Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    Si Tanggang dan Batu Caves

    SI TANGGANG DAN BATU CAVES

    Mula-mula aku hanya mendengar kisah Si Tanggang ini dari arwah Nenek. Ketika itu aku masih belum ke sekolah lagi.  Nenek  aku selalu membuka cerita ketika hendak  tidur.  Ini dizaman sebelum radio dan tv.  Cerita dari Nenek  ini menjadi penglipur lara untuk membawa ngantuk.  Macam-macam cerita yang aku dengar. Ada kisah Tuan Puteri, kisah Anak Raja, kisah Gergasi — macam—macam kisah.  Ada kisah yang berulang kali aku dengar. Tidak muak-muak. Macam filem klasik Casablanca yang selalu diulang tayang.

    Rumah kami jauh di pedalaman — di hulu kampung. Kerana duduk di hulu kampung  menjadikan aku tidak hairan dengan kisah Orang Asli ini.  Di akhir kampung kami ialah perkampungan Orang Asli.  Aku selalu ternampak Orang Asli. Malah mengikut surah Nenek -  bezanya keluarga kami dengan Orang Asli hanyalah yang kami telah menerima Muhamad sebagai Penghulu. Orang Asli tidak memerlukan Tok Penghulu dari negara Arab. Orang Asli telah ada Tok Batin mereka sendiri.

    Si Tanggang  adalah cerita anak  Orang Asli. Ketika aku mendengar surah Si Tanggang ini dari arwah Nenek,  aku tidak sedar tentang metapora yang ingin disampaikan.  Aku tidak faham apa makna Si Tanggang ini. Apa yang menarik hati aku hanyalah Si Tanggang ini suka makan cikah panggang dan suka makan pisang salai. Nampaknya Si Tanggang ini memiliki selera yang tidak  jauh dari selera aku. Aku pun suka pisang salai tetapi aku belum ada peluang untuk menikmati cikah panggang.

    Kemudian bila aku masuk  bersekolah dan mula pandai membaca  aku telah bertemu dengan kitab  Hikayat Si Tanggang. Aku rasa kitab ini aku baca ketika aku dalam darjah tiga. Hikayat ini cukup menarik hati aku.  Malah hikayat ini lebih tepat dan panjang dari apa yang disurahkan oleh Nenek.

    Paling menakjubkan untuk aku ialah gambar-gambar yang tertera dalam kitab ini.  Untuk aku kitab ini bukan hanya  sebuah hikayat   malah ada  gambar sebagai bahan bukti.  Sampai ke hari ini aku masih  ingat dengan jelas gambar lelehan darah  Deruma -  ibu Tenggang -  yang  tangannya di ketuk oleh Si Tanggang kerana cuba naik ke atas kapal.  Gambar bilik-bilik gelap  amat meyakinkan  aku bahawa apa yang aku baca adalah fakta.

    Gambar kapal Nakhoda Tanggang yang terbalik  ada juga dalam kitab tulisan A.Samad Ahmad ini. Malah gambar Sang Pengarang yang membawa lampu minyak menyelidik kapal Si Tenggang ini  menjadikan aku cukup terigin untuk melihat sendiri  kapal Si Tanggang ini. Bayangkan anak kecil darjah tiga membaca Hikayat Si Tanggang Anak Derhaka - pastilah aku cukup terpengaruh.  Malah ketika itu aku cukup yakin bahawa Batu Caves itu ialah kapal Nakhoda Tanggang yang telah disumpah menjadi batu.

    Aku juga cukup yakin bahawa  manusia yang bernama Tanggang ini wujud. Aku amat yakin semua gambar-gambar  dalam kitab  A.Samad Ahmad ini adalah bahan bukti yang tidak dapat dipertikaikan — walau pun pada ketika itu agak susah juga imajinasi  aku untuk menghazam gua batu itu sebagai  bilik tidur Si Tanggang.

    Dua kali aku khatam kitab ini. Aku menjadi  bangga kerana boleh bercerita dengan kawan-kawan tentang asal  usul Batu Caves. Sayangnya ketika itu keluarga aku  duduk di Jelebu dan untuk ke Batu Caves pada tahun  1959 adalah satu yang mustahil.

    Aku bernasib baik kerana pada tahun 1960 ada rombongan orang-orang kampung aku melawat Kuala Lumpur. Ketika itu bukan senang untuk datang ke Kuala Lumpur walau pun hanya 70 batu dari Jelebu.  Dengan cara membuat rombongan  kami  orang kampung dapat berkongsi menyewa bas untuk melihat Kuala Lumpur.

    Melawat Kuala Lumpur adalah mimpi  dan angan-angan berahi untuk anak sekolah seperti aku. Antara tempat yang  dilawati ialah Bangunan Utusan Melayu,  Bangunan Dewan Bahasa, Bangunan Parlimen dan Lake Garden untuk berehat dan membuka bekalan untuk makan tengah hari.   Sebelah petang kami akan  pergi ke Batu Caves — tempat Si Tanggang.

    Sebenarnya aku tidak tahu letak duduk tempat-tempat yang ingin aku lawati ini. Kuala Lumpur bagitu besar dan amat asing untuk aku. Di wilayah mana letaknya Batu Caves tidak aku ketahui langsung. Pemandu bas kami dari Jelebu berhenti tiga kali untuk bertanyakan arah jalan ke Batu Caves.

    Akhirnya petang itu aku sampai ke Batu Caves. Aduh!  Aku mendongak dan ternampak tangga batu yang tinggi  yang mengarah hilang ke dalam  ke mulut gua batu. Ketika itu aku terfikir besar sungguh  kapal Nakhoda Tenggang itu. Aku merasa bagitu gembira akhirnya niat dan cita-cita untuk melihat kapal Si Tenngang  termakbul.

    Aku memanjat dan cuba mengira anak tangga. Sampai setengah jalan kiraan aku bersimpang-siur.  Akhirnya kiraan aku hilang kerana kepala aku sering berimajinasi tentang  Si Tanggang. Di tepi tangga kelihatan hutan dan belukar yang meliar.  Imijinasi aku agak susah untuk mengkahwinkan hutan belukar ini dengan laut dan kapal Nakhoda Tenggang.

    Agak lengoh juga kaki aku memanjat tangga.  Akhirnya aku sampai ke mulut gua batu. Diatasnya lopong.  Aku agak kecewa kerana aku amat berharap  akan bertemu dengan puluhan anak-anak kapal yang telah menjadi batu. Sekurang-kurangnya rangka-rangka batu yang menyerupai manusia. Semuanya tidak ada.

    Aku bersiar mencari sesuatu untuk menguat  dan membuktikan bahawa Nakhoda Tanggang ini wujud dan aku sedang berada dalam perut kapalnya. Apa yang aku lihat  dalam Batu Caves pada tahun 1960 hanyakah gua kosong yang luas. Diatas  gua ini terbuka lubang  luas  yang membawa masuk  cahaya yang menerangi sebahagian dari gua ini.  Aku ternampak  kelawar berterbangan dan menghilangkan diri ke dalam gua.

    Aku berjalan ke dalam gua yang agak gelap ini  lalu aku ternampak patung yang  aku amat pasti bukan patung anak-anak kapal  Nakhoda Tenggang tetapi patung Hindu. Aku tidak mungkin silap kerana patung serupa ini  pernah aku lihat dalam kuil Hindu di Kuala Klawang. Baru aku sedar bahawa orang India beragama Hindu telah menggunakan gua ini untuk bersembahyang.

    Ketika aku meninggalkan mulut gua itu aku merasakan alangkah baik jika aku membawa lampu picit. Dengan lampu ini aku boleh masuk  menjelajah  jauh ke dalam gua batu ini. Besar kemungkinan aku akan bertemu dengan apa yang telah ditemui dan ditulis oleh  oleh A.Samad Ahmad dalam bukunya Si Tanggang Anak Derhaka.

    Aku manapak turun. Dan kali ini aku terperanjat besar kerana  di sebelah kanan berhampiran dengan tangga pertama ada sebatang pokok mangga. Kewujudan pokok mangga ini tidak aku sedari ketika aku mula menaiki tangga. Melihat pokok mangga ini  -  aku teringat dibabak akhir  Daruma ibu Si Tanggang telah datang membawa cikah panggang, pisang salai dan sebiji mangga ranum. Semua ini adalah makanan  kesukaan Si Tenggang. Si Ibu ingin mengembalikan ingatan anaknya yang telah melupakan asal usulnya.

    Apabila Sang Ibu ingin naik ke atas kapal Si Tanggang  telah memukul tangan ibunya. Tanggang merasa malu dihadapan isterinya. Dia tidak mahu diketahui  yang dia berasal usul dari Orang Asli. Dia telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Si Tanggang  telah berkahwin dengan gadis Melayu anak seorang saudagar.  Kini Tanggang  bukan lagi anak sakai tetapi telah menjadi Melayu dan  seorang Nakhoda.

    Ketika Tanggang memukul tangan ibunya maka tercampaklah buah mangga itu ke tebing sungai. Ketika ini juga Talang, ayah Si Tanggang, membibit tangan isterinya  untuk mengundur.  Apabila mereka di tebing  sungai Sang Ibu telah berdoa dan menyumpah anaknya yang derhaka. Ketika ini ribut dan taufan sampai dan kapal Si Tanggang terbalik lalu menjadi batu.

    Buah mangga yang tercampak itu akhirnya tumbuh dan membesar. Pokok mangga ini adalah imej akhir yang aku teringat tentang Batu Caves 50 tahun dahulu. Pada petang itu aku meninggalkan Batu Caves dengan penuh kesedaran untuk tidak akan merasa malu akan asal usul aku dari darah Biduanda yang juga Orang Asli.

    Hari ini aku tidak tahu bila bermulanya  kapal batu Si Tanggang beralih  menjadi tempat suci agama Hindu. Aku juga tidak tahu bagaimana kapal Si Tanggang ini beralih tangan untuk menjadi  apa yang kita lihat hari ini. Hari ini aku ternampak bahawa telah didirikan satu patung besar disebelah  kanan pintu masuk ke Batu Caves ini.  Ini adalah  Lord Murugan. Apakah sangkut pautnya Lord Murugan dengan  Si Tanggang tidak  pula aku selidiki.

    Yang aku tulis ini hanyalah ingatan aku agar ianya menjadi kenang-kenangan. Tulisan ini hendaknya  menjadi ingatan  kepada anak semua bangsa diabad ini bahawa Batu Caves itu adalah sebahagian dari mitos Orang Asli. Sebelum Lord Murugan muncul di hadapan gua batu ini semangat dan roh Daruma dan Talang telah wujud dahulu.

    Aku juga sedar dari Hikayat Si Tanggang Anak Derhaka ini  meyakinkan aku  bahawa agama ini adalah sosial konstruk.  Tanggang  dan kapal batunya juga adalah sosial konstruk untuk mengingatkan kita agar tidak menderhaka kepada ibu bapa dan jangan sesekali melupakan asal usul diri.

    Hanya satu yang aku mimpikan agar satu hari nanti  akan  dibina patung Daruma dan Talang segah dan setinggi Lord Murugan. Biarlah roh Daruma dan roh Talang sama-sama  mengajar  anak semua bangsa untuk hidup bersama dan tidak melupakan asal usul kita.

    END

    .

    How do you feel about this article?

     
    • syafiq  •  Birmingham, United Kingdom  •  3 months ago
      aku muslim, dan memang aku hanya mengakui kebenaran ajaran nabi Muhammad SAW dan perintah Allah SWT dan menolak utk mengakui kebenaran sebarang agama lain. Tapi jgn sekali2 mengapi2kan sensitiviti agama lain. Hormat orang lain, maka orang lain akan hormat kita.
      • tina 3 months ago
        thank bro 4 ur respect
      • BAYAN 3 months ago
        hisham sah ada masalah mental
      • vaani 3 months ago
        betul....agama adalah isu yang sensitif....
    • TajulR  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Salam brader Hisamudin Rais - Paparan ini tidak baik untuk ditonjolkan kepada semua kaum kerana di Malaysia ada banyak kaum lain selain Melayu. Nabi Muhamad pun menyuruh kita berbaik baik dgn semua Bangsa.Di negeri Arab dulu pun ada Bangsa yahudi,nasrani dan lain x2 selain Arab.
      Kalau kita tidak boleh menghormati bangsa dan budaya bangsa lain bagaimana mereka boleh menghormati budaya dan Bangsa kita.Ini yg di tekankan dlm Al-Quran pun.Kita perlu saling menghormati antara satu sama lain.
      Masa dahulu orang Melayu tidak mahu menerokai Batu Caves dan dibiarkan begitu sahaja,jadi kaum India telah menduduki tempat ini dan dijadikan tempat ibadat mereka.
      Saya juga orang Seremban,Jln. Jelebu,dan kamu dahulu sibok dgn hala tuju kamu dan tidak dapat membuat sesuatu untuk perkembangan negara ini.
      Kenapa sekarang nak buka buku lama..
      Siapa nak dipersalahkan..?
      • Adamm 3 months ago
        Your statement is indeed the difference between the learned and also some ******* out there who expect some cheap publicity out of creating such chaos.... No religion teach anything negative but its the people who misinterpreted the facts and make things into a mess.... Good one buddy....
      • JiL-JiL 3 months ago
        besa la bro,bila nak dekat election,cm ni la jd..mcm2 hal yg bole memecahbelahkn kaum bole kene create...so sapa yg nak dipersalahkan?
      • MissBard 3 months ago
        .
    • Sebry  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Kalau ye pun nak share kesah zaman kecik, tak payah lah singgung kaum lain. Pikir lah dulu sebelum post statement, kalau aku kata bodoh kang kecik hati lak mamat ni.....
      • Marzuky aly 3 months ago
        haha...
        mamat ni buat cerita lawak la..
      • Chuak 3 months ago
        btol tu......entah apa2 je.....
      • tina 3 months ago
        thank bro 4 ur respect
    • Chanthira Mala  •  Riyadh, Saudi Arabia  •  3 months ago
      Hello fren................what r u trying to say in here! u nie perli ke apa? Kaji dulu pasal asal usul kite sebelum u tulis macam nie boleh tak? 1st of all u pie check dulu...........if there is any sea or ocean or even a river around batu caves area .................for that Si Tanggang's kapal to be there.........ok then u came back n tell us this kind of silly stories!
      • Mohd Fazrul 3 months ago
        Beware guys!how do we know who made this story??..it's probably a trick to create racial tension!..not only about hindu..chinese also..remember pig head case!
      • Deva 3 months ago
        Alah...orang-orang yang tak de kerja je buat benda-benda macam nie. I dont know how many days does it tuks for this silly person to create this type of bullshit stories. Yang pasti, neneknya mesti seorang penipu yang tak bertamadun dan anak kepada nenek tu lagi la...what else can we say. So childlish la these peoples all.
      • Boy Boy 3 months ago
        its a silly story .... penganggur tak de benda nk buat so buat kerja bodoh mcm ni utk menarik perhatian orng lain...ignore je, guys kita ade lagi bnyk kerja nk buat jgn duk layan dia orng ni ..rugi masa kita ...
    • hani  •  3 months ago
      confius lah penulis ni orang asli ke?? kenapa kisah si tanggang dia tak sama dengan biasa kita baca sebenarnya berapa banyak versi story si tanggang ni tak nampak plak kaitan yang logik antara batu caves dengan si tanggang ni... hahaha cerita macam ni pun yahoo boleh post kasi keluar... mengarut
    • veera vilashinny  •  3 months ago
      A really disrespectful and insulting article towards Malaysian Hindus!!! Please remove this disgusting article. As much as you would want others to respect and be sensitive towards your religion, so does others!!!
      • Siva Kumar 3 months ago
        Yes..totally agree with Veera Vilashinny!
      • Chuak 3 months ago
        agree 2 even tough i am half chinese n indian plz la respect other religion...cakap 1 malaysia.......
      • rasika 3 months ago
        Im gona find this 2 leg animal who wrote this article about Lord Kartikeya...
    • Inatul  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Hanya orang yang bodoh dan jahil sahaja yang akan percaya artikel ini.... Saya rasa artikel ini hanyalah sampah... Ia dibuat secara suka2 dan direka2.... Memutar belitkan fakta, dan cuba membangkitkan isu kaum dan agama.... Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa artikel ini perlu diharamkan....Dan saya sebagai orang Melayu dan juga seorang Islam ingin memohon maaf kepada masyarakat India yg beragama Hindu kerana penulis telah membuat anda rasa tersinggung....Kepada si penulis artikel, anda perlu memohon maaf dan perbetulkan artikel anda ini kerana ia boleh merosakkan perhubungan kita sesama manusia.....
      SALAM 1 MALAYSIA.... PEACE NO WAR.....
    • Silver  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      PENULIS SILAP FAKTA.GUNUNG YANG SEBENAR YANG DI CERITA DALAM NOVEL SI TANGGANG DERHAKA YANG DI TULIS OLIH SAUDARA A.SAMAD AHMAD ITU ADALAH GUNUNG KERIANG YANG TERLETAK DI NEGERI KEDAH!GUNUNG ITU TERLETANG BERHAMPIRAN DENGAN DENGAN MUSIUM PADI DI GUNUNG KERIAN BERSEBELAHAN DENGAN PUSAT AQUATIK.(KEDUA PROJEK MUSIUM PADI DAN PUSAT SUDAH MENJADI `GAJAH PUTIH`SEKARANG!

      PENULIS TIDAK MEMBUAT KAJIAN SEBELUM MENULIS ARTICLE ATAU PUN PENULIS PUTARBELITKAN SEJARAH DAN TEMPAT KEJADIAN SEBENAR KISAH TANGGANG UNTUK MENAIKAN KEMARAHAN ORANG AGAMA HINDU!SITANGGANG BUKANLA ORANG ASLI SEPERTI YANG DIKATA OLIH PENULIS!SITANGGANG ADALAH MELAYU YANG PRACTCE ANIMISM SEBELUNG DATANGNYA ISLAM KE BUMI MALAYA!ORANG MELAYU ISLAM YANG ADA SEKARANG ADALAH ASALNYA DARI ANIMISM,HINDU,BUDDAH DAN AKHIR SEKALI MEMELUK ISLAM!

      INI ADAH FAKTA DAN TIDAK BOLIH DI PERTKAI OLIH SIAPA PUN WALAU PUN BUKA SEJARAH DIMLAYSIA DITULIS DAN DI CETAK IKUT KEHENDAK AHLI POLITIK TETAPI FAKTA SEJARAH DUNIA YANG BERADA DI PERPUSTAKAAN TIDAK BOLIH DI UBAH!

      ANYWAY THE WRITTERS MENTALITY REFLECTS HIS LOW CLASS THINKING AND HIS STEREO TYPE INTELECTUALITY!
    • Kumar  •  3 months ago
      Hisamuddin Rais, I dont believe that you are really ignorant, what ever your reason for your article, money, political gains, or what ever it is, you will get what you deserve, for your deeds ,I do not know what are your beliefs, all I know is all religion says the same do good to mankind, do not hurts others physically or verbally, love the nature, believe in a supreme being, and those follow these will have place with supreme being in the after life.

      To yahoo malaysia, you are solely responsible for your actions, and should be ashamed.Hope someone will take legal action on whosoever approved this article.

      Lastly stop writing anything more, it only brings the worst of us.
    • saravanan  •  3 months ago
      the moral of the story is... Hinduism came 2500 years before u born and the story written A.samad...and the worst part u read in 1960 where u all still stating inner part of kl....bak kata pepatah,katak dibawah tempurung.as long u never come out u will never noe outer world my son!!
    • Vejayan  •  3 months ago
      Please stop this stupid article..............I think the writer of this article must read the real story Tanggang came from.........(Indonesian story). Hishamuddin Rais better delete this stupid article............................
    • seravanan  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Saya sebagai seorang guru Bahasa Melayu ingin memberi komen tentang pendapat saudara Hishamuddin Rais secara terperinci. Saya benar-benar menghormati semua agama di dunia ini. Hal ini kerana saya merupakan seorang bekas pelajar India yang mempelajari ilmu Pendidikan Islam dari tingkatan 1 hingga 5 apabila menuntut di sekolah berasrama penuh. Selain itu, mengambil jurusan mata pelajaran Pendidikan Islam di universiti tempatan. Pada hemat saya, saya menghormati agama Islam dengan sepenuh jiwa. Nabi Muhammad S.A.W. menyeru umat Islam menghormati semua agama dan jangan memandang enteng terhadap kepercayaan agama lain. Maka, sebelum saudara memberi komen, saudara sepatutnya mesti arif dengan sejarah agama Hindu yang sebenar. Jangan sesuka hati menulis untuk sekadar memuaskan perasaan yang tidak mantik atau tidak logik yang sedang bercelaru dalam kotak fikiran itu. Lord Muruga tidak boleh disamakan dengan cerita Si Tanggang pada bila-bila masa, Agama Hindu sudah wujud lebih daripada 5000 tahun dahulu sehingga sukar untuk mengenal pasti pengasasnya. Sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu, agama Hindu sudah pun berkembang di rantau ini. Bukti yang kukuh ialah kebanyakan istilah dalam bahasa Melayu merupakan perkataan pinjaman dari bahasa Sanskrit yang menjadi bahasa rujukan agama Hindu yang tinggi nilainya. Sebagai contohnya, tajuk buku KOMSAS tingkatan 5 iaitu DIRGAHAYU BAHASAKU merupakan perkataan yang bulat-bulat dipinjam dari bahasa Sanskrit. Tambahan pula, kebanyakan karya sastera (cerita klasik) di negara kita berasal dari agama Hindu. Jadi, gunakanlah minda anda sedikit sebelum menyuarakan isi hati itu. Bak kata pujangga Melayu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sekian, terima kasih.
    • Nantha  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      helo bodoh punya writer la. mana ada si tanggang datang ke batu caves, dia naik sampan kat laut mungkin kat selat melaka la bodoh. yang lu sendiri reka cerita cari publisiti la mangkuk ayun. i rasa writer ni la yang kena gantung kat gua batu caves dan diberi nama 'SI BAHALOL'
    • Vanilla  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Oh My Goddness....Dear Lord Muruga plz forgive tis fellow who really dnt noe our religion...may he tk initiative 2 learn n respect others belief n trust..Standard 1 student aso noe well bot batu caves is 4 wat....juz asking him 2 dnt pollute others mind...feel really pity for him coz being soooo uneducated.....
    • Selvan  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      OMG ...another "si Jahil" around !!!!
    • Spyder_Z  •  Singapore, Singapore  •  3 months ago
      this what happens if mind of an SI JAHIL left unused... it become RUSTED and they start creating stories like this... ! eat shit u MF !
    • VINAYAGAM  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      hahahahahaha.... En.Hishamudin Rais.... Satu cerita yang agak bagus.... u cakap tu nak buat patung Daruma dan Talang sebesar Lord Murugan (Tuhan agama Hindu),,, apatah inilah yang disampaikan dalam ajaran agamamu untuk menghina agama lain??? Saya rasa tidak sekali mana-mana agama yang pernah buat sebegitu... seperti yang dikatakan oleh semua rakan-rakan dari pelbagai kaum di bawah ni, ur mind is a roughten piece.... Kalau u nak i ceritakan sejarah batu caves dan lord murugan, im ready with my 15 years research and religious knowledge.... Segala kisah dan Zaman kegemilangan Lord Murugan telah berlaku dibumi ini untuk memberikan manusia contoh untuk hidup.... Lord Murugan mempunyai 6 rumah (Aarupadai Veedu) dimana perkara yang patut dicontohi oleh umat Manusia telah dilalukan olehNYA. Batu Caves dan Kuil Hindu di Gua ini dikatakan rumah ke-7NYa dan terakhir.... kepercayaan umat hindu adalah dimana adanya Bukit & Kawasan Bukit disitu restu Lord Murugan boleh didapati.... Janganlah nak cuba menghina Tuhan dan Agama yang sudah berda di dunia ini for more than 5000 years.....

      And to rakan-rakan hindu out there... Just think that a cyber idiot and an uneducated fool is trying to say that the SUN CANT SHINE.... We know SUN WILL SHINE OR NOT !!!!
    • Tiruda  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Mr Hishamuddin Rais.Sebelum buat cerita,faham fahamkan cerita kaum lain sebelum dipostkan,asa usul Lord Muruga tidak sama sertawujudan Batu Caves pun tidak sperti mitos.Kalau saya ada peluang dah saman Yahoo inin,kerana memaparkan perkara yang sensitif.I strongly suggest that Yahoo delete this stupid article
    • Ananthakumar A  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      You are a good "cerita donggeng" writer. Keep your wild imagination to yourself alone. No need to post for everyone to see.
    • Jazzification  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Si Bengong!!