Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    Punk Rock di Mentakab

    Bagaimana kalau anak muda ini  dilahirkan di Busut Jin Temerloh, atau di Tanjung Kayuh  Mentakab atau di Jerantut. Apakah anak muda ini  akan merasa kecewa kerana  tidak dilahirkan di Manchester, Liverpool atau di Brixton London.  Alangkah indahnya dunia anak-anak  muda jika mereka hidup muda sebebas kawan-kawan  mereka di Berlin, di Amsterdam  atau di Madrid. Tetapi hakikatnya  bukan tempat kelahiran yang menjadi kunci untuk merayakan kemudaan. Kuncinya hanyalah — mahu atau tidak mahu.

    Pada petang Tahun Baru China  dalam perjalanan pulang dari Pantai Balok Kuantan , kereta yang  aku naiki  berhenti di lampu merah  di persimpangan pekan Mentakab. Di sebelah kiri di tembok jalan kelihatan  satu kumpulan anak muda berbaju t hitam. Mendongak ke  tingkap bangunan aku ternampak  seorang anak gadis  melambai-lambai. Kereta diberhentikan dan aku memanjat tangga.

    Dengan tiket berharga  Rm 7.50 aku dibenarkan masuk tanpa dipaksa menunjukkan kad  pengenalan.  Hampir 70 orang anak muda  sedang berpesta menyambut  Tahun Naga. Ada yang berdiri dan ada  yang tersandar letih di dinding. Tidak ada yang bersembang mesra.

    Dalam pesta punk rock ini, kumpulan anak muda meloncat, mengambur dan menjerit-jerit dalam …

    Musik sedang rancak. Sebuah band punk rock — tiga  gitar satu gendang dan seorang penyanyi sedang beraksi.  Band bermain musik  dilantai tanpa pentas. Dalam dewan  seluas bilik darjah ini  menjadikan  petikan  gitar dan pukulan gendang bergema hingga menggegarkan dada.  Suara manusia tenggelam. Musik yang bagitu kuat hinggakan  pantulan bunyi ini boleh mengoncang tembok dinding.  Sedozen anak muda sedang meloncat,  mengambur dan menjerit-jerit dalam satu tarian yang penuh bertenaga. Ini pesta punk rock.

    Untuk sesiapa yang belum pernah memasuki  'gig' atau konsert rock bawah tanah  - sila berfikir sekali lagi.  Sekurang-kurang sekali dalam hidup kita wajib merasakan gegaran bunyi petikan gitar punk rock  yang mengoncangkan dada. Melihat gig sebagini  akan  meyakinkan kita   bahawa underground gig ini bukan hanya mengegarkan Brixton  atau Berlin. Di Mentakab pun ada gig underground. Mentakab rules, okay!

    Nisha anak gadis 21 tahun yang melambai-lambai  tadi rupa-rupanya berasal dari Chemor Perak. Dia bertandang  ke Mentakab khusus untuk membantu kawannya menyusun gig  AFK 2012.  Nisha gadis cun berambut panjang ini  masih  mengikuti kuliah diploma  di Maktab Kooperasi Ipoh.

    "AFK  ialah Acai  Fifi Kasha" Dia menjeritkan jawapan ke telinga  aku. "Ini studio kawan saya. Ada enam band bermain untuk gig petang ini.  Gig mula jam 3 petang.  Kami datang dari banyak tempat. Ada dari Jerantut,  Temerloh dan yang paling banyak dari sini..Mentakab...studio ini tempat lepak."

    Kumpulan pemuda-pemudi ini berpesta mengikut motto 'punk rock' seperti yang tertulis di …

    Bayangkan apa jenis musik yang  dimainkan oleh band dengan nama-nama seperti  Attacking Business, Kill The Rock Star, Nana, Pop Up Peace, Metal Pisik dan Trotter Groc.  Kugiran Pop Yeah Yeah  tahun 60'an  seperti   The Rythmn Boys,  Siglap Five  atau De Fictions, Les Remaja pasti akan   tutup kedai apabila punk rock sampai.

    Underground gig bukan satu  yang asing.  Adalah kesilapan besar jika menganggap hanya  di Kuala Lumpur  atau di Pulau Pinang wujudnya  underground gig.  Musik underground ini adalah sebahagian dari   budaya ' counter culture' yang berkembang selari dengan budaya arus perdana.  Budaya counter culture ini adalah  budaya anak-anak muda yang bangun melawan. Mereka bangun untuk melawan -   gaya, tempo, rhytmn, dan bunyi suara musik 'main stream' yang mereka anggap poyo.

    Anak anak muda underground ini tidak mempedulikan Mawi, Siti Nurhaliza atau Justin Beiber — jauh sekali  untuk  mereka menonton Akademi Fantasia.  Untuk mereka semua ini adalah  wakil dari  budaya dan musik poyo dan skema. Dalam lingo hippies ditahun 60'an dulu budaya main stream ini dianggap square dan tidak  cool.

    Untuk punk rockers -  nabi musik mereka ialah arwah Johnny Rotten, Sid Vicious dari  Sex Pistols, The Clash  atau The Ramones.  Sex Pistols  adalah  band punk  pertama dari kota London. Band ini  masih menjadi rujukan punk rockers seluruh dunia walau pun band ini telah lama wafat.

    Hari ini ada beribu-ribu lagi band bawah tanah  dari   Dungun hingga ke Denver, dari Semenyih hingga ke San Francisco — dari  Melbourne hingga ke  Madrid, dari Gaza  hingga ke Moscow — malah dimana saja dalam dunia ini kita akan bertemu dengan punk rock.  Punk rock bukan lagi milik  anak muda kota London. Punk rock telah di demokratikan untuk dimiliki oleh anak muda semua bangsa. Malah di Kathmandu Nepal pun telah ada  kumpulan punk rock.

    Untuk mempercayai apa yang aku tulis ini  sila layari YouTube. Pasti akan ditemui pelbagai bentuk punk rock dari seluruh dunia. Ada punk band yang berjaya mengeluarkan album dan memiliki beratus ribu peminat. Ada  yang   hanya hidup sebagai  punk  band untuk  sebulan atau seminggu atau hanya sempat bermain disatu gig.  Inilah genre musik underground yang sedang menjadi elemen counter culture yang ampuh.

    Berhati-hati - punk rock ini macam satu gerakan agama — memiliki banyak mazhab. Ada punk pop, ada punk hardcore, ada punk metalcore, ada  punk trash , ada trash metal dan dan dan.  Jalur-jalur ini memisahkan antara satu band dengan yang lain. Sang peminat punk rock akan  mengetahui semua jalur dan ciri-ciri band kesayangan mereka  seperti seorang lebai mengetahui  Sifat Dua Puluh.

    Shahid Al-Warith memakai singlet merah yang agak besar untuk badannya. Dia berpeluh sesudah  berpusing pusing menari sambil tolak menolak kawan-kawan dihadapan pemain band.

    '  Nak layan musik... nak tengok member perform...'  Shahid yang masih belajar di Tingkatan Lima di Mentakab menerangkan kenapa dia hadir. Anak muda ini adalah contoh counter culture.  Dia datang —untuk  buat ramai -  dan  merayakan kawan-kawan.  Shahid adalah jenerasi internet.  Melalui alam siber  Shahid dapat mendengar dan  menghayati band band punk dari seluruh dunia.  Kewujudan YouTube telah mengubah budaya anak anak muda di seluruh dunia. Music kini  menjadi pengikat  silatul rahim  dan menjadi  bahasa pertuturan  anak-anak  muda semua bangsa.

    Pesta  AFK2012 telah sampai ke penghujung. Tiga anak muda dengan satu  lead gitar, satu  set drum dan seorang penyanyi memanggil diri mereka Trotter Groc. Pukulan gendang yang kuat disambut pula oleh dengungan gitar yang menguruh menjadikan telinga bingar.  Bilik kecil ini bergoyang-goyang.

    Sang penyanyi dengan cordless mike bukan hanya  menyanyi tetapi meloncat dan berlari-lari  menari bersama penonton.  Dewan hampir penuh. Ada yang  menari dan ada yang hanya menggelengkan kepala mengikut rentak irama lagu. Lirik yang dibingarkan  hanya memiliki tiga bunyi -  hooohhh..rraawwww..rrooooohh... dooooh. Nah!  Inilah lirik  Trotter Groc dari  mazhab  crusty grind core.

    Sharipul Aman pemain lead gitar  Trotter Groc  kelihatan tidak berbaju ketika bermain.  Dia peluh-peluh. Dengan berat badan 100 kilo pasti ada penonton tidak menyangka yang Sharipul baru berumur 16 tahun. Tahun hadapan dia akan berhadapan dengan SPM.

    ' Ayah saya yang mengajar saya main gitar.  Ayah juga main band. Ayah main jazz dan blues.' Shahripul dengan bangga menerangkan bahawa dia datang dari keluarga seni. Malah ayah dan ibu memahami dan tidak melarang apa yang sedang dia lakukan.

    Untuk old tai dan old school yang tidak memahami apa dia  gig underground pasti  akan mengeluarkan pelbagai fatwa - mengutuk dan menghina. Tapi terimalah hakikat bahawa dunia hari ini telah berubah.  Seni dan budaya juga berubah. Lukisan dan tarian berubah. Musik juga turut berubah. Musik bukan hanya rabbani dan kompang.

    Genre punk rock ini adalah genre musik yang memiliki tenaga yang ampuh lagi mengancam.  Tenaga ini adalah tenaga anak muda. Bila anak muda bertemu dengan gitar, drum set dan dikahwinkan dengan teknoloji moden — pelbagai kemungkinan akan berlaku. Musik punk  ini mengancam  dan berkemungkinan  meruntuhkan dunia lama.

    Seperti kata Sahripul Aman " Saya main musik ikut rasa hati."  Punk rock ialah hati, perasaan  dan sanubari anak-anak muda.

    Sebelum meninggalkan Mentakab    aku  mengucapkan terima kaseh kepada lampu merah di persimpangan jalan. Jika tidak kerana lampu merah itu tidak mungkin aku singgah di Mentakab dan mendengar musik  grind core dan trash metal untuk menyambut kedatangan Tahun Naga. END

    How do you feel about this article?

     

    63 comments

    • Ahmad Faiz  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      yang kutuk kutuk ni layan Justin Bieber agaknya.
      • Speil 3 months ago
        kan bro? XD
    • onethrasher  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Pergerakan UNDERGROUND ni tak macam MAINSTREAM. Kita tak macam artis2 sedia ada sekarang seperti di arus perdana. Kami underground, seboleh-boleh usaha sendiri bersama dengan jamming, cipta lagu, lirik, melodi sendiri. praktis siang malam mahirkan lagi skil permainan instrument masing2. Tegur-menegur beri semangat di kalangan ahli dalam band sendiri dan kawan2 lain. Bila ada gig, semua band boleh sama-sama campur gaul, tukar pendapat dan idea. Tak kisah la main dalam genre muzik yang sama atau berlainan. Yang penting satu hati dan rasa puas bila dapat perform dan ketengahkan muzik masing2. Kita tak perlu wardrobe dan imej cantik2, mahal2, tajaan pakaian ribuan ringgit apatah lagi gossip sana-sini. Itu semua buat orang jadi khayal, jadi malas. Tolong perbetulkan persepsi pada kami kononnya kami ini menyumbang pada gejala sosial dan tak bermoral, minum arak, dadah, seks bebas dan sebagainya. Kepada budak2 UNDERGROUND ni, Syabas!! Teruskan perjuangan anda!! "Struggle..remains the essence of life"-CROMOK
    • adidos  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      aktiviti tak bermoral ?? apa yg wan aok tau pasal moral ..
    • Helmy  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      for farah..this is ur place. goo2 may like this..haahaahaa!
    • Huda  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      mentakab rules,okayyy!
    • Noor arnel  •  3 months ago
      Mentakab Rule!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! koy bangga duk mentakab....
      • Nurul Mimie 3 months ago
        bangga la bangga sngt dengan bandar yg dilaknat tuhan 2..sy xyh nk panJang citer sy rse ko pun taukan npe i say like that .cuz bnyk sngat bende yg tuhan x sukew yg ade kt bndar tu..sbgai cohtoh nye yg tadi la punk2 la ee ..and then byk bar dan ..pusat pelacuran kt situ.. dn bagus lah kalau ko bangga sngt duk kt tempat cm tu bagus2 bagus sangat..huh!! (ape nk adi ngan budak zaman skrg)
    • OREEN  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      mentakab wokme weih...eleh dari dulu lagi kot..plaza temerloh itu menjadi saksi skin head la, skaters la...punk la...mentakab tetap bandar kebanggaan koi...
    • Farid  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      stupid article. nobody wants to read crap like this. this is supposed to be yahoo "news". and shit like this ain't news. sekadar nak angkat martabat segolongan budak2 yg menjalankan aktiviti tak bermoral ada la. pesta2 macam ni la yg tak dikawal oleh mana2 pihak yg byk berlaku benda2 yg tak senonoh. lagi2 majoriti yg join melayu. seriously yahoo what the hell?.
      • Liyana N 3 months ago
        couldn't agree more...there lots of other stuff that matters should be in the new *sigh
      • Mohd Tarmizi 3 months ago
        jgn lupa, knp budak2 bleh trjerumus dlm hal begini?? itu lah news nya 'farid'.. news trmasuk utk sosial, ekonomi ..etc..
      • Zuri Koben 3 months ago
        melayu pok ek..bla bla bla..(.Y.)
    • Nemesis Inc.  •  Schenectady, United States  •  3 months ago
      Kepada bukan peminat UNDERGROUND MUSIC SCENE, seboleh2nya hormati hak individu lain yang meminati music yg berbeza dari kehendak atau alunan irama yg anda minati. Apakata & rasa anda sekiranya "KAMI" mengutuk dengan kata2 yg kurang menyenangkan terhadap anda, sudah tentu anda akan merasa marah sebab itu hak anda untuk meminatinya dan begitulah juga pada "KAMI" yang mana mampu berdiri dengan sendiri tanpa publicity dari media arus perdana mahupon sokongan kerajaan. Sebagai contoh yang paling jelas adalah kumpulan CROMOK yang merantau ke Australia & menimba pengalaman di sana sampailah mereka dapat MENGELUARKAN & MENERBITKAN ALBUM MEREKA SENDIRI TANPA DARI MANA SYARIKAT RAKAMAN, dan hari ini setelah mereka berjaya di luar sana (Australia) baru syarikat rakaman mengambil mereka untuk menerbitkan album sulung mereka itu di MALAYSIA dan sekarang nih siapa tak kenal dengan CROMOK, boleh kata pakcik & makcik pon kenal siapa CROMOK iaitu anak2 muda melayu berasal dari Malaysia mencipta nama di pentas antarabangsa dengan music tak pernah diketahui oleh kebanyakan orang2 Malaysia ketika itu. Jadi jangan ambil kesempatan atau pandang rendah pada "KAMI" golongan UNDERGROUND.
    • Azrul  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      punk pon punk lah.. janji rawwk!
    • ahaks  •  Kapar, Selangor  •  3 months ago
      punk rock di mentakab....
    • Run Amok  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      GRUNGE IS DEAD
    • A Yahoo! User  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      kampung kayuh 2 kat mn plak? x penoh dgor pun?
    • Don  •  Singapore, Singapore  •  3 months ago
      Sibuk Hal Orang Nombor Satu!
    • BERSIH  •  3 months ago
      amatlah lebih baik menghadiri kuliyah ustaz azhar idrus
      • Zuri Koben 3 months ago
        amatlah uwek!
      • amirulbahri 3 months ago
        bagus sgt ker ustaz azhar idrus tu?carut sana carut sini...
    • Nemesis Inc.  •  3 months ago
      Aku dilahirkan di zaman Pop Yeh Yeh tapi aku adalah antara salah seorang pengikut mazahab "Thrash Metal, Death Metal & Grind Core" sejak dari tahun 1983 sehinggalah ke hari ini aku masih meminatinya.
    • azhar  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      punk rock rulezzzz!!
    • mUSe  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      patin rock city yeah!!!
    • API NYATA  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Punk rock di mentakab tak boleh kah?????
    • Muhammad Syahmi Aiq  •  3 months ago
      Wow..aku x tau lak kt mentakab ada gig..Duk temerloh j tpi x tau..ruginya x gi..grrrr