Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    BN cuba daftar rakyat Thailand di Tumpat, dakwa PAS

    Oleh Syed Mu’az Syed Putra

    KUALA LUMPUR, 24 Mei — Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar mengesyaki Barisan Nasional (BN) cuba mendaftarkan warga asing dipercayai dari Thailand sebagai rakyat negara ini melalui operasi “MyDaftar”.

    Kamaruddin mendakwa operasi itu akan diadakan 28 Mei ini dan beliau bimbang ia mungkin salah satu cara bagi BN untuk mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

    Suruhanjaya Pilihan Raya semalam menafikan pihaknya mendaftar warga asing sebagai pengundi.

    Kata beliau, selepas warga asing itu didaftarkan sebagai warganegara ia secara automatik akan membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi di kawasan Tumpat.

    “Saya dimaklumkan mereka yang mendaftarkan sebagai warganegara akan terus mendapat kad pengenalan pada hari yang sama dan kita syaki operasi ini sedang berjalan bukan sahaja di Selangor tetapi negeri-negeri lain termasuk Kelantan.

    “Proses daftar sebagai warganegara satu hari siap dan ini pertama kali operasi seperti ini dijalankan di sana (Tumpat), jadi kita desak supaya operasi ini dihentikan kerana ia jelas untuk wujudkan pengundi-pengundi hantu,” katanya pada sidang media di sini.

    Kamaruddin yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat percaya warga asing yang akan didaftarkan sebagai rakyat Malaysia dipercayai dari Thailand kerana kedudukan dekat dengan Kelantan.

    “Kita bersempadanan dengan negara Thailand, ramai rakyat Thailand boleh berbahasa Melayu dan beragama Islam, saya yakin urusan ini seolah-olah rasmi dan mengikut undang-undang memberikan kewarganegaraan kepada warga asing ini.

    “Saya yakin operasi ini akan berjalan, masih berjalan dan terus berjalan kerana operasi ini baru pertama kali berlaku dan operasi mendaftarkan kewarganegaraan siap dalam satu hari pertama kali berlaku,” katanya.

    Sebelum ini, PKR Selangor mendakwa Umno Hulu Selangor menghantar permohonan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta kelulusan menukar taraf pemastautin tetap sekitar 2,000 rakyat asing bagi membantu kemenangan BN di Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13.

    Malah kedua-dua PKR dan Umno telah membuat laporan polis mengenai isu itu.

    Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan akan mengadakan satu program pelaksanaan operasi “MyDaftar” pada 28 Mei ini di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur, Tumpat.

    Difahamkan program itu bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri rakyat Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon perkhidmatan yang disediakan termasuk pendaftaran, kelahiran, kematian dan anak angkat, pendaftaran urusan kad pengenalan, pendaftaran urusan kewarganegraan, khidmat nasihat semua urusan JPN dan khidmat naihat oleh Jabatan Imegresen Malaysia.

    Kata Kamaruddin, pihaknya akan memantau program itu bagi mengelakkan pendaftaran kewarganegaraan warga asing.

     

    How do you feel about this article?

     

    50 comments

    • rob21  •  11 months ago
      Sudah jadi sejak belasan tahun lalu. Rakyat Indonesia yang miskin datang cari makan sini juga diperlakukan begitu. Begitu juga ada rakyat Pakistan dapat kewarganegaraan malaysia dengan cepat sekali. Akarnya, mesti beragama Islam. Bagi rakyat Indonesia miskin yang bukabn beragama Islam pula, memilih Islam dan menukar nama supaya mendapat kewarganegaraan kerana tidak tahu macam mana nak hidup lagi. Propaganda ini telah lama dijalankan, hanya rakyat terlalu daif untuk fikir sampai ke situ - termasuk saya!
      • human 11 months ago
        Bukan Indonesia & Pakistan saja... Rakyat Filipina dah berlambak kat sabah. Sanggup tukar agama utk mendapatkan kad pengenalan malaysia. Senangnya dapat ic kat malaysia. Pemimpin Malaysia skarang tak malu... jual IC dapat undi. Hai!!! Mari kita berdoa ramai2 semoga Malaysia yg tercinta selamat dpd pendatang asing!
      • Adi Setiawan 11 months ago
        Tak payahlah nak hina orang indonesia miskin, yang penting disini cari kerja yang halal. memangnya you ni hebat sangat ke....
      • vee 11 months ago
        takkan begitu senang nak buat benda tu. kalau senang tak payah lah aku susah payah ulang alik JPN dan KDN bertahun2. dah 29 thn aku pegang taraf PR ni tapi masih lagi tak dapat taraf warganegara hanya kerana bapak aku bukan warganegara. kalau senang macam yg di kata tu pilihan raya lepas lagi aku dah boleh mengundi sebab boleh dapat taraf WARGANEGARA dengan cara mudah
        . Ya lah undang malaysia ni kan kena ikut bapak... kalau ikut mak dah lama aku dapat taraf WARGANEGARA sebab mak aku warganegara dan bumiputera
    • al-kisah  •  11 months ago
      bagaimana pula taraf orang yang memang lahir di negara ini dan masih tidak mendapat kad pengenalan.sedangkan mempunyai bukti yang kukuh.lahir di malaysia bersekolah di malaysia mempunyai mak dan adik beradik yang mempunyai maykad??boleh tolong jelaskan status warga ini ke??apa yang patut di buat sama ada perluh untuk berjanji untuk mengundi atau terus menjadi pendatang di negara sendiri.
      • vee 11 months ago
        sama macam apa yg berlaku kat diri saya sendiri walau dah berbelas tahun ulang alik jpn dan kdn
      • vee 11 months ago
        sama macam apa yg berlaku kat diri saya sendiri walau dah berbelas tahun ulang alik jpn dan kdn
    • Hashim Rahman  •  11 months ago
      wahai pemimpin2 malaysia....kalau ya pun nak menang p.raya jgn lah sampai begitu mudah nak memberikan taraf warganegara pada warga asing.....malaysia ni begitu mudah...segalagalanya mudah...nak masuk mudah...jual dadah mudah...jadi ---- mudah..nak menipu mudah....dapat ic mudah ...ingatlah generasi akan datang jgn ingat senang kita saja...anak cucu menderita.......melayu akan hilang d duniaaaa...tak begitu tok....fikirfikir lah..
      • Insan biasa 11 months ago
        Semuanya mudah....tapi jangan MUDAH percaya cerita macam tu...orang Patani Thailand ramai yang menyokong Nik Aziz..Si kamarudin tu saja nak bagi rakyat benci kerajaan...
      • human 11 months ago
        Engko nie nama je Guna Otak tapi mcm tak guna je!!! Ko mesti katak dibwh tempurung. Sila lihat sekeliling kamu sbelum komen.
      • Paladin Colt 11 months ago
        lagi satu berita/statement tahap " lawak cecupak " ( lawak tak kelakar ) yg cuba dimainkan oleh penyampai berita alat pembangkang bagi mewujudkan persepsi negatif rakyat kpd kerajaan. Kalau betul, bawak la bukti........
    • Muhammad Zaidee  •  11 months ago
      tak elok kita mengutuk negeri orang kalau kita sendiri tak pernah pergi

      cuba kita fikir sejenak? kebiasaannya kalau kakitangan kerajaan,orang kampung,pelajar sekolah dan lain-lain nak pergi rombongan....ke mana mereka pergi??? majoriti pergi kelantan,betul tak???

      itu tandanya kelantan ada kelebihan tersendiri yang tiada di negeri lain....betul tak???
      • Dajjal is born 11 months ago
        Melancong ke Kelantan? gilak ka...apa ada kat sana?...better gi rombongan ke Langkawi,Cameron Highland or KL lagi best!
      • Dajjal is born 11 months ago
        Melancong ke Kelantan? gilak ka...apa ada kat sana?...better gi rombongan ke Langkawi,Cameron Highland or KL lagi best!
    • MaryamJameela  •  11 months ago
      Difahamkan program itu bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri rakyat Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon perkhidmatan yang disediakan termasuk pendaftaran, kelahiran, kematian dan anak angkat, pendaftaran urusan kad pengenalan, pendaftaran urusan kewarganegraan, khidmat nasihat semua urusan JPN dan khidmat nasihat oleh Jabatan Imegresen Malaysia.

      CUBO BACO STATEMENT DI ATAS SERIBU KALI.
      Negeri Kelantan masih ado yg beranak x daftar. Maklum la puak org asli kurang ambik borat bondo alah ni. Kok daftar pun dah umur beberapa tahun doh. Tu pun kiro baguih, sebab ado yg x daftar sampai tuo, x tahu mano kerakyatan Mesia ke Siam. Pastu mereko ni kawen lak dgn gadis Siam dapat anak pun gitu jugo. Sampai mati pun x daftar, x tahu hidup ko mati. Dan puak2 ni semuonya sokong PAS tapi x leh nok ngundi. Bilo Jabatan Pendaftarang Negara (kelantan) buek bondo ni dikatokan lak semuonya nk undi BN walhal mereko tu semuo nk undi parti hamPAS. Tak kisoh la sobab undi ni hok individu. Dalam JPN (kelantan) tu sendiri pong ramai penyokong hamPAS mcm kek tompek kojo den ni la, ramai sokong Parti al-juburi dan hamPAS walau tiap2 bulan mencekik gaji kerajaan. Mako x adil la maroh kek JPN wahai penyokongku semuo. Mcm guru2 jugak la.. kerajaan tolong naik gaji dan buat itu ini utk cikgu dan baru2 ni kerajaan nk mudahkan lagi urusan mereka tapi mereka sokong parti al-juburi dan hamPAS jugok jugok. Tak po la itu hok mereko. Samo la kes kalau konon JPN (Kelantan) daftar warga mesia yg x do kerakyatan (sebahagian dari aktiviti JPN) kato habuang nok sokong UMNgOk ngek , hambo yaking mereko akang pangkah parti hamPAS kelapa jugok. Jgn bimbang, Kelantang akan terus mundur di bawah hamPAS buek solomonyo. Berterimo kasih lah pado JPN kerana nk bantu majukan Kelantan sedikit sebanyok walaupun kebetulang pilihanrayo doh dokat. Buek x kono, x buek x kono. Bagi pihok JPN yg nok buek kojo, ambo tolong ludah sikit kek puak2 bodoh bangang nih... kreeeekkkk...TUIHHHH...
      • al-kisah 11 months ago
        boleh bantu untuk mendapatkan nasihat..
        sy mempunyai kawan yang berasal dari sabah.dan sehingga kini dia tidak mendapatkan hak dia sebangai warga tempatan.mungkin sebab kelewatan pendaftaran.tetapi kesemua adik beradik n mak dia memengang mykad.dia seorg jew yang sangkut.kalu mcm tu ap yang patut dia buat.dia dah rujuk kepada JPN tp JPN di kawasan dia mengambil endah dan mengaggap mudah perkara ni dan cuba menyalahkan pihak kawan sy kerana lewat untuk mendaftarkan kelahiran.sedangkan pihak kawan sy sudah lama merujuk perkara ni kpd pihak JPN dan pihak JPN hanya menarik tali..
      • al-kisah 11 months ago
        boleh bantu untuk mendapatkan nasihat..
        sy mempunyai kawan yang berasal dari sabah.dan sehingga kini dia tidak mendapatkan hak dia sebangai warga tempatan.mungkin sebab kelewatan pendaftaran.tetapi kesemua adik beradik n mak dia memengang mykad.dia seorg jew yang sangkut.kalu mcm tu ap yang patut dia buat.dia dah rujuk kepada JPN tp JPN di kawasan dia mengambil endah dan mengaggap mudah perkara ni dan cuba menyalahkan pihak kawan sy kerana lewat untuk mendaftarkan kelahiran.sedangkan pihak kawan sy sudah lama merujuk perkara ni kpd pihak JPN dan pihak JPN hanya menarik tali..
      • cucuhangtuah 11 months ago
        senang je alkisah, minta surat sokongan dari umno bahagian, gerenti dapat punya da, apasal x tahu ke??
    • sabaman  •  11 months ago
      disabah paling banyak PTI dapat IC biru. buktinya...
      1. +20,000 orang dalam masa setahun.
      2. ada seorang pekerja ladang mengaku dapat IC selepas setahun berada di sabah. janji undi BN
    • Hamiwie  •  11 months ago
      Sangat-sangatlah mengrarut.. Betul-betul buat spekulasi nak menang free.. Apa kejadahanya kerajaan PAS dah buat selama memerintah Kelantan... Pergi ke Kota Bharu apa kebenda pun tak dak... ni kan pula Tumpat.. Dah tau tak buat apa untuk masyarakat kat sana, ni dah mai musim mengundi mula-mula lah buat cerita supaya ada kaldai-kaldai kat Melaya ni kot-kot terpengaruh... Kalau ahli parlimen tu adalah anak angkat yang tak tau mak bapak dia siapa dia, cuba pi JPN dan minta IC biru kalau boleh dapat... Anak angkat saya yang dibela dari umur 2 hari sampai ke hari ni nak dapat IC biru pun begitu punya susah sebab tak tahu asal usul ibu bapa kanak-kanak tersebut inikan pula nak terang-terangan mewarganegarakan rakyat asing sebagai rakyat Melaya... BODOH PUNYA AHLI PARLIMEN. Punya nak menang sampai sanggup buat fitnah... Sembahyang tungging tebalik tapi apa baca dalam sembahyang pun tak tau... Mai bab duit dan kuasa ni, fitnah pun fitnahlah janji menang...Sapa yang menang kami tak kisah... tapi kalau PAS menang lagi di Tumpat, boleh ada perubahan ker dari sekarang...? PAS memerintah Kelantan sampai nak kiamat pun tak kan ada perubahan kerana alasan kerajaan pusat tak salurkan bantuan... Habis tu yang dato-dato plus tuan-tuan guru kat sana tu dapat gaji dari mana? Mak bapak dia orang kasi ka? NGONG... Aku benci politik ----...!!!!
    • RealBrain  •  11 months ago
      Nowaday in Malaysia tanah air ku , "Nothing Impossible,..but..every things Possible".
      >bergrombolan2 rakyat asing kat malaysia,sgt ramai,tak tahu
      dr mana masuknya...bila operasi...kebanyakan "kosong"
      >Rasuah dan "komisyen" pun ada ranking dlm dunia daa...
      >kadar murtad ,berbakul-bakul daa failnya.
      >alkohol top 10 in the world.
      >...macam2 lagi daaa...

      Oleh Kerana Itu....setakat nak guna jentera kerajaan untuk kepentingan
      pihak tertentu rasanya.....sendiri mau ingatlah....

      Walaubagaimanapun, kita sgt2 berharap kakitangan kerajaan bersifat
      amanah dan bersih, ia tidak jadi seperti di atas....
      kalau jadi juga , maka hancurlah demokrasi dan punah lah mandat
      rakyat terhadap kerajaan , sampai kiamat.......
    • Kuri bin ron Kri  •  11 months ago
      kalau pun ya...tak mesti nya org.yg.diberi my kad itu akan menyokong BN.bak kata org.ada untung ada ruginya.apa pendapat kamaruddin jaafar jika mereka ini undi PAS, tak mustahil perkara ini akan terjadi.
    • alimie  •  11 months ago
      saya memang sokong apa yang saudara kata kan .contoh nya d pulau langkawi terlalu mudah mendapat kad pengenalan kepada rakyat burma.di banding kan dengan rakyat tempatan.kalau tak percaya datang lah melawat penempatan burma d langkawi. saudara boleh soal jawab dengan mereka bgaimana mudah mendapat kad pengenalan malaysia.
    • Srosalladin Halles  •  11 months ago
      Kamaruddin Jaafar tidak pernah kerja dengan jpn oleh itu dia tak tahu tugas2 jpn yang nak buat operasi my daftar ni. .My daftar tu nak menolong kalu ada orang orang yang lahir di msia dan juga yang layak mengikut syarat2 akta dan UU jpn bagi mereka2 yang belum memilikki kad pengenalan atau surat beranak.Kerana yang sebenar ada ramai lagi orang tercicir tak ada dokumen pengenalan diri di kelantan ni selama ini sebab sifat manusia. Bagi orang yang pernah bekerja dgn jpn hanya tahu perkara ini kalu tak pernah bekerja di jpn tak usah cakaplah,jauh dari kebenarannya,hanya prasangka buruk semata-mata .Adakak logik nak bagi kad pengenalan kepada orang asing secara terbuka melalui operasi begitu,cuba guna sikit jah otak tak payah fikir banyak2. Orang kalu nak buat operasi bagi kad pengenalan dibuat secara sulit tempat pun tidak diistiharkan tarikh pun tidak dinyatakan.Perkara sebegini tak pernah dibuat pun sebelum ini..Kerana taksub politik sempit semua perkara jadi tak baik.....
    • cd  •  11 months ago
      benda camna nie dah lama sgt berlaku tp yang heran tiada siatan dilakukan.
    • Wolverhampton  •  11 months ago
      Kalau benarlah kenyataan ahli Parlimen ini, maka rakyat negara ini amat kecewa sekali. Janganlah terlau mudah memberi taraf kerakyatan kepada warga asing. Kelak bukan sahaja ianya menyusahkan kita rakyat sebenar tetapi menyusahkan juga anak anak cucu cucu kita.

      Andaikata ini lah cara orang orang BN nak menang pilihanraya akan datang di Kelantan dan Selangor, maka kami rasa natijah dari perbuatan ini, merosakkan negara tercinta akibat nak pegang kuasa sangat.

      Diharap ini hanya spekulasi sahaja.
    • cendoi  •  11 months ago
      ini lah yang di katakan malaysia bolehhhhhhhhhh.rakyat kena dulu.jika fitnah kena ler siasat bro.nti jiran aku dari burma ckap melayu pon xtau.heran betoi.malaysia boleh.1malaysia....rakyat kena dulu...cakap skit lebih
    • Tinggilampai  •  11 months ago
      Ini betul bukan Fitnah...Ada Pati Disabah..muka da tua tapi tarikh lahir muda dari usianya. Heran juga projek membuat IC kepada Pati ini berleluasa..siapa dalang? Tak kan ribut orang bercakap kalau tak betul..pokok takkan goyang kalau tak ada angin..Rakyat biasa susah nak laporkan pada pihak polisi walaupun hal ini berlaku kerana semua deria manusia yg tahu ini berfungsi mata melihat sebenar, telinga mendengar, mulut bercakap..semuanya kebenaran itu ada..nak lapor pada siapa??faham2lah sendiri buat habis air liur je nak report..
    • Muhd Syahmi  •  11 months ago
      ini fitnah.!!!!!
    • jayn  •  11 months ago
      fitnah!!dosa besar!!!..........ramai lg rakyat malaysia ni...kaum india,org asli,org yg duduk dipedalaman xda mykad n sijil kelahiran...sampai sekarang ni masalah tu blum selesai lg....ingt senang nak daftar org siam ni??...bodoh punya ahli parlimen...
    • wan radzuan  •  11 months ago
      UNDI BN DAPAT I.C BIRU............. UNDILAH PAS LAGI BAGUS.......MASUK SYURGA TAU! UNTUK PEMERINTAH KELANTAN....MAJU-MAJUKANLAH NEGERI KELANTAN TU WEH! UNTUK ORANG-ORANG KELANTAN....SUDAH-SUDAHLAH MIMPI WEH! BUAT MALU ANAK CUCU AJE. KALAU KITA CAKAP NI...HUH...MARAHLAH TU! SUDAHLAH.......MALU WEH!
    • Al Kahfi  •  11 months ago
      sabaman, saya juga orang sabah. betul apa yang kau cakap. tidak hairan bah perkara itu berlaku di semenanjung. teknik ni diorang suda bikin di sini zaman PBS jadi pembangkang. bukan perkauman tapi kenyataan, anak tempatan kita kurang pandai jika bersaing sama anak dari pendatang yang ada kad pengenalan di sekolah mereka. jadi 20 tahun akan datang anak tempatan jadi mandur saja. anak diorang jadi manager. ..
    • True Malaysian  •  11 months ago
      ini semua BN belajor dari haris salleh di sabah dulu...old habits die hard...ramai mamak yang datang dari india dalam tahun 80an terus dapat ic biru dan boleh melabur dalam asn.. jadi bumiputraaa......janji undi berjaya..

    Most Popular

    • Durian runtuh jadi tempoyak

      Projek memberi duit dari kerajaan Barisan Nasional telah dan sedang berjalan lancar. Ketika sekolah baru dibuka awal tahun ini ibu, ayah dan anak telah diberi 200 ringgit untuk membeli buku. Ini diikuti dengan pemberian 500 ringgit untuk keluarga yang berpendapatan … Continue reading →

    • Army veterans do 'butt exercises' at Ambiga's house
      Army veterans do 'butt exercises' at Ambiga's house

      A group of retired armed forces personnel held ‘butt exercises’ in front of the residence of Bersih co-chairperson Ambiga Sreenevasan in Bukit Damansara early this morning.

    • Tunku Aziz: I don’t trust Guan Eng
      Tunku Aziz: I don’t trust Guan Eng

      KUALA LUMPUR, May 16 — Tunku Aziz Tunku Ibrahim has openly attacked Lim Guan Eng, saying he does not trust the DAP secretary-general and ending any hopes of bringing the former party vice-chairman back into the fold after his resignation on Monday.

    POLL
    Loading...
    Poll Choice Options