Bumburing bertugas menarik undi Kadazandusun untuk Pakatan

  • Black 505: Rafizi defies police
    Black 505: Rafizi defies police

    With about 48 hours left before Saturday's Black 505 rally, the standoff between the police and the organisers continues.In response to a police warning yesterday (June 19) that the organisers will be prosecuted if the rally is held, PKR strategy director Rafizi Ramli told The Malaysian Insider there was no change of plan. "We will continue with it," he said of the plan to hold the gathering at Padang Merbok in Kuala Lumpur."However, we are hopeful that closer to the date, the police will be …

  • Union comes up with business plan to save KTMB
    Union comes up with business plan to save KTMB

    The Railwaymen Union of Malaya (RUM) has come up with a business plan which it says can save Malaysia’s largest railway network. …

  • Flash mob to garner Black 505 Saturday rally support
    Flash mob to garner Black 505 Saturday rally support

    Armed with placards and banners, publicising the rally at Padang Merbuk on June 22, the supporters shouted slogans, calling for 'Reformasi' and the dissolution of the Election Commission. …

  • DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers
    DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers

    The recent appointments of two ministers and three deputy ministers were unconstitutional, DAP MP M. Kula Segaran said in a petition filed at the Kuala Lumpur High court today. …

  • PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge
    PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge

    PKR de facto leader Anwar Ibrahim has warned deputy inspector-general of police Bakri Zinin not to behave like an Umno division leader by curbing Saturday's 'Black 505' rally rally at Padang Merbok in Kuala Lumpur. …

Oleh Clara Chooi
KOTA KINABALU, 11 Ogos — Pakatan Rakyat hari ini memberi tugas kepada sekutu politik baru mereka Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing untuk mendapatkan undi Kadazandusun dan Murut (KDM), dengan berharap etnik bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) itu dapat membantu misi Pakatan memenangi hati masyarakat.

“Kami ada senarai yang menunjukkan 24 kerusi dewan undangan negeri dan sembilan kerusi parlimen -- adalah kerusi KDM. Jika kita menang di sana, ia adalah satu kelebihan untuk Pakatan,” kata ahli parlimen Tuaran kepada The Malaysian Insider melalui temubual di sini.

Dia berkata calon-calon dari KDM juga datang dari pemimpin PR dan mereka yang popular di kawasan masing-masing.

Kebanyakan KDM adalah beragama Kristian walaupun sesetengahnya menganut agama Islam, dan dikatakan semakin tidak berpuas hati dengan pentadbiran BN yang gagal menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin.

Bumburing telah meninggalkan jawatannya  sebagai timbalan presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO) dalam parti pemerintah itu dengan menyokong PR beberapa minggu lepas.

Dia juga disertai oleh rakan dari BN yang keluar, ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang pada ketika itu memegang jawatan timbalan menteri dan ahli majlis tertinggi Umno.

Kedua-duanya telah menubuhkan pergerakan mesra PR - Angkatan Pemuda Sabah (APS) dari Bumburing dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) untuk Lajim — sebagai pentas politik untuk pilihan raya akan datang.

BN bagaimanapun mengatakan mereka keluar parti bukan kerana prinsip tetapi mereka tidak dapat menjadi calon untuk pilihan raya akan datang.

Tetapi Bumburing berkata ini bukan isu yang sebenar.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider yang dia sudah muak dengan pentadbiran BN, dengan kegagalan parti itu mempertahankan Sabah dari pendatang tanpa izin.

“Apa yang saya dapat kalau sertai pembangkang? Pilihan raya ini tidak tentu, anda boleh menang atau kalah, Pakatan mungkin akan kalah.

“Tetapi bagi kami, ini adalah alternatif terbaik untuk kami berjuang demi rakyat Sabah,” katanya lagi.

Ahli politik veteran itu berkata selain masalah BN yang gagal menunaikan janji menyelesaikan masalah imigran, masalah yang berlaku ialah pembangunan di Sabah berbanding di Semenanjung.

“BN telah gagal menjaga masyarakat di sini. Mereka di sini mahu pembangunan, tetapi mereka mengambil 95 peratus hasil minyak kami ke Kuala Lumpur, untuk projek mega kroni.

“Cuba lihat Menara Berkembar Petronas, Lebuhraya Utara-Selatan, apa yang kami ada? Kami di Sabah diibaratkan hanya makan pasir sahaja. Kami sudah tidak tahan dengan BN,” katanya lagi.

Bumburing juga memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “pengecut” kerana hidup dalam bayangan Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana enggan untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja mengenai pendatang tanpa izin.

“Dia takut dengan Dr Mahathir. Dia pengecut. Kenapa datang sini nak umumkan Suruhanjaya Diraja hanya kerana kami telah meninggalkan parti? Rakyat telah bersama dengan kami,” katanya lagi.

Dr Mahathir telah lama dituduh menjadi dalang kepada “Projek IC”, inisiatif yang diberikan kepada pendatang asing untuk mendapatkan kewarganegaraan dan mendapatkan undi di negeri-negeri Malaysia di Borneo untuk BN kekal memerintah.

Najib di Sabah hari ini untuk bertemu dengan pemimpin BN negeri, dijangka untuk mengumumkan Suruhanjaya Diraja untuk pendatang tanpa izin sekaligus menyelesaikan masalah selama empat dekad itu.

Perdana menteri mengumumkan Suruhanjaya Diraja secara terperinci hanya selepas Bumburing dan Lajim keluar BN dan dikatakan strategi untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat selepas kedua ahli politik veteran itu keluar parti.

Bumburing berkata walaupun Suruhanjaya Diraja telah menjadi apa yang beliau perjuangkan sepanjang karier politiknya bersama BN, beliau tidak akan mengiktiraf panel tersebut.

“Mereka tidak iklas. Yang kami tahu, kami tidak sekali-kali mempercayai pengumumannya,” katanya lagi.

Bumburing memuji janji-janji PR kepada Sabah dan berkata masalah-masalah ekonomi di negeri di bawah bayu tersebut hanya akan selesai apabila BN disingkirkan dari Putrajaya.

Dia memberitahu bahawa pembangkang di Sabah adalah kuat tetapi memerlukan satu formula untuk menjadikan semuanya menjadikan “satu lawan satu” dalam setiap kerusi yang dipertandingkan.

“Kami percaya bila pilihan raya datang, rakyat akan berfikir, hanya ada dua parti jadi kita boleh kata ia antara BN atau Pakatan,” katanya lagi.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.