Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    PILIHANRAYA DAN KALENDER MAYA

    Kita telah masuk minggu ketiga tahun 2012.  Kita telah membaca bahawa  tahun 2012 ini adalah tahun  berakhirnya Kalender  Maya dari Amerika Latin. Nujum dan bomoh dan mereka yang percaya dengan ilmu hitam sedang  sibuk membincangkan tarikh ini. Banyak buku telah ditulis tentang tahun 2012 ini.  Hollywood telah membuat sebuah filem dengan tajuk tahun ini. Mengikut Kalender Maya  yang berumur lebih dari 5,000 tahun pada 21 haribulan Disember  2012  dunia kita ini akan berakhir. Qiamat akan sampai.

    Pada hemat saya  tidak mungkin Qiamat akan  sampai pada tahun 2012 ini. Terlalu awal untuk Qiamat berlaku. Lagi pun durian yang saya tanam tahun lalu masih kecil lagi. Tak mungkin Qiamat berlaku sebelum saya merasa buah  durian  yang saya tanam. Tetapi, apa  yang jelas  Kalender Maya ini wujud dan  kita telah memasuki tahun yang tidak menentu.

    Tahun 2012 dibuka dengan keputusan kes tuduhan liwat Saiful Bukhari terhadap Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah.  Ini satu  keputusan mahkamah yang memeranjatkan ramai orang.  Ramai yang tidak percaya akan keputusan tersebut.

    Ramai penyokong dan yang bersimpati dengan Saiful merasa kecewa.  Mereka kecewa kerana Si Saiful ini telah bangun berkorban untuk bangsa dan agama. Bayangkan Si Saiful ini secara terbuka telah mengaku bahawa dia  telah menahan perut tidak terberak selama dua hari kerana menyimpan air mani Anwar. Bukan calang-calang anak muda yang berani memasukan plastik ke dalam jubur sendiri.  Ini sikap pendekar pejuang bangsa. Ini sikap anak muda perkasa negara.

    Satu minggu sesudah keputusan dikeluarkan oleh mahkamah — suasana semakin tidak menentu. Kes liwat ini  masih terbuka luas. Kini Saiful dan keluarganya telah mengajukan permintaan agar pihak pendakwa membuat rayuan. Malah sokongan untuk membuat rayuan telah didengar keluar dari mulut Timbalan  Perdana Menteri dan juga dari bekas Perdana Menteri.

    Seperti biasa Perdana Menteri telah meniru  perangai Abdullah Badawi   dengan  'elegant silence' - tidak membuka mulut. Tidak didengar sepatah apa pun terkeluar dari mulut Najib Razak. Orang ramai juga tidak diberitahu  apakah pemintaan biasiswa Si Saiful untuk belajar menjadi pemandu kapal terbang diluluskan oleh Najib atau tidak.  Najib buat ' dek' walau pun — dua tahun dahulu — sebelum membuat lapoarn polis  Si Saiful ini telah berbincang dengan Najib.  Semua ini  menjadikan suasana tidak menentu.

    Jika tidak ada rayuan  maka ini adalah  kemenangan yang mengembirakan  untuk Anwar Ibrahim  dan  keluarganya. Para penyokong Pakatan Rakya juga akan turut sama bergembira. Malah, jika kes ini tidak dirayu maka ianya  akan memperkuatkan lagi anggapan bahawa  Si Saiful hanyalah 'anak bidak ' dalam  satu konspirasi politik

    Tetapi jika Peguam Negara membuat rayuan maka  keadaan tidak menentu sekali lagi akan muncul. Kemana arah mahkamah rayuan akan sampai — tidak ada sesiapa yang tahu.

    Pada pembukaan tahun 2012   selain  kes liwat Saiful  ada satu lagi pekara yang menjadi ' hangat dan tegang'.  Pekara yang menjadi labon di warong, di surau, di pejabat dan di kepala wartawan  ialah bila agaknya Pilihanraya Umum ke 13  akan diadakan.  Untuk warga Malaysia tarikh pilihanraya ini juga sedang menimbulkan   suasana tegang yang tidak menentu.

    Desas desus piliharaya ini telah kedengaran  semenjak tahun lalu lagi. Mulanya dinujumkan PRU13 akan berlangsung pada bulan November. Mengikut  para nujum politik tarikh ini muncul kerana Najib Razak menganggap angka  11 itu membawa tuah kepadanya. Apakah angka 11 ini simbol dua kaki terkangkang  atau dua batang terpacak  tidak pula jelas. Apa yang umum tahu hanyalah Najib memakai angka 11 untuk keretanya.

    Keadaan tidak menentu tentang pilihanraya ini bertambah tegang apabila ada  berita keluar  dari sumber yang juga tidak resmi. Berita ini berpunca dari  Si Polan bin Si Polan yang Bapak Saudaranya bekerja sebagai polis. Mengikut Si Polan ini Bapa Saudaranya yang berpangkat Koperal telah memberitahu dia bahawa semua percutian untuk pegawai polis telah dibekukan.

    Berita cuti PDRM dibekukan ini menjadi tegang lagi  apabila ada sumber yang tidak resmi ini menambah  'aji-no moto' dengan mengatakan bahawa sekolah-sekolah juga telah dikenal pasti sebagai tempat membuang undi.  Kalau cuti PDRM yang telah dibekukan ini tidak meyakinkan maka akan ditambah lagi dengan pembekuan cuti Jabatan Bomba. Apa hubungan bomba dengan pilihanraya ini tidak terangkan. Dalam susana yang tidak menentu ini fikrah yang rasional memang tidak boleh digunakan. Semuanya tidak menentu.

    Keadaan tidak menentu ini berterusan dengan  munculnya kesah bagaimana seorang pemandu telah mendengar cerita dari  kawannya  seorang pemandu Mak Datin. Mengikut kesahnya:  suami  Si  Mak Datin ini  kenal baik dengan seorang Menteri Kabinet. Si Pemandu terdengar perbualan  talipon Mak Datin  yang mengatakan bahawa  suaminya bakal menjadi calon pada pilihanraya  yang akan dijalankan tidak lama lagi. Malah untuk menguatkan cerita,  Si Mak Datin kini telah mendaftar disebuah  gym untuk mengurangkan berat badan.  Mengikut surah Si Pemandu, Pak Datin mahu melihat Mak Datin langsing  dan cun apabila naik ke pentas untuk berkempen.

    Berita-berita  sedemikian menjadikan suasana  semakin tidak menentu. Kemudian kita terbaca kenyataan  Suruhanjaya Pilihanraya yang telah siap sedia untuk mengendalikan PRU13. Kenyataan SPR ini disambut pula oleh pihak polis yang mengumumkan bahawa PDRM juga telah siapa sedia.

    Kenyatan dari SPR dan PDRM ini akan pula digoreng dan diolah oleh pemerhati  dan nujum politik yang bertauliah dan yang tidak bertauliah.  Nujum-nujum politik  ini akan mengeluarkan komen dan  pandangan mereka tentang suasana politik dan ekonomi Malaysia sambil memberi ramalan  tarikh pilihanraya.  Ada nujum politik yang bertaulih kerana mengajar di universiti. Tetapi paling  ramai  yang tidak bertauliah tetapi masih ingin menjadi nujum. Mereka ini memberi kuliah di laman  web dan dunia siber tentang  tarikh PRU13.

    Ketegangan dan suasana tidak menentu tentang tarikh piliharaya ini muncul kerana ada sejarahnya. Di zaman sesudah merdeka — di zaman Tunku Abdul  Rahman — tempoh kempen pilihanraya lebih dari satu bulan. Tetapi, semakin lama kita merdeka masa untuk berkempen di pilihanyara semakin dipendekkan Pilihanraya 2004 dahulu  tempoh masa berkempen hanya  8 hari sahaja. Inilah yang menyebabkan suasana tegang dan tidak menentu.

    Saya  telah membaca bagaimana  duit seratus ringgit — bantuan beli buku - telah diberi kepada  murid sekolah tahun lalu. Saya telah membaca bagaimana keluarga yang berpendapatan dibawah 3,000 ringgit boleh mendapat 500 ringgit. Duit bantuan ini sedang diuruskan.  Saya  juga ada membaca tentang kenaikan gaji pegawai kerajaan. Setelah saya membaca semua berita ini makan  saya   juga  ingin menjadi nujum yang tidak bertauliah.

    Memang betul ramalan Kalender Maya tentang  tahun 2012 ini.   Kita sedang melihat ketidak tentuan dan kacau bilau yang amat sangat sedang berlaku dihadapan mata kita. Ada lembu membeli kondo, ada Menteri  guna duit zakat untuk bayar peguam dan Menteri dapat duit poket dan ada Menteri yang pergi bercuti sesudah musim cutim tamat — semua ini menjadi kelam bin kabut.

    Dalam kelam kabut dan tidak menentu ini biar saya membuat ramalan. Pada  ramalan saya Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden United Malay National Organisation (Umno) dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) akan tahu bila masa yang tepat untuk mengadakan PRU13.  Tarikh ini tidak ada sangkut paut dengan Kalender Maya, tidak ada pertalian dengan bomoh dari Mumbai.

    Suasana politik dunia tidak akan mempengaruhi Najib. Kucar kacir ekonomi dunia, kemelesetan ekonomi Amerika, beban  hutang di negara-negara Eropah — semua ini tidak akan  mempengaruhi Najib. Kenaikkan harga bahan bakar petrol juga tidak akan diambil kira oleh Najib.

    Sebagai nujum politik yang tidak bertauliah saya yakin Najib Razak akan mengadakan PRU13 satelah  Rosmah Mansor  menetapkan  tarikhnya.  Mengikut komen  bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew tentang Rosmah Mansor  ' they work as a team'. Tarikh yang akan ditetapkan oleh Rosmah ini adalah tarikh  paling selamat untuk Najib.

    Kalau mengikut ramalan  Kalender Maya kocakan dan ledakan akan berlaku dalam dunia pada tahun 2012 ini.  Jika ramalan ini diterjemahkan untuk  Malaysia ia membawa makna bahawa   Barisan Nasional  akan kalah teruk  di PRU13 ini nanti. Kalah teruk ini bukan Qiamat untuk  Najib.  Najib   akan terus selamat dari pukulan beg tangan Rosmah kerana tarikh ini dipilih oleh Rosmah Mansor sendiri. Ini hanya ramalan saya yang tidak mengamalkan ilmu hitam.

    * Pandangan yang dikemukakan di sini adalah pendapat peribadi kolumnis

    How do you feel about this article?

     
    • Edward Wan  •  3 months ago
      Haahhaahhaaaa...boleh buat lawak lah awak ni...good job ada tak cerita lawak yang lagi best dari ni??? nak baca lagi la...
      • bingung 3 months ago
        sangat lucu kan? pertama kali baca penulisan yang cikai.. sapa yang bagi kuar artikel ni woiii......hahahhaa..
      • BAYAN 3 months ago
        tiada quality langsung. dia cemarkan dirinya sendiri.
      • Apa apa je 3 months ago
        Sendal gusi lepas makan limau..........
    • A Yahoo! User  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      cukupla bro asyik nak support yang bersalah buat ape? cari duit utk famili bro la..
    • Magnificent 7  •  3 months ago
      author of this story totally fairy tales...Mayan is pagan...i bet u that there wud be 2013,2014...so on and so forth...I dare believe Son of Man came as the thief in the night...no one knows the hour nor the times, even the Holy Angel don't what the exact time for His Coming...ONLY THE FATHER KNOWS...unless the Holy Gospel fulfilled the Prophecy that shalt all man and woman and children accept and repent...THAT'S WILL BE THE END OF THE WORLD...if they holy let they holy, if they apostate let they apostate, if they unholy let they be unholy....remember SON OF MAN CAME WITH A VOICE OF MANY GREAT THUNDER AND ONLY SEALED BY THE HOLY SPIRIT SHALT HEAR HIM...UNBELIVIEVER SHALT HEARETH GREAT THUNDER AND THEY FELL TO GROUND HAY WIRE...peace be with u all
      • drn 3 months ago
        heard about it from good friends and read about it in its simplest truth.
      • Ali Karim 3 months ago
        this is just an article wrote in sarcastic manner to portray the politic of Malaysia. Mayan calendar was just another irrelevant side story the author included as he always did in his other articles...
      • Apa apa je 3 months ago
        Ini cerita seronok seronok aje....saja nak menyindir
    • abe_semaxz  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      "Bayangkan Si Saiful ini secara terbuka telah mengaku bahawa dia telah menahan perut tidak terberak selama dua hari kerana menyimpan air mani Anwar. Bukan calang-calang anak muda yang berani memasukan plastik ke dalam jubur sendiri. Ini sikap pendekar pejuang bangsa. Ini sikap ANAK MUDA PERKASA NEGARA". itu kata penulis yang menaip ayat berbelit-belit, tunggang langgang, menujum-nujum, meramal-ramal, merepek-repek
      ...kata aku " sebodoh-bodoh manusia adalah membuka aib sendiri di khalayak umum sedangkan perkara tersebut boleh dihalang dari berlaku"
      • NESH 3 months ago
        very true
      • Sedarlah Rakyat Malaysia 3 months ago
        naother cerita lucu dari Abe. bagus....BN mampus...mungkin Rosmah pun nak baling beg Gucci kpd Saiful....
      • Sedarlah Rakyat Malaysia 3 months ago
        sorry mungkin Rosmah baling beg pada dubur Saiful kerana DNA hari tu reject...
    • Ain Wahid  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Kelakar.... dan seronok membacanya.. komen dari rakan-rakan pun ada yang pro dan kontra, bagi saya artikel ini adalah yang paling best dibaca.. tidak memihak mana-mana.bagus3x walau pun ada yang marah tapi orang yang marah tu pun baca juga.
    • Teo  •  Singapore, Singapore  •  3 months ago
      berita bodoh macam ini boleh masuk Yahoo!?
    • Mohd Zin Bin Hamid  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Jangan percaya pada ilmu hitam..syirik..
    • Othman  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      banyak yg baca artikel ni,tapi mereka tak fahan dengan apa yg tersurat dan apa yang tersirat.
      • Pirate King 3 months ago
        lain kali guna bahasa yg berakhlak sikit. jd xda org bole ckp artikel ni mengarut. btw, artikel ni mcm seolah2 xda cerita lain da.....
      • Pirate King 3 months ago
        bayangkan c penulis artikel ni berhemat kiamat xkan smpai tahun 2012? apa,keyboard laptop rosak ka time taip statement tu?
    • Nich  •  3 months ago
      kita org Islam... buat apa nk percaya dgn kalendar Maya semua tu
      lagipun Tuhan dh cakap kiamat akan berlaku pd hari Jumaat, bukankah 21/12/2012 tu jatuh hari rabu?
    • Abdullah  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Qiamat pasti berlaku
    • mrs  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      saudara lain perkara xpa ,soal agama jgn dipermainkan..boleh jatuh syirik..kerana soal qiamat adalah kerja allah..x caya sedara carilah ustaz yg terdekat dgn sedara semoga dpt pandangan yg baik ,,insyaalah..siapa pun yg dicerita di dalam artikel tersebut termasuklah saudara dan saya ke sana jua kita akhirnya syurga atau neraka????
    • Mr Awang Budin  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Brother,mcam mau pengsan saya baca tulisan kita ini.Pecah perut ketawa olehnya.Hilang ketegangan.Dalam Cyberpun saya senyum simpul kerana isi warkah sudara itu...Hebat...brother...
    • mami era  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Masih tertanya2.Kenapa Saiful benarkan DSAI "mendatang" kalau tak rela. Anak muda. takkan tak kuat lawan. Lepas tu kenapa tunggu beberapa hari utk buat repot Polis. Dan jangan sampai tarik bapa dlm hal ini. Sorry to say, Anak punya pasal...bapa nampak bodoh dimata umum. Martabat bapa begitu low sekali dipandang.
    • Firdaus  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      yahoo menjatuhkan kredibiliti sendiri dengan artikel macam ni.
    • Muhamad  •  Albertslund, Denmark  •  3 months ago
      sedih aku ngan writer nie...Nabi kte sndr x tau blekiamat berlaku...dye blh nk percaya dgn benda kalut mcm tu..balik ke pangkal jalan bro sblm terlmbt...
    • chempiangmuar  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Tak sangka aku orang yang kononnya berilmu tinggi boleh tulis macam ni. Lepas tu disiarkan disebuah terbitan yang tersohor pul;ak tu. Tulisan yang layak disiarkan majalah - majalah murahan yang banyak dijual di tepi - tepi jalan. Malang sungguh tenaga dan pemikiran dan ruangan dibazirkan begitu sahaja. Sepatutnya diberikan kepada analisa yang lebih berfaedah. Sebab itulah jangan marah kalau aku katan HR memang le Hantu Raya yang sudah gila. Malang sungguh mak bapak dia dapat anak macam ni. Mengabihkan boreh jo
    • red  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      stupid writer got no religion...are you an atheist?? don't talk nonsense la...oh ya you work for the stupid yahoo gang which always tries to manipulate people's mind...anyway congrats for being stupid......
    • Ali  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Wahai oang2 muminin jgn kamu percaya dan terpedaya dgn tukang2 ramal dan tukang2 sihir, mereka2 ini akan menjerumuskan kamu keneraka jahanam..yakin lah kamu, ikut lah yg batil jauhkan diri dpd yg mungkar..insyaAllah selamat dunia dan akhiarat.
    • Sait  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      banyak cerita dongeng.......
    • mohdzarulhiqmi  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      zaman sekarang ramai orang bijak pandai. orang pandai menilai mana yang baik dan mana yang buruk.