpin lah diri anda sendiri..ingat lah perjalanan kita yg lurus menuju ke destinasi yang SATU!!!
      • Fadzilah Abu kasim 4 months ago
        u r absolutely right...
      • Basir 4 months ago
        Didunia dan di Malaysia ni saya menghormati peraturan dan perlembagaan negara juga system kehakimannya sivil atau syariah, kerana itu semua negara yang mematuhinya jadi aman kerana melaksanakannya. Jadi segala apa pun harus mengikut perundangan kerana kita umat manusia menyetujui akan system ini . dan iman sesaorang Islam pun pasti diuja percaya akan hukum2 Allah dan mesti mematuhinya. Jika melakukan sebaliknya maka balasannya pun setimpal dengan perbuatannya. Munkin hukuman didunia hanya sementara sahaja tetapi diakhirat nanti yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. di sana tiada lagi simpati, tiada lagi penyokong dari orang ramai, tiada penyokong luar negara tiada apa jua yang selalu dapat menyokong kita selama ini, dan yan ada hanyalah amal bakti yang kita lakukan dan doa2 dari anak2 yang soleh dan soleha yang mendoakan kita dengan membuat sesuatu yang baik kerana Allah. Kalau di dunia kita boleh mengiakan dan menidakan dan menghujah dengan mulut, tetapi disana mulut kita telah dikunci dan anggota kita akan menjadi saksi yang akan mengakukan bahawa dia telah melakukan segalanya. tak payah guna saksi atau bukti2 macam dimakhamah dunia. Allah senentiasa memerhatikan apa jua perbuatan manusia dan semua insan tidak lepas dari apa jua balasan . terpulang lah pada semua insan yang ada didunia ini yang masih hidup. dengan apa cara sekali pun kalau didunia insan sanggup bebelanja demi untuk melepaskan diri dari hukuman dan ada yang sanggup bebuat apa sahaja walaupun melanggar apa jua peraturan sehingga menepikan segala undang2 agama dan negara. munkin didunia boleh terlepas tetapi akhirat dah menunggu dan disaat-saat akhir hayatnya allah akan menyayangkan apa jua perbuatannya yang lampau dan waktu ada yang jadi naynok dan merapu dan menceritakan segala perbuatannya pada sesiapa saja tanpa segan silu. tapi ada juga yang jadi takut dan menyepikan diri takut berjumpa sesiapa pun walaupun keluarga sendiri. perkara2 sebegini telah pun terbukti dan menjadi pada insan2 yang pernah berpengalaman melihatnya dan menjadikan nya panduan hidup dan menambahkan Iman bagi mereka yang menginsafi akan kejadian yang mereka lihat tadi. Marilah menginsafi diri dan patuhi hukum2 Allah berbuatlah yang baik2 dan yang benar yang tidak memudaratkan semua , agama bangsa dan tanah air. Insaflah......
      • Moh Imron 4 months ago
        Oiiiiiii ini malaysian justice bukan perhitungan Akhirat.....
        masih jauuuuuuuuuh
    • Drone  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      Kita tak fikir apakah keputusan mahkamah hari ini.APA yang PENTING sejauhmanakah KEBENARAN telah dan akan ditegakkan.Hakim yang TIDAK berlaku adil jawabnya NERAKA JAHANAMLAH tempatnya di akhirat nanti.
      • MMH 4 months ago
        u r right
      • Chenta_87 4 months ago
        ya..u r rite...

        skarang ni rasuah bersepah2...tmbah budak2 muda..dpt 2,3 ratus terus je join meramaikan perhimpuan...xtau punca pun join asal poket penuh...
    • Bugatti veyron  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      Sesungguhnya Allah bersama kamu......
      • Ahmad nasir Mohamad 4 months ago
        YE KE TUHAN BERSAMA SUAMI YANG SUKA BUAT MAKSIAT?....TUHAN ORANG KAFIR BOLEH LAH.
      • Yong 4 months ago
        Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita semua, Dia sahaja yang boleh mengizinkan segala-galanya yang baik mahupun yang buruk, Dia yang menentukan kita...
      • Commentator 4 months ago
        @Ahmad Nasir, it sounds to me that you're confused. Had someone done bad things, still one could regret for what he did and do 'taubat'. Most of all, you were not at the scene, weren't you? So, how could you be so sure about it. Moreover, are you saying that you've never committed any 'maksiat'? Or you think that you're much better than Anwar?
        Come on ...you watch Rambo movie too much in which the colonel said "God still has mercy but he (Ahmad Nasir) doesnt ..."
    • Punitha  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      she is a good wife
    • Ahmad  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      Allah wujud dan hanya DIA tempat kita meminta dan kepadaNya sahaja kita berlindung. Semasa dugaan ada gangguan, Syaitan yang angkuh dan mencuba sedaya upaya. Sabar ada batasannya tetapi dalam menempuhi dugaan, kita harus pasrah, pasrah kepada Allah yang Maha Besar. Usar gentar dengan dugaan yang datang menimpa, walau sekalipun membawa kemusnahan kerana hakikatnya, Allah ada dan tidak pernah memungkiri janji kepada hamba-hambanya. Allah menyebelahi mereka yang benar dan bersabarlah, kerana setiap dugaan itu pasti ada hikmahNYA..
    • mimi  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      My sympathy and love is with you Kak Wan, as a wife and mother I will not know how to handle this situation if I'm in your shoes...Everyone looked at you and your family as if you were asking for all this but never see, if Allah were to grant them the same test, will they be able to handle!!
      May Allah swt protect you and your family from all evil and may He grant us test that we are able to bear..Amiin..
    • yasin  •  4 months ago
      dalam banyak2 kes mahkamah, jarang ada kes liwat sejenis d malaysia ni kecuali kes anwar.tak ke pelik namanya..1 lagi d malaysia ni, when politician talk to much, u go to jail..
    • APA PUN TAK BOLEH  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      Buat kak wan yang benar2 jujur dan setia serta benar di Jalan Allah...ajaklah suamimu Anwar walau sejenak dapatkan ketenangan di Makkah dan Madinah..Mintalah petunjuk dariNya...sesungguhnya kebenaran ada di sana...ambillah cuti keluarga bawalah keluarga ke sana tunaikan Umrah sebagai tanda terima kasih dan syukur kepada Allah...sesungguhnya jika BENAR maka...Allah akan makbulkan semua hajat...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Pemurah...
    • soldier fortune  •  4 months ago
      Wan Azizah.." May God Bless you and your family"
    • One'z GenK7  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      sabar jela...tuhan maha adil..
    • seri dewi  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      Tahniah kpd Datin Sri Dr. Azizah kerana sabar menghadapi cabaran
    • Daun Hijau  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      Sabar lah Wan Azizah, u are a good wife. Biar Allah tunjukkan siapa yang benar siapa yang salah. kalau tak kat dunia kat akhirat pasti dapat balasannya.
    • izam  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      Kak wan azizah adalah contoh isteri terbaik yg sepatutnya dijadikan sebagai teladan kepada isteri-isteri dan bakal isteri. Semuga Allah meredhai dan merahmati kak wan azizah.
    • Fallen Soul  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      Mr N using same technic as Dr. M, pls change the tactic I feel bored
    • PEMIMPIN YANG MELOYAKAN  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      .... sama2lah semua muslim buat sbyg istiharah..... buat smbyg hajat.... UlamakBN, PAS&PKR buat lah setiap jumaat..... dipertunjukkan mana yang benar....... serahlah kepada ALLAH siapa yang benar.... dan diberi petunjuk di dunia ini juga kerana rakyat telah cukup susah atas isu2 ini....
    • Mau ke  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      Hakim Dunia Boleh di BELI dan boleh Di JOLOK. Sumpah Palsu Boleh di Buat-buat, kerna ALLAH menangguhkan hukaman penyumpah Palsu.Setiap Kesalahan tuhan tidak segerakan kecuali Dosa Kepada Ibu dan Bapa. Serta Doa orang-orang yang di Zalimi. Ambil perhatian dan renungkan apa yang telah berlaku ke atas orang-orang yang terlibat di dalam Kes Liwat PERTAMA. Mukhtar Abdullah, Abd Rahim Noor, Dr Qistina dan ramai lagi. Renungkan lah....................... Semoga Allah memberi pertunjuk kepada orang-orang yang Zalim.
    • Zaharah  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      wonderful women Allah Maha Mengetahui segalanya
    • MamaLiz  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  4 months ago
      What a touching story from a wife, a mother and a grandmother...Whatever a man do behind, this three group will have to swallow the bitter side while the man taste the sweetness from whatever they did...